setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000); February 2018 shalimar yusof SHALIMAR YUSOF
HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Saturday, February 24, 2018

MENGINAP DI HOTEL VISTANA BUKIT JAMBUL PENANG

February 24, 2018 0 Comments
MENGINAP HOTEL VISTANA BUKIT JAMBUL PENANG | 16 Februari 2018 yang lalu memandangkan tiada apa-apa aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang cuti Tahun Baru Cina dan juga hasil pujukan Abang Zaryth yang dah lama Sha dan suami tak bawa jalan ke mana-mana sejak masuk tahun baru ini akhirnya suami Sha mencadangkan kami ke pulau pinang (penang) untuk bercuti walaupun satu malam pun jadilah tambah pula penang antara negeri terdekat dengan perak. Sebenarnya paling tak tahan Abang Zaryth tanya bila nak bawak dia tidur hotel lagi? Ewaah2..bukan ke main anak sulung Sha tu kan, lepas tu nak hotel yang ada kolam.. nasib laa dia tak ajak main salji ke apa kan...tak mampu ibu anak oiii...ahahaha. Tapi tak apalah bukan selalu bawa anak-anak relaks macam ni kan kita orang dewasa pun perlu juga keluar sekejap dari home sweet home kan untuk hilangkan bosan.
Ehsan : Booking.com
Kami memilih untuk check in lebih awal lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan masuk ke bilik yang berada di tingkat 18. Sha dan suami menjangkakan Penang akan sesak bila Cuti Tahun Baru Cina namun tiada kesesakan berlaku. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami.

Ehsan; Booking.com
Untuk kali ini kami sekeluarga memilih bilik Excutive Deluxe Room. Biliknya agak luas dan selesa dengan pilihan kami untuk bilik Extra Large Bed kerana untuk jenis bilik ini terdapat juga pilihan 2 single bed.


Bilik dilengkapi almari pakaian termasuk hanger.
Peti ais kecil
Televisyen
Seterika + Papan Gosok
Rak beg 
Soket plug tak perlu berebut memang terlebih pulak untuk cas bateri telefon bimbit masing-masing, kamera dan lain-lain peralatan elektronik.

Ehsan : Booking.com
Bilik air dilengkapi pemanas air,
Shampoo dan shower gel juga hand wash.
2 tuala mandi, 2 tuala muka
Berus dan ubat gigi.
Pengering rambut.


Pemanas air
4 biji gelas
sachet minuman.

 

Akhirnya Abang Zaryth dapat melepas geram untuk mandi kolam seperti yang dia pinta, tak tahu berapa kali panggil naik baru keluar kolam. Seronok la diaorang dapat mandi kolam sebab ramai geng mandi sama-sama pagi itu. Adik Nur pun apa kurangnya seronok dan berani lebih daripada Abang Zaryth nak mandi dengan ayah di kolam dewasa. Kolam dewasa kat sini kedalamannya 1.4m, Sha tak pandai berenang jadi masuk kolam pegang tepi-tepi kolam jela,,aahahha.. Di sini korang tak perlu bawa tuala dari bilik hotel kerana di sini telah tersedia tuala khas untuk pengunjung kolam.


Kalau ada masa korang boleh ke gym yang terletak di sebelah kolam renang iaitu di tingkat 2 Hotel Vistana ni. Banyak juga peralatan yang ada kat sini jadi mungkin boleh bergilir jaga anak sambil keluarkan peluh.


Sementara tunggu suami Sha check ini di hotel ni kami rehat di bahagian ruang menunggu depan kaunter utama. Kedudukan hotel ini yang tidak jauh daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas mungkin penyebab hotel ini menjadi pilihan anak kapal bertugas di beberapa syarikat penerbangan untuk menginap di sini, yelaahh masa check in tu tak putus nampak mereka check in. Cantik pulak body pramugari-pramugari ni kan...eeheheheh...ehhh...ke situ pulak kita.

 

Ruang makan yang selesa. Kami sekeluarga mengambil pakej harga bersama sarapan dan pagi itu agak awal turun makan kerana Abang Zaryth sudah mula tak tahan nak mandi kolam..ahahhaha...alahai itu budak padahal bukan berani sangat pun dengan air.

Selepas mandi kolam kami pun bersiap untuk check out dan meneruskan perjalanan kami seterusnya. Alhamdulillah dapat juga bercuti dengan keluarga walaupun dalam waktu yang singkat ini, seterusnya tunggu balik kampung pulak..Ibu dah tak sabar oiii..

Korang juga boleh tengok kedudukan hotel ini dalam maps di bawah.

Wednesday, February 21, 2018

PERUTUSAN KETUA PENGARAH AADK SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2018

February 21, 2018 1 Comments
SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN | 19 FEBRUARI 2018 | Setiap tahun Agensi Antidadah Kebangsaan akan menyambut Hari Antidadah Kebangsaan. Sempena dengan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang ke-35 pada 19 Februari lepas, YBhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah telah mengeluarkan perutusan dalam memberikan amanat berhubung peringatan tentang tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang berada dalam komuniti bagi sama-sama membantu menangani permasalahan dadah di negara ini. Ini sejajar dengan  tema  sambutan pada tahun ini iaitu 'Komuniti Kita Tanggungjawab Kita'.

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE -35

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta ini. Pelbagai pembangunan telah kita kecapi, pelbagai kejayaan telah kita rasai dan pelbagai cabaran juga telah kita atasi demi menjadikan kita bangsa Malaysia yang matang dan berani menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Namun demikian kejayaan yang dinikmati pada hari ini tidak akan berkekalan sekiranya negara terus dibelenggu dengan masalah sosial khasnya penagihan dadah. Sesungguhnya dalam memacu pembangunan negara, kerajaan tidak lupa untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari pelbagai masalah sosial yang boleh membawa kepada kejatuhan moral seperti masalah penagihan dadah. Oleh demikian, saban tahun kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri menganjurkan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan. Sambutan Hari Antidadah
Kebangsaan di sambut pada 19 Februari setiap tahun bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah kepada negara.
Tema Hari Antidadah Tahun ini ialah “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” memberi makna yang cukup besar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti tempat tinggal kita selamat dan bebas daripada permasalahan dadah. Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita . Segala perkara tentang diri, ahli keluarga, harta benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu, masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan ketika ditimpa bencana atau musibah. Justeru itu, ahli masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah hanya di bahu kerajaan semata-mata. Ini kerana pencegahan awal perlu dimulakan di peringkat masyarakat setempat untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan yangberupaya menghindari berlakunya masalah dadah, sosial dan jenayah dalam masyarakat. Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau dalam siri ucapan Hari Antidadah Kebangsaan yang lalu, beliau menyeru masyarakat perlu mengelak daripada bersikap 'not me syndrome', sebaliknya bersama memainkan peranan dalam memahami, mengambil tindakan dan menjadi barisan hadapan dalam menangani isu dadah di komuniti masing-masing. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam membanteras penagihan dadah sangat penting kerana ia adalah elemen utama dalam menjayakan misi negara bebas dadah. Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala dadah. "Masalah dadah boleh menimpa sesiapa sahaja, ia merentas status dan latar belakang serta kepercayaan seseorang”. Kejayaan membanteras masalah dadah juga memerlukan pendekatan yang seimbang dan menyeluruh dengan dasar yang relevan berdasarkan amalan-amalan terbaik dan 'evidence-based'.
Sehubungan dengan itu pada 29 November 2017 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Dasar Dadah Negara. Matlamat Dasar Dadah Negara adalah untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.
Akhir kata, pada sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini saya menegaskan bahawa Komuniti Kita Tanggungjawab Kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan komuniti kita selamat dari ancaman dadah dan anak-anak kita dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

RAWAT KULIT BERMASALAH DENGAN GLOW GELENGGANG

February 21, 2018 4 Comments
RAWAT KULIT BERMASALAH DENGAN GLOW GELENGGANG | Sha mempunyai masalah resdung tapi tidaklah tahap teruk. Kebiasaannya Sha akan mengalami gatal-gatal dibahagian muka terutama di bahagian hidung yang amat tidak menyelesakan dan Sha juga alergik dengan habuk simen pada dinding maklumlah kadang-kadang suka sangat bersandar pada dinding, alamatnya memang gatal-gatal la tangan ...ehehehe.. Jadi sekarang Sha amalkan mencuci muka menggunakan sabun Glow Gelenggang untuk hilangkan gatal-gatal. Apakah itu Glow Gelenggang? Namanya sempena bahan utamanya berasal daripada pokok gelenggang yang digunakan untuk menghilangkan beberapa masalah kulit, kalau sebut nama daun tu orang tua-tua pasti kenal orang sekarang mungkin jarang yang kenal.

Orang dulu-dulu tumbuk  daun ini sehingga lumat dan digaul dengan sedikit belerang atau minyak tanah. Hasil tumbuk tadi ditampal pada bahagian tubuh untuk mengubati masalah kulit seperti panau, kurap atau kudis buta. Kawan Sha pun ada kongsi orang dulu ambil daun ajaib itu yang ditgumpal-gumpal kemudian boleh digosok pada telapak kaki untuk buang kulit mati sambil mandi sungai.😃 Mungkin lepas tengok gambar dibawah ada antara kita akan "oooooooo" daun ini rupanya.

Sumber Google

Itu dulu, sekarang lebih mudah dengan produk Glow Gelenggang. Produk ini dihasilkan daripada gabungan beberapa bahan yang memiliki kelebihan masing-masing.


Memperkenalkan Glow Gelenggang produk herba organik membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, eczema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap yang berkesan tanpa steroid dan selamat. Daun gelenggang yang sangat dikenali sebagai agen anti-kulat paling tinggi. Ia sebenarnya telah lama digunakan dari zaman nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang Eropah untuk mengatasi masalah kulit. Rumusan Glow Gelenggang berasaskan ramuan istimewa untuk menyelesaikan gatal-gatal kulit dengan mudah digunakan telah tercipta.

Tiada bahan kimia yang boleh memudaratkan, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih. Ianya homemade, paling banyak bahan aktif , 5x lebih berkesan, selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina dan pelbagai peringkat umur. Sekarang tak perlu menderita menggaru sehingga merah dan luka kini penawarnya sudah dicipta khusus.


Kandungan Glow Gelenggang

Daun Gelenggang - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit.
Habbatus Sauda - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran.
Minyak Argan - Supaya kulit halus dan licin, mudah menyerap dalam kulit.
Minyak Zaitun - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit.
Susu Kambing - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam.
Crystal Menthol -  Untuk menyejukkan kulit, tidak panas.

Glow Gelenggang ini boleh digunakan di badan dan bahagian muka jadi jangan risau ya. Produk Glow Gelenggang yang didatangkan dalam bentuk sabun herba mempunyai tinggi minyak dan berpelembap, memberi lapisan minyak pada permukaan kulit yang membantu mengelakkan air dari tersejat dari permukaan kulit. Macam mana nak gunakan kedua-dua produk ini? Tengok gambar dibawah, macam Sha cuma perlu basuh muka dengan menggunakan sabun sahaja.


Kalau korang nak cuba produk Glow Gelenggang ni korang boleh hubungi :

FB Page : Glow Gelenggang
Whatapps : 014-5445951

"DAH TAK GATAL LAGI"

Satu lagi kalau korang nak jimat RM10 untuk pembelian set Glow Gelenggang ini korang boleh gunakan Code SHALIMAR10 untuk nikmati potongan RM10.
 

Jangan risau kalau korang macam Sha sejenis tak tahan dengan bau pewangi lain tapi kali ini bau Glow Gelenggang ini amat menenangkan dan sedap sebab berbau Vanilla. Jadi tunggu apa lagi Whatapps Momoy di nombor 014-5445951 sekarang juga.

Friday, February 16, 2018

CAWANGAN TERBARU PASARAYA GIANT DI FALIM IPOH DENGAN USAHASAMA AMAXMALL.COM

February 16, 2018 0 Comments
CAWANGAN TERBARU PASARAYA GIANT DI FALIM IPOH DENGAN USAHASAMA AMAXMALL.COM | Akhirnya Cawangan hypermarket Giant Falim Ipoh telah dibuka secara rasmi pada 9 Februari 2018. Memandangkan cawangan ini adalah cawangan terdekat dengan kediaman Sha jadi Sha mengambil peluang ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Giant Falim Ipoh ini bersama beberapa rakan blogger dan media lain. Perasmian Giant Falim ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNKK iaitu Datuk Basaruddin Sadali yang merupakan anak jati Perak bersama Ketua Ekskutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Oliver Deplanck.

Potong Riben oleh Dato Basaruddin dan Mr Pierre
Giant telah menyumbangkan RM 50,000 kepada Yayasan MyKasih untuk projek Bantuan Makanan semasa pelancaran Giant Hypermarket Falim di sini. Melalui projek Yayasan MyKasih untuk projek Bantuan Makanan, sumbangan RM50,000 itu akan digunakan untuk menyokong dan memperbaiki kehidupan 50 keluarga terpilih yang kurang bernasib baik di sekitar Falim selama setahun, dengan menyediakan belanja  runcit bulanan di Giant Falim.


Acara ini bermula dengan upacara pembukaan yang diikuti oleh persembahan dram berbilang kaum. Giant diiktiraf kerana menawarkan hasil segar dalam persekitaran membeli-belah yang  selesa dan lengkap di Malaysia dengan menawarkan harga rendah setiap hari dan nilai hebat, ianya adalah pasar raya utama Malaysia dengan lebih dari seratus cawangan di seluruh negara, menggunakan lebih dari 8,000 orang pekerja dan memberi khidmat dengan purata 8 juta pelanggan sebulan. 
Pelancaran Giant Hypermarket Falim adalah sebahagian daripada arah tuju Giant pada tahun 2018 yang  menyaksikan ia terus mengembangkan lokasi dan penawaran produk segar di seluruh negara. Giant Falim adalah salah satu yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia yang meliputi 102,794 kaki persegi dan menawarkan lebih daripada 23,000 produk di dalam hampir 200 kategori masing-masing.

Terletak lebih kurang 4 km dari Bandaraya Ipoh, Pasaraya Besar Giant ini beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari bekerja dan  8.00 pagi hingga 11.00 malam pada hujung minggu. Sebenarnya Giant Falim ini telah beroperasi sejak 1 Februari 2018, masih baru tetapi semakin menjadi tumpuan penduduk sekitar dan inilah giant terdekat dengan rumah Sha sendiri yang terletak di Batu Gajah. Diakui memilih Giant Falim adalah satu kemudahan baru untuk membeli belah barangan keperluan bulanan seisi keluarga selepas ini.


Pada hari pelancaran Giant Falim itu juga telah diadakan perjanjian persefahaman (MOU) antara amaxMALL.com dan GCH Retail Malaysia. Apakah itu amaxMALL? Sebelum ini tak pernah dengar pun pasal amaxMALL ni  kan? amaxMALL merupakan platform e-dagang Malaysia yang melibatkan fesyen, makanan, produk kesihatan, teknologi, kecantikan juga pengurusan bagi ibu dan anak memenuhi gaya hidup tempatan dengan taraf e-dagang antarabangsa yang dibangunkan oleh Asiaspace SDN BHD.

 


Produk usahawan dari amaxMALL.com mula dipasarkan di pasaraya Giant Falim dan akan mula berkembang ke 29 pasaraya-pasaraya Giant yang lain sekitar Februari ini. amaxMALL ini melibatkan 13 usahawan yang merangkumi sebanyak 51 uniT stok penyimpanan (SKU) yang meliputi 3 kategori iaitu - makanan & minuman, kesihatan & kecantikan dan fesyen. Kini kita sudah ada pilihan sama ada ingin mendapatkan barangan keperluan secara offline atau secara atas talian sahaja, mudah bukan? Zaman sekarang klik-klik kemudian tunggu barang sampai depan pintu.

Sepanjang majlis perasmian berlangsung Sha dapat lihat pelbagai produk tempatan yang tidak ada di semua pasaraya giant lain terdapat di Giant Falim seperti produk produk yang Sha sempat cuba adalah Dodol Asli Opah Yang, Sambal Belacan Dapur Ibu yang memang terasa keasliannya, Rempah Mak Mah dan Resepi Warisan Opah Punya yang mengeluarkan produk seperti cendawan dan ubi goreng tepung segera , keropok lekor dan banyak lagi produk tempatan lain.






Jadi apa kata nak cari barang rumah lepas ni korang cuba belek-belek amaxMALL.com atau terus ke Pasaraya Giant untuk dapatkan barang tempatan keluaran orang kita dan segar pulak tu. Sha sekeluarga pun sudah mula selesa cari barang dapur di sini..ehehehe...lepas ni tak perlu jauh sangat kalau nak keluar beli belah.

Thursday, February 15, 2018

CARA LIPAT KAIN DENGAN MUDAH

February 15, 2018 13 Comments
CARA LIPAT KAIN DENGAN MUDAH | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Sedang buat apa yea semua? Tengah lipat kain? Wahhh... rajinnya dia..hihi.. Perihal lipat kain ini sebenarnya isu biasa kita baca atau dengar sebenarnya. Kalau ingat balik selalu juga nampak status facebook ibu-ibu terutamanya di hari minggu dan kalau di tempat kerja pun warga ibu ada sembang dan saling bertukar tips dan kadang berbalah aku lebih suka gosok baju, aku lebih suka jemur kain pendek kata perihal memproses dari membasuh sampailah kemas masuk almari pun jadi isu. Soalan yang paling suka ibu-ibu persoalkan adalah basuh, lipat atau gosok pakaian yang mana paling korang tak suka atau suka? Maknanya apa tu?ehehehe..mak-mak sangat..


Tak tengok orang lain , diri Sha sendiri pun alahai berat juga nak mulakan melipat pakaian ni tapi nak tak nak kena buat juga kalau tidak bersepah laa rumah, bukan bersepah sahaja tapi susah nak cari pakaian kalau setakat letak dalam bakul macam tu sahaja kan. Tapi apa sahaja masalah ada penyelesaian bukan? Jadi Sha nak kongsikan 10 cara lipat kain dengan mudah dan cepat antara tips adalah :-

1) Basuh pakaian setiap hari untuk minamakan jumlah pakaian yg perlu di uruskan.

2) Lipat pakaian setiap hari jika ada pendek kata jika ada yang perlu dilipat jangan ditangguhkan kalau tidak makin banyak makin malas. Jika sikit je angkat terus lipat tak perlu tunggu lagi.

3) Asingkan jenis pakaian mak,ayah & anak2 bagi memudahkan/ mempercepatkan urusan melipat. Macam Sha dari awal basuh baju sudah diasingkan bagi menyenangkan kerja, biasanya Sha basuh yang perlu sangkut terlebih dahulu baru basuh yang perlu lipat nanti.

4) Sediakan bakul/bekas untuk asingkan pakaian ahli keluarga bagi psikologi minat mak-mak untuk uruskan pakaian.

5) Elakkan melipat kain di hadapan televisyen atau sambil layan telefon bimbit. Fokus korang akan lari dan terbantut kerja-kerja melipat. Bila dah siap lipat nanti boleh la layan tv ke telefon ke.

6) Selain itu kalau nak cepat korang lakukan aktiviti melipat kain ini di suatu bilik bersendirian. Kebiasaannya Sha selalu terganggu apabila anak-anak bermain di sekitar kita buat kerja, selalulah gaduh dan bising dengan diaorang neh..huhuhu,..riuh la rumah.

7) Pada yang sentiasa bertugas untuk melipat kain ni tak kira yang berkerjaya atau kerja dari rumah sahaja kena pandai curi masa yang ada.

8) Pada zaman serba moden kini, banyak kedai dobi segera di setiap kawasan anda. Jika ke sana, korang boleh sahaja sambil duduk menunggu kain lain siap atau selepas membasuh dan kering tak ada aktiviti lain korang boleh sahaja terus melipat kain di dobi berkenaan, jadi bila balik tak perlu perap tapi terus boleh kemas masuk almari atau rak.

9) Beli mesin lipat kain atau alatan bantu lipat kain. Zaman serba nak cepat nak mudah la katakan..hihii..Kalau tidak pun kena tahu teknik melipat yang betul, ringkas dan kemas.

10) Sistematik dan terancang. Pengalaman sendiri Sha bila hari minggu biasanya hari sabtu setiap pagi akan tekan mesin basuh yang biasanya Sha sudah siap masukkan pada malam sebelumnya. Kita basuh dan keringkan terus lipat sementara batch baju lain kering. Semasa melipat terus susun mengikut keperluan yakni baju tidur, baju harian, baju sekolah, baju kerja dan lain-lain. Kalau tidak pun kena tahu teknik melipat yang betul, ringkas dan kemas.

Semoga yang rajin lipat kain tu makin rajin melipat la yea..yang tak berapa rajin tu kena rajin-rajinkan diri juga kalau tak susah nak cari pakaian nanti. Kain yang siap dilipat senang dicari, menjimatkan masa dan menyedapkan mata serta kemas.

Tuesday, February 13, 2018

POK YA CONG CODEI

February 13, 2018 28 Comments
POK YA CONG CODEI | Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Sudah lama sebenarnya nak bercerita tentang telemovie Pok Ya Cong Codei yang boleh tahan viralnya sejak bulan lepas. Ketika mula-mula telemovie ini nak di tayangkan Sha pun tak berapa faham apa itu Cong Codei.. suami Sha pun ada tanya apa maksud Cong Codei tu, Sha sendiri pun tak boleh nak jawab sehinggalah menonton sendiri telemovie Pok Ya Cong Codei ini.

 

Sejujurnya telemovie ini adalah karya yang penuh dengan mesej yang disampaikan dalam bentuk santai di dalam dialek kelantan. Sepanjang jalan cerita ini Sha merasakan Sha berada bersama arwah ayah sendiri, walau pun arwah ayah tak adalah sampai keluar jauh sampai ke KL untuk selesaikan masalah orang..huhuu..

Melalui cerita Pok Ya Cong Codei  menunjukkan tak semua orang "bekeng", orang "gedebey" dapat menyelesaikan masalah dengan memukul. Jauh lari daripada konsep filem samseng yang lain, yang mengeluarkan banyak modal, banyak mengorbankan harta benda telemovie ini lebih santai dan dekat dengan kehidupan orang melayu sebenar. Pendapat ini adalah berdasarkan pengalaman hidup Sha sendiri jadi Sha amat menyokong penghasilan telemobie sebegini.

Sabri Yunus pendokong utama watak Sebagai Pok Ya Cong Codei merupakan anak jati Kelantan menyatakan telemovie ini adalah kombinasi cerita masyarakat setempat. Nilai sesebuah sastera dengan elemen yang dekat dengan masyarakat setempat menjadikan sesebuah karya dapat diterima dan dekat dengan hati penonton.

Gelaran juga adalah sesuatu yang dekat dengan masyarakat kita dan diberikan berdasarkan sesuatu yang dekat dengan diri seseorang. Seperti Cong Codei sendiri adalah hasil daripada salah sebut nama hotel yang di duduki oleh Pok Ya iaitu Concorde. Di dalam Pok Ya Cong Codei ini kita dapat melihat mesej gedebe yang tak perlu terlalu berat penyampaiannya seperti filem lain.

Antara nilai yang dapat kita ambil adalah keupayaan berkomunikasi dan menguruskan rundingan sulit pelbagai hala yang membabitkan segala macam urusan sosial dan kebijaksanaan dalam menyusun strategi ketika bertindak. Kaedah berfikir dan berinteraksi berdasarkan persekitaran juga jenis orang yang terlibat dalam sesuatu perundingan.

Sabri Yunus menerapkan nilai-nilai tempatan serta teladan kepada masyarakat dan watak Pok Ya adalah bukan rekaan semata-mata  namun sememangnya wujud dalam senario masyarakat masa kini. Paling menarik telemovie ini juga diselitkan dengan dialog-dialog santai yang berunsur komedi dan nakal yang boleh dikatakan adalah dialog biasa harian masyarakat.

Siapa belum tonton boleh cari dan tonton balik telemovie Pok Ya Cong Codei. Tapi terjemahannya mungkin tak berapa ngam dengan dialog sebenarnya. Kalau faham dialek kelantan memang bonus..hihihi... #imissuayah

Monday, February 12, 2018

KEMBALIKAN KESEGARAN MATA BERSAMA BERRYBRIGHT

February 12, 2018 7 Comments
KEMBALIKAN KESEGARAN MATA BERSAMA BERRYBRIGHT | Setiap hari berkerja adalah hari yang agak memenatkan bagi Sha. Bukan kerana penat bekerja sebenarnya tetapi Sha selalu mengalami masalah mata letih dan kering kerana setiap hari menghadap komputer dan memandu balik dari tempat kerja di waktu petang yang panas terik mentari. Apabila mata letih Sha biasanya akan kerap berkelip dan kadang-kadang terpaksa menutup mata dan rehat seketika sebelum memulakan kerja kembali. Dengan teknologi terkini terciptalah BerryBright yang merupakan supplemen untuk mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. 


Berrybright adalah supplement untuk semua peringkat! yakni kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atassudah boleh mengambil Berrybright sebagai supplement

Siapa yang patut amalkan BerryBright?

Pengguna contact lens. BerryBright mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan kepada mata kita.

Mata kering dan letih.

Aktiviti di waktu panas.

Tidak cukup tidur di waktu malam.

Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang. Lutein mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang merbahaya (datang daripada telefon pintar, tv, computer dll) yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepat proses penuaan mata. 

Lingkaran hitam bawah mata. BerryBright diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberi anda penglihatan yang lebih segar dan jelas. 

Sokongan nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata yang lebih baik.
Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata telah menaik secara dramatik disebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi dan pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelak pelbagai penyakit timbul dan mengekalkan penglihatan mata.

Kenapa perlu memilih BerryBright sebagai supplement mata korang?

a.    Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant! Hah..jimat kan..
b.      Tinggi kandungan Vitamin C – 500mg per sachet – bersamaan 10 buah oren!
c.       Tanpa pewarna dan pengawet!
d.      Sesuai untuk Vegetarian
e.      Halal

Kalau korang nak tahu BerryBright didatangkan di dalam 2 jenis jadi korang ada pilihan mengikut keperluan badan korang iaitu :

a.  BerryBright Original yang mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal. 38 kalori setiap hidangan. Sesuai untuk semua peringkat umur.

b.   BerryBright Stevia pula tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur.  Tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Untuk makluman korang Berrybright merupakan Pemenang anugerah bagi :-

Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, yang dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/ disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pemenang – Kategori “Makanan Kesihatan” (Health Food)

dan

Natural Health Readers’ Choice Awards 2017, 2015, 2014
Pemenang - "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik“ (Best Natural Eye Care Supplement)

dan juga,
 
Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014
Pemenang – Kategori “Penjagaan mata” (Eye Care)

Cara Penyediaan pun senang :-

a.      Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk.
b.      Tambah satu sachet Bright Berry
c.       Kacau, gaul rata dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.



 Korang pun tahu kan mata antara pancaindera penting dalam menjalani kehidupan seharian kita. Marilah sama-sama kita menjaga kurnian Maha Esa ini tanda kita menghargai kurniaanNya. Kepada yang pernah merasai mata penat ini mesti tahu kesannya boleh memberi tekanan kepada diri seseorang dan mungkin banyak hal boleh tergendala kerana mata juga memerlukan rehat yang cukup.

#darimataturunkehati

Thursday, February 08, 2018

RESEPI TERUNG GORENG SIMPLE

February 08, 2018 11 Comments
RESEPI TERUNG GORENG SIMPLE | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Rasa tak patut sebenarnya nak kongsi resepi ini, tetapi oleh kerana teruja sebab ianya sedap sangat Sha nak kongsi jugalah pada yang belum tahu bahawa Terung goreng memang sedap! Hakikatnya Sha bukan selalu makan sayur terung kerana Sha tidak berapa boleh makan biji terung, kalau makan terung memang merahlah biji mata alamatnya kerana batuk terpaksa. Tak tahulah kenapa masalah macam tu boleh terjadi walhal terung antara sayur yang sedap dimakan bila dimasak lemak, goreng berlado dan macam-macam lagi.

Kali pertama Sha mencuba Terung Goreng Celup Tepung ini ketika berada di Medan, Indonesia iaitu di Hotel Green Garden, Berastagi. Perasan masa itu juadah itu adalah paling laris saling bertukar tangan pinggannya rupa-rupanya terung di goreng. Sebelum ini Sha tak pernah goreng terung dan di makan dengan nasi begitu sahaja tapi ternyata ianya sedap. Untuk pertama kali Sha potong bulat-bulat tapi tidak sempat ambil gambar, ketika itu lapar jadi masak-masak hidang terus makan..ehehehe... Memandangkan terung Sha beli bersaiz besar tidak semua Sha potong bulat, bakinya Sha potong bentuk batang-batang perancangannya hendak masak menu lain tapi akhirnya goreng sahaja jadi kali ini baru ambil gambar tetapi tetap sama caranya.


BAHAN- BAHAN

Terung [Dihiris bulat atau potong]
Tepung goreng

Caranya :- Dalam bekas terung letak tepung jangan terlalu banyak dan letak sedikit air dan gaul sekata.
Kemudian dah boleh goreng.

Simple!


Sudah boleh padankan dengan lauk-lauk lain yang mungkin berkuah kan, makan dengan nasi panas-panas. Wow! Boleh menambah makan ni...
Terung goreng ni rasanya manis-manis lemak gitu.. Yang belum cuba, boleh cuba lepas baca entry kacang ni okay!ehehehee...

Wednesday, February 07, 2018

TIPS KURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA

February 07, 2018 4 Comments
TIPS KURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Dalam kehidupan sehari-hari tak kira yang bekerja di luar rumah dan bekerja dari rumah pasti akan menghadapi tekanan walaupun sedikit. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tekanan iaitu seperti bebanan kerja yang melampau, tempoh masa bekerja yang panjang, kurangnya kawalan, gagal mengurus masa, kerja yang rutin, konflik di tempat kerja, kurangnya ganjaran dan masalah organisasi.


Kebiasaannya setiap orang ada cara tersendiri untuk melepaskan atau mengurangkan tekanan masing-masing. Jadi di sini Sha nak kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan tekanan di semasa bekerja.

Tips Mengurangkan Tekanan Di Tempat Kerja.


1. Pastikan Jangkaan korang realistik. Sediakan target setiap hari.

2. Merancang rancangan kerja untuk minggu ke hadapan lebih awal.

3. Semak balik to do list korang setiap pagi.

4. kekalkan fikiran positif.

5. Mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

6. Mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa.

7. Jangan menangguh kerja.

8. Menjalinkan hubungan yang baik dengan Maha Pencipta, bertaubat, berdoa, sabar & solat jangan diabaikan.

Untuk awal tahun 2018 ini Sha pun mengalami sedikit tekanan sehingga terganggu hormon dan Alhamdulillah dengan amalkan beberapa tips di atas seperti tidak menangguh kerja dan positif amat membantu Sha dalam mengurangkan tekanan kerja.

Semoga korang pun jangan stress-stress tau dalam apa jua urusan seharian.

Monday, February 05, 2018

CARA SEMAK DAFTAR PENGUNDI

February 05, 2018 2 Comments
CARA SEMAK DAFTAR PENGUNDI | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Sudah ada khabar-khabar angin Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dijalankan tidak lama lagi, tapi tarikh sebenarnya masih belum diumumkan. Jadi sebagai rakyat yang perlu memilih perlu membuat pilihan siapakah yang akan mentadbir kerajaan Malaysia. Persoalannya adakah anda sudah mendaftar? Pemilih juga terbahagi kepada beberapa kategori.

FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH
  1. PENGUNDI BIASA
    Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat Mengundi
  2. POLIS
    Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  3. TENTERA
    Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  4. LUAR NEGARA
    Terdapat dua sub kategori:
    1. Pengundi tidak hadir luar negara ( mereka tidak perlu pohon untuk undi pos )
    2. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi ( mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos )
  5. MEDIA
    Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.
Marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab kita bersama. Jika korang nak semak daftar pemilih  boleh klik banner di bawah :

Untuk buat semakan lebih daripada 1 orang boleh klik banner di bawah ni.

https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp


Apa lagi? Kita tunggu sahaja bila tarikh mengundi akan diumumkan. Walaupun tak kerja dengan SPR tapi dapat juga tempiasnya dalam kerja Sha ni untuk memastikan semua rakyat berdaftar.

Friday, February 02, 2018

BLOGGER ANAJINGGA

February 02, 2018 11 Comments
BLOGGER ANAJINGGA | Assalamulaikum semua. Ok, sebenarnya sebelum ini ada terlintas nak buat review rakan-rakan blogger terpilih tapi bila dah lama sangat tangguh macam tergendala sekejap perancangan Sha untuk tahun 2018 ini. Sha rancang nak review seorang blogger setiap bulan tapi sekarang sudah masuk bulan Februari jadi Sha mulakan bulan Februari sahaja jela yeaa..

Tanpa buang masa untuk blogger pertama Sha memilih blogger AnaJingga sebagai pilihan. Kenapa Kak Ana? Beliau merupakan antara blogger terawal yang sha follow sejak Sha mula aktif dengan dunia blogging maklumlah dulu daftar blogspot sesuka hati sahaja, tak pernah nak luaskan persahabatan sesama blogger.
www.anajingga.com/

Jadi Blog Anajingga adalah blog wajib Sha singgah kalau ngadap blog ni. Sha nampak perkembangan Kak Ana dan kadang-kadang tanpa sedar memberi inspirasi untuk mengembangkan shalimaryusof.com juga tambah pula tuan tanah tak lokek pengalaman.

Kak Ana ni memang ramai blogger lain kenal dan hormati mungkin kerana peribadi Kak Ana sendiri yang mesra dan keibuaan. Kalau nak tahu dalam diam Sha simpan dalam hati nak anak-anak Sha membesar dan bijak macam anak-anak gadis Kak Ana yang comel macam ibu diaorang nih..hihihi.. Semoga Sha dengan anak-anak Sha pun boleh gather-gather macam Kak Ana dengan Kak Long dan adik.

Satu lagi apa yang Sha suka tengok-tengok kat blog Kak Ana ni adalah perkongsian dekorasi bilik dan rumah. Tahu-tahu sahaja lah kalau ibu-ibu ni tengok dekorasi untuk bilik anak-anak mula la berangan kan nak jugak macam tu macam ni. Walaupun Sha bukan peminat hiasan bunga-bunga inggeris tapi Sha suka tengok sebenarnya bunga-bunga tu cuma tak terjemahkan secara fizikal, Kak Ana lah yang suka kongsi dekorasi inggeris tu, sejuk je mata memandang.

Kak Ana pencinta alam. Yeke tu?hehehe,,,bila Kak Ana balik kampung haaa apa yang Kak Ana tak kongsi, selalu buat Sha merindui kampung halaman..kih3...Selalu menjamu mata dengan warna warni bunga-bunga segar dan tanaman lain tambah pula gambar-gambar yang Kak Ana ambil dan letak dalam blog Anajingga ni boleh tahan cantik dan jelas.

Akhir kata, ribuan Terima Kasih untuk Blogger Anajingga kerana masih menyokong blog Sha selama ini walaupun Sha tak sepopular Adi Putra dan Marian Rivera..hihihi..

CARA TUNTUT BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA

February 02, 2018 10 Comments


CARA TUNTUT BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA | Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Sebelum ini Sha ada kongsi tentang beberapa perkara yang boleh keluarga si mati uruskan selepas kematian ahli keluarga terdekat. Kali ini Sha nak kongsi tentang permohonan Bantuan Mengurus Jenazah yang boleh waris tuntut. Sebenarnya selepas ayah Sha pulang ke Rahmatullah sudah ramai yang maklumkan tentang bantuan ini, jadi seperti biasa Sha yang uruskan bagi pihak Mak Sha, bukan apa Mak tak mampu nak ke hulu ke hilir macam dulu untuk menguruskan hidup, adik-adik pula masih di bangku sekolah jadi segala kebajikan Mak akan Sha usahakan.


Arwah ayah seorang pesara jadi pewaris berhak menuntut apa yang patut jadi apa salahnya kita dapatkan apa disediakan. Jadi hari ini Sha nak kongsi Syarat-syarat permohonan Bantuan Mengurus Jenazah berpandukan Peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 tahun 2010.



1.
Siapa


Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
2.
Amaun

RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja).
3.
Penerima Mengikut Keutamaan

i)      Balu/Duda;
ii)     Anak;
iii)    Ibu/Bapa
iv)    Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
v)     Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
4.
Cara Memohon




Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya

Malaysia
 
5.
Cara Bayaran
Penerima dalam Malaysia:
i)
      Waran
ii)
     Kredit Bank
Penerima di luar Malaysia:
i)
      Pindahan Telegrafik
ii)
     Deraf Bank

 DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Borang permohonan perlu dilampirkan bersama beberapa dokumen yang disahkan iaitu :

1. Salinan Sijil Kematian.
2. Salinan Kad Pengenalan Pesara.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
4. Salinan muka surat hadapan buku akaun bank pemohon.
5. Surat Pengesahan Jabatan Akhir atau lain-lain dokumen yang boleh mengesahkan perkhidmatan gemulah sebagai penjawat awam (bagi pesaran kerajaan di bawah Skim KWSP)
6. Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan penerima :




Pemohon
Dokumen
Balu atau Duda
Salinan Sijil Nikah
Anak
Salinan Sijil Kelahiran
Ibu atau Ayah
Salinan Sijil Kelahiran Pesara
Lain-lain
Surat Akuan Sumpah


 *Pengesahan dokumen boleh dibuat di hadapan : - Kadi, Imam, Paderi, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua Komuniti, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Kerajaan (Jawatan Utama, Jawatan Khas dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional) atau Ketua Anak Negeri.

Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat seperti di atas.

Sekiranya berlaku kematian ahli keluarga terdekat korang boleh juga rujuk sini :


Seperti sedia maklum urusan pusaka bukan hal main-main dan penting untuk si mati juga. Hal ini disebabkan pusaka juga melibatkan hutang piutang yang perlu dibayar (jika ada).

Semoga maklumat ini boleh membantu korang ya.
Terima Kasih.