KESIHATAN DI USIA MAKIN MENINGKAT - SHALIMAR YUSOF


Wednesday, January 24, 2018

KESIHATAN DI USIA MAKIN MENINGKAT


KESIHATAN DI USIA MAKIN MENINGKAT | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha tertarik untuk berkongsi satu perkongsian sahabat di satu group whatapps.Perkongsian itu ditujukan kepada golongan yang berusia 45 tahun ke atas. Tapi Sha lebih suka ambil perkongsian ini untuk sesiapa sahaja, kerana setiap orang mengalami pertambahan usia dan perlu lebihkan disiplin dalam menjaga kesihatan.

Proses Penuaan (Aging Process) sudah bermula sejak umur 32 Tahun dengan  mulanya penurunan fungsi organ-organ (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan Penurunan Hormon-Hormon (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen untukk wanita dan penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron untuk Lelaki.

Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yang Berlangsung Kronik yang Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan, adalah;

1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Kanser (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).

APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?

1. BERGERAK.

Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

2. SENAM OLAH NAFAS

Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

3. KURANGI KARBOHIDRAT

Cukup Protein, Buah & Sayur.

4. JAGA BERAT BADAN

Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.

Check BP Tiap Minggu.

6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.

Jadi Periksa Darah sekurang-kurangnya Tiap 6 Bulan.

7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun

Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

8. ISTIREHAT CUKUP

- Tidur 6 - 8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

9. KURANGI STRESS

- Jangan bekerja di luar Kapasiti atau kemampuan
- Perbanyak rasa Syukur, Doa atau Meditasi
 - Sentiasa Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yang Positif

Luangkan masa sembang-sembang santai, bergurau-senda,  erat Silaturahim atau berkumpul dengan keluarga & teman-teman.

Elakkan marah-marah atau terlalu emosi, hindari hal-hal yang berpotensi membuat sedih atau angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dengan Senyum Bahagia.


Hurmm..nampaknya perlu lebih beringatlah lepas ini kalau nak sihat kan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi