HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Monday, January 08, 2018

# info

CARA DAFTAR CIMBCLICKS

CARA DAFTAR CIMBCLICKS | Assalamualaikum semua. Jangan tidak percaya walaupun zaman makin canggih makin maju dan dunia hujung jari masih ada yang tidak menggunakan kemudahan online banking atau perbankan atas talian untuk mempermudahkan beberapa urusan yang dapat diselesaikan secara terus seperti memindahkan wang, pembayaran bil dan sebagainya. Hari ini Sha nak kongsikan cara untuk mendaftar cimbclicks. Walaupun ianya mudah masih ada yang tidak tahu, percayalah.

1. Pastikan anda mempunyai akaun bank CIMB Berhad. Semasa membuka akaun bank tersebut anda akan dibekalkan dengan sekeping kertas yang mempunyai maklumat nama dan no akaun anda.

2. Selepas membuka akaun staff bank akan maklum supaya anda mengaktifkan kad ATM atau mula memasukkan duit di dalam akaun simpanan bank.

3. Selesai memasukkan duit,di mesin ATM anda perlu membuat pilihan di menu untuk mendaftar CIMBclicks dan daftar no.telefon untuk urusan online banking di kemudian hari.


4. Anda buka laman web rasmi CimbClicks kemudian klik Log In. Untuk kali pertama selepas klik Log In, anda perlu klik register dan apabila klik register pop up seperti di bawah akan keluar anda perlu klik Register Now.


5. Apabila anda klik Register Now borang seperti ini akan keluar. Pendek kata semasa mendaftar cimbclicks anda perlu punya atau tahu no pada kad ATM dan no pin kad ATM yang ingin didaftarkan.



6. Bila dah selesai semua yang di atas, anda perlu cipta ID pengguna dan setting password anda akhir sekali anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan perbankan online anda. Segala no TAC akan dihantar ke no.telefon yang telah anda daftar sewaktu mula-mula aktifkan kad di mesin ATM.

Tapi bila dah ada online banking jangan lupa duit dalam dompet pun perlu ada sebab tak semua urusan wang boleh diselesaikan secara online. Pastikan anda juga ingat ID dan password anda sendiri, jika lupa perlu ulang daftar kembali tetapi tidak perlu ke mesin ATM hanya ulang daripada Log In pertama dan seterusnya.

Sekian Terima Kasih.










3 comments:

  1. kita ad dh..mudh bila cimb clikcs ad.Senang nk shopping online..hahaha

    ReplyDelete
  2. Aktifkan akaun cimb click sebab senang nak shopping on9 :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi