Makanan Beracun Tanpa Kita Sedari Boleh Memudaratkan Kesihatan Manusia | Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha mengikuti rancangan halaqah terbitan tv3, tajuk yang menarik kerana melibatkan aktiviti harian seorang manusia iaitu MAKAN. Siapa yang tak makan kan? Orang diet pun kena makan kalau tak bukan kurus sahaja tapi boleh mati kering..ehehhee. Adakah makanan yang kita ambil setiap adalah baik untuk kesihatan dan sejauh mana yang kita tahu tentang makanan dan minuman yang kita ambil baik untuk kita atau menjadi racun yang terpendam di dalam tubuh kita seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit. Rancangan yang dihoskan oleh Ahmad Noor Sulaiman yang juga penerbit rancangan ini dan diserikan oleh panel seorang doktor perubatan yang juga pendakwah iaitu Dr.Danial Zainal Abidin ini banyak mengupas tentang hari kiamat.



Di dalam Halaqah Episod 22 Dr.Danial telah mengupas tentang ciri-ciri makanan dalam Islam iaitu Halal dan Toyyiban.

Halal

Makanan halal adalah menjadi daripada sumber yang halal iaitu seperti makanan yang mengandungi zat dan khasiat. Selain itu halal juga adalah dari segi cara mendapatkannya iaitu dengan membeli sendiri dengan duit yang halal.

Toyyiban

Makanan yang selesa dimakan dan memberi kebaikan juga manfaat daripada pelbagai sudut seperti memberi khasiat yang dapat membantu kita menjaga kesihatan kepada badan dan organ. Toyyiban bermaksud baik, selamat dan bersih.

* Bekas yang paling buruk adalah perut manusia. Kenapa? Kerana daripada apa yang kita makan, masuk ke perut dan dari pemakanan yang tidak baiklah boleh mendatangkan kemudaratan.


Tujuan mengambil makanan yang baik adalah untuk mendorong kita menjadi hamba yang lebih taat kepada Allah S.W.T dengan amal soleh.

Umat zaman kini dikatakan kurang mengkaji khasiat yang ada di dalam makanan yang diambil. Kita adalah orang yang perlu mentadbir jadual pemakanan yang perlu oleh kita sendiri.

Isu kini zaman memviralkan makanan. Adakah orang ramai kini menjadi hamba makanan? Fuhhh... sedikit terasa Sha di sini kerana memang sejenis yang suka mencari makanan dan yang sedap kita kongsikan bersama kawan-kawan dan kenalan di media sosial. Adakah aku juga sudah menjadi hamba makanan dan minuman? Harapnya jika ya dapatlah ku ubah kembali.

Racun Dalam Makanan Tanpa Sedar. Sedap tetapi mempunyai 3 P yang mampu memberi kesan tidak baik kepada tubuh badan kita. Apakah 3P yang dimaksudkan?

1. Pewarna - menjadi tarikan
2. Perisa - perasa untuk menyedapkan makanan.
3. Pengawet - untuk membuatkan makanan menjadi lebih tahan lama.

Ketiga-tiga di atas adalah merupakan bahan kimia. Jadi faham-faham sahajalah kalau dah telan bahan kimia memang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa kita sendiri. Zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu yang mana persekitaran, udara dan anginnya juga bersih.

--------------------------------

Hos juga berkongsi pengalaman beliau ketika ke negara Israel, yang mana beliau menonton televisyen dan siarannya amat berbeza dengan siaran negara kita. Siaran tv mereka banyak menyiarkan rancangan berbentuk dokumentasi dan hanya sedikit rancangan hiburan yang ada. Rancangan tv di sana juga banyak mengajar tentang penjagaan makanan kerana mereka sangat mementingkan  kesihatan badan dan otak.

Kajian telah mengenalpasti kenapa otak orang Yahudi boleh menjadi hebat. Antara hasil dan point yang dapat dikesan adalah :

Orang Yahudi membenci rokok kerana rokok boleh mematikan otak.
Mereka suka makan ikan.
Suka makan salad sayur-sayuran
Sebelum memakan makanan lain, mereka memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Menyukai kacang disamping roti.

Pendidikan dan ilmu pemakanan untuk ibu-ibu mengandung pula amat dititik beratkan untuk memastikan anak yang bakal lahir juga menjadi seorang yang bijak. Semasa mengandung ibu mengandung disana suka membawa buku matematik dan menyelesaikan soalan matematik ( mereka tidak suka mental ibu yang lesu kerana ini boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan ). Ibu-ibu disana juga gemar memakan buah tamar dan susu, suka makan ikan tanpa kepala dan juga suka makan kacang terutama kacang almond.
Selain itu ibu mengandung di sana juga belajar bermain piano untuk mendapatkan anak yang pandai dan bijak.

Kesannya----> Anak-anak yang lahir bijak.

ORANG ISLAM LEBIH HEBAT . Kenapa? Kesemua yang mereka amalkan itu adalah sebenarnya terkandung di dalam Al-Quran CUMA ianya tidak dikuti dan diamalkan oleh orang islam sendiri.

[ Menurunkan nafsu makan adalah dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu ]


Makanan Ringan Atau Junk Food

Kajian dari Universiti Oxford berkaitan makanan ringan yang pastinya mengandungi 3 P iaitu bahan kimia yang mampu boleh mengganggu otak dan emosi manusia dan boleh menjadikan seseorang menjadi agresif.

----> Satu kajian dijalankan disebuah penjara, terdapat banduan yang selalu agresif dan suka bergaduh. Pihak penjara mengubah menu makanan mereka didapati sifat mereka semakin kurang bertindak agresif.

Jom sama-sama kita cuba hindarkan diri kita dan terutamanya anak-anak kita daripada terus menikmati makanan ringan atau makanan segera.
Berjimat Dengan Shopback Setiap Kali Berbelanja Secara Online | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Hari ini hari gaji bahaya sikit kalau bercakap tentang shopping online ni sebab apa kalau tak kuat mahu terbang cepat duit gaji. Walaubagaimanapun terpulang pada diri sendiri kan bagaimana kita menguruskan kewangan sendiri dan keluarga. Pada mulanya Sha tak percaya sangat selagi tak ada pengalaman cashback daripada Shopback ini tetapi selepas suami Sha sendiri sudah mendapat duitnya kembali hasil daripada shopping online. Ya ! suami Sha lebih suka shopping online berbanding Sha, tetapi orang lelaki biasalah macam suami Sha sendiri kebanyakkan barangan yang dibeli adalah barangan elektronik dan aksesori telefon bimbit. Orang kata walaupun tak banyak tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Baru-baru ini dapatlah suami Sha tuntut balik cashback dia masuk akaun bank dapatlah guna balik buat belanja.


 

Shopping online yang boleh korang dapat cashback balik adalah seperti diatas, memang laman shopping kegemaran ramaikan jadi mulai sekarang korang disarankan untuk daftar shopback untuk lebih berbaloi. 



Ini contoh cashback overview akaun Shopback Sha. Sha pun dah lama tak shopping online tapi hasil yang dulu-dulu dah boleh withdraw dah.
https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=Hj1m2m

Apa lagi untuk korang yang suka shopping online di Lazada, Shopee, Zalora, Booking.Com dan lain-lain tu boleh join Shopback sekarang juga.

Cara mendapatkan dan mengumpul cashback di Shopback

Setiap kali nak shopping korang buka laman Shopback terdahulu dan daftar masuk, kemudian barulah klik laman seperti lazada atau laman lain yang korang nak untuk shopping (shop on any store through shopback) . Setiap kali transaksi pembayaran telah berjaya, nilai cashback korang akan bertambah mengikut peratusan yang telah pihak shopback tetapkan pada setiap jenis barangan yang dibeli. Bila semua cashback telah diverify korang boleh tuntut cashback terkumpul bermula RM10 ke atas.
Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak | Assalamualaikum semua. Masalah hari-hari yang paling besar adalah nak makan kat mana..ahahaha...korang jangan tipulah selain nak masak apa itulah persoalan yang boleh buat otak kita berputar ligat. Minggu lepas Sha dan kawan-kawan dah habis idea nak makan mana jadi kami memilih untuk singgah di Restoran Bota Left yang terletak betul-betul berhadapan dengan Billion Seri Iskandar.

Kalau korang masuk hala ke Billion dari McDonald's Seri Iskandar kedai ini terletak di sebelah kanan korang manakala Billion disebelah kiri korang.

Antara geng luncheon Sha hampir setiap hari.

Dekorasi Dalam Restoran Bota Left Seri Iskandar Perak





Boleh tahan juga dekorasi dalam restoran ini. Jadi kalau korang nak ubah selera makan tengahari korang bolehlah makan di Restoran Bota Left Seri Iskandar ini bukan di Bota Kiri tau.

 
 Maggi Bandung Pilihan Hani.


 Nasi Goreng Ayam Butter Milk pilihan Sha.

Agak banyak nasinya, memang kenyang sangat ambil menu ini tambah pula dengan lauk Ayam Butter Milk yang penuh krim berlemak. Sup kosong pun sedap. Banyak lagi pilihan menu yang korang boleh pilih seperti dalam menu di bawah.



Nampak tak menu Nasi Goreng Udang Petai ? Kawan Sha cakap dia makan dengan anak boleh kongsi, berbaloi la dengan harga yang ditawarkan tu kan.

"We Try Serve The Best For You"
Puan Salina
013-339 7782
facebook : bota left
Instgram : bota left
Alamat :
No 255 Bawah Persiaran SIBC 9,
Seri Iskandar Business Centre,
32610 Seri Iskandar,Perak.

Dibuka Setiap hari Kecuali dalam 2 minggu akan cuti pada hari Rabu.
Jam 1.00 petang hingga 12.00 malam.

 
Char Koey Teow . Masakan Panas. Western . Nasi Ayam Penyet . Katering. Lain-lain

Resepi Ringkas Agar- Agar Buah Peach | Assalamualaikum semua. Baru -baru ini diadakan Majlis Hari Lahir sekali gus Majlis Perpisahan untuk adik-adik praktikal di pejabat tempat Sha bekerja. Nak datang tangan kosong rasa ralat jadi Sha pun ambil keputusan untuk membuat agar-agar ringkas untuk majlis tersebut dan memilih agar-agar buah peach. Sebenarnya ini kali pertama Sha masak agar-agar, kuih lain pun jarang juga.ehehehe..

 

Bahan-bahan Untuk Agar-Agar Buah Peach

1 biji buah peach dalam tin
200 ml air
1 tin susu cair
13g serbuk agar-agar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil perisa vanilla vanilla

Cara-cara memasak Agar-Agar Buah Peach

1. Didihkan air di dalam periuk, apabila mendidih masukkan serbuk agar-agar.
2. Kacau sebati masukkan gula pasir diikuti dengan susu cair dan perisa vanilla. Tunggu hingga sedikit mendidih.
3. Di dalam bekas atau acuan kita susun hirisan buah bahagian bawah.
4. Tuang adunan ke dalam bekas acuan dan tunggu sehingga sejuk barulah letakkan di dalam peti sejuk dalam 2 jam.

Boleh juga cuba --------------->  Resepi Puding Roti Bersama Kuah Kastard


Beginilah kejadian agar-agar buah peach Sha. Tak adalah elok sangat kejadiannya..huhuhuh...tapi rasa buah peach memang Sha sukalah. Kenapa biasa tengok agar-agar buah peach orang lain kekuningan tapi Sha punya kehijaun? Pokoknya nak beli serbuk agar-agar kena hati-hati tapi boleh pula Sha tak perasan bukan main besar tulis pada plastik perkataan hijau.. ahahhaa.. tapi nasib baiklah bukan berperisa.
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedar tak sedar dah dua minggu cuti sekolah berjalan, ibu-ibu dan ayah-ayah pasti merancang untuk membawa anak-anak bercuti ke suatu tempat yang dapat menghiburkan mereka. Yalah bukan selalu dapat bawa anak jalan selain cuti sekolah yang panjang seperti cuti sekolah hujung tahun. Alhamdulillah untuk cuti sekolah ini Sha berpeluang untuk bawa anak-anak bercuti walaupun tak jauh dari rumah dapat kami belum pernah sampai ke sini iaitu Movie Animation Park Studios atau Maps Ipoh ini. Sha bersama ke sini selepas daftar keluar daripada percutian penginapan mewah di The Cedar @Bidor Villa dan menikmati hidangan makan tengahari di McDonald's Meru Raya yang hanya terletak berhampiran Maps Ipoh.
 
Pintu masuk Movie Animation Park Studios ( MAPS Ipoh )

 
Kaunter pembelian tiket di pintu masuk MAPS Ipoh.

 
Team Hijau warna kegemaran Ibu...

 
Jika korang tak bawak stroller untuk anak-anak maklumlah ada yang berjalan jauh kadang tak bawak stroller kalau barang lain banyak kan jadi jang risau kerana Maps Ipoh menyediakan stroller kanak-kanak dalam dua 2 saiz.

 

Tok Aba Kokotiam
Tempat yang korang akan cari lepas penat meneroka Maps adalah tempat makan jadi kat sini ada beberapa kafe yang telah disediakan dengan beberapa tema iaitu dengan karakter Tok Aba yang ada di dalam kartun Boboiboy. Selain Kokotiam Tok Aba terdapat juga kafe lain seperti The pitstop Cafe, Starship restaurant Indoor & outdoor, Monkey Business Candy dan La Cremeria Cafe.

 
Center Stage
Sebaik sahaja Sha dan keluarga menapak ke dalam kami disambut dengan persemabahan tarian di Center Stage. Mungkin persembahan disini mengikut jadual dan setiap persembahan adalah berlainan kerana selain tarian korang juga dipersembahan dengan nyanyian juga sorakan.

Permainan Untuk Keluarga Di Movie Animation Park Studios Ipoh, Perak Malaysia.

Selepas menikmati persembahan di Center Stage, Sha dan keluarga berjalan ke Lakeside Zone untuk menikmati apa yang ada di sini. Pertama sekali Sha suami isteri bermain kereta langgar tapi tiba-tiba Adik nur buat hal menangis luar pagar tapi terpaksalah menghabiskan permainan. Nasiblah tak lama permainan ini jadi kami cepat-cepat keluar dapatkan Adik Nur bawa jalan-jalan ke zon lain.

Astroid Attack
Asteroid Attack adalah pelayaran angkasa. Tapi sayangnya Sha tak dapat mencubanya walaupun Abang Zaryth dah mula sporting nak menyertai permainan yang ada ini dsebabkan oleh ketidakcukupan ketinggian Abang Zaryth.

 
HyperSpin
Mencari keghairahan? Korang memilih berada di tempat yang betul. Sha sempat menaiki Thrill Rides bersama Abang Zaryth yang mana kanak-kanak setinggi Abang Zaryth lepas masuk itupun dengan mengambil kerusi yang berpasangan dengan penjaga.
 

Space X-Plorers
Melangkah ke Space X-Plorers yang berbentuk cakera dan diikat ke tempat duduk motosikal yang menghadap ke luar. Berpenghujung ke pemandangan panorama yang sengit ketika menuju angkasa sekali gus berputar. Memandangkan anak-anak kecil lagi kena lah bergilir dengan suami, tadi Sha dah naik Thrill Riders bersama Abang Zaryt jadi kali ini bagi peluang pada suami pulak naik tapi sorang-sorang sahaja sebab anak-anak tak lepas.

Permainan Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak Di MAPS IPOH

Mula-mula nak layan permainan di MAPS Ipoh ini Sha agak kecewa kerana kebanyakkan permainan anak-anak tak boleh masuk sebab tak cukup tinggi tapi rupanya ada bahagian untuk kanak-kanak seumur mereka masuk.
Coliseum Water Play
Nampak tak budak-budak berlari ?pancutan air keluar daripada mata-mata patung Rom kuno di Coliseum Water Garden ini. Biarkan anak-anak kecil bertarung dengan air mancur dan mengelak daripada terkena pemancut air yang mengejut. Ia menyeronokkan di bawah sinar matahari, tetapi bermain-main melalui pancutan air.

 
Fantasy Carousel
Antara permainan yang kanak-kanak seumur Abang Zaryth (6 tahun) dan Adik Nur (3tahun) boleh masuk iaitu Fantasy Carousel yang menyediakan replika haiwan yang boleh ditunggang dan berpusing. Jangan risau anak kecil ibu ayah boleh tolong pegangkan dan menjelajah bersama anak-anak.

  
Red Baron
Bersedia untuk berlepas! Pesawat penjelajah kecil dan ketika anak-anak terbang dan memandu pesawat mereka sendiri di Red Baron. Mereka akan menjadi tinggi dengan gembira kerana mereka bergerak melalui lalu lintas udara dan melambung di langit pada perjalanan menarik ini.

 Coral Kingdom
"Menyelam" ke dalam Playworld Kingdom of Coral Maps Ipoh yang menenangkan. Biarkan anak-anak bermain-main di celahan batu karang dengan makhluk laut dan teman-teman baru yang mengasyikkan ketika ibu bapa bersantai dan berehat di persisiran sambil memantau anak-anak itu melompat dan bermain ketika bersantai menikmati sejuk bagai angin lalu.



The Smurfs Partyland
Comelnya rumah The Smurfs Partyland, tengok tu laju Adik Nur masuk ke dalam ibu panggil pun dah tak dilayannya..huhuhu.. Kanak-kanak seumur Adik Nur 3 tahun ni memang sesuai masuk ke sini tapi perlu pandai menerokai sendiri didalamya kerana anak-anak sahaja boleh masuk
Stunt Legends Arena
Sayangnya tak dapat layan sampai malam jadi tak dapatlah Sha menonton dan mendengar ngauman enjin pertunjukan kereta stunt di dalamnya yang mana bermula pada pukul 8.00 malam kerana perlu keluar dan bersiap untuk ke Makan Malam Bersama Team Blogger Pantai Timur di Restoran Chinese Muslim Abdullah yang juga terletak tidak jauh dari Maps Ipoh ini.

Sebelum Sha ke bahagian mainan kanak-kanak ini Sha masuk ke Rumah Hantu Maps terlebih dahulu tapi Sha dan Adik Nur tak masuk kerana Adik Nur dah mula peluk Sha kuat dan muka nak menangis dah akhirnya suami dan Abang Zaryth sahaja yang masuk. Kesian betul dengan Abang Zaryth keluar dari rumah hantu menangis-nangis takut, agak lama juga baru dia berhenti menangis jadi maknanya memang menjadilah hantu-hantu kat dalam memainkan peranan mereka.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh terokai di Movie Animation Park Ipoh ini seperti Upside Down Pyramid, Zugo's Crystal Quest, The Edventures Hq Tree House dan Cave Of Wonders. Untuk lebih lanjut dan boleh tempah tiket secara online pun boleh di laman web rasmi Maps iaitu di http://www.mapsperak.com/.

Singgah Di McDonald's Meru Raya Ipoh Perak Menikmati Burger GCB Bersama Team Blogger Pantai Timur | Assalamualaikum , salam sejahtera semua. Alhamdulillah rezeki selepas Sha dan Team Blogger Pantai Timur daftar keluar dari The Cedar @Bidor kami terus menuju ke Meru Raya Ipoh untuk menikmati makan tengahari kami. Kalau korang nak tahu kebanyakan event di Ipoh sekarang banyak diadakan di Bulatan Amanjaya yang terletak di Meru Ipoh ini berbanding dahulunya event berpusat di Bandaraya Ipoh jadi dengan perubahan ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan dan juga kemudahan di Meru Raya. Antara yang baru dibuka adalah McDonald'S Meru Raya yang lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan Bulatan Amanjaya dan Terminal Bas Amanjaya. Selain itu McDonald's ini juga berdekatan The Movie Animation Park Studios Ipoh, Perak yang pastinya memudahkan pengunjung menjamu selera.


Rombongan Team Blogger Pantai Timur pada hari itu disambut oleh Pengurus Besar McDonald's Meru Raya sendiri iaitu En.Azhar yang telah berpengalaman selama 18 tahun bekerja dengan McDonald's. Seronok mendengar kisah pengalaman En.Azhar sepanjang bersama McDonald's yang mana beliau memulakan pekerjaan di McDonald's selepas tamat SPM pada tahun 2000 sekadar suka-suka tetapi mula jatuh cinta dengan McDonald's disebabkan persekitaran kerja yang positif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri seterusnya mengembangkan kerjaya. Antara titik tolaknya adalah apabila En.Azhar diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001. Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertanding dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara. Akhirnya beliau memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Itulah orang kata Usaha Tangga Kejayaan dan tidak hanya bergantung kepada akademik semata-semata.

Grill Chicken Burger (GCB) McDonald's & Happy Meal

 

Rezeki tengahari itu memang burger kegemaran Sha iaitu GCB apalagi seronok laa Sha tapi akhirnya terpaksa mengalah dengan Adik Nur..huhuhu... Tengoklah bukan main diakan dapat makan burger GCB ibu. Ibu? kongsilah dengan Adik Nur walaupun Adik Nur ada burger set Happy Meal dia tu. Budak-budak kalau dapat Happy Meal memang seronoklah apalagi kan dapatlah mainan.


Abang Zaryth dan Adik Nur teruja dapat menikmati makanan sambil menikmati pemandangan kereta lalu lalang di hadapan McDonald's. Gambar atas tuu dapatlah kita nampak ibu-ibu dan bapa-bapa sedang sibuk melayani kerenah anak masing-masing.


 Melawat Bahagian Dapur McDonald's Meru Raya


Pengalaman yang amat berharga kali ini kerana Sha dan rakan-rakan diberikan peluang untuk masuk ke belakang tabir iaitu bahagian penting dalam menyediakan menu yang selama ini kita makan. Bila dah dapat masuk memang teruja, dalam peti ais pun masuk ..ahhaha.. Pada Sha memang teratur alatan dan mesin bahagian menyiapkan setiap pelanggan bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Daripada kunjungan kali ini Sha dan yang lain dapatlah mengambil inspirasi daripada semangat En.Azhar sendiri iaitu "Usaha Tangga Kejayaan" dan ini telah dibuktikan oleh En.Azhar sendiri. Bebanyak terima kasih kepada En.Azhar dan team beliau yang sudi meraikan kami semua dan semoga terus success buat mereka bersama McDonald's.
Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak | Assalamualaikum , Salam Sejahtera semua. Sesekali menukar selera daripada masakan melayu dan ala thai memang sangat berbaloi apabila berpeluang merasai masakan chinese style yang pada Sha ianya amat mesra dengan selera tekak melayu seperti Sha dan keluarga. Jika korang tinggal di Ipoh pasti korang dapat lihat munculnya tempat makan yang bagaikan cendawan tumbuh dimusim hujan di Bandar Meru, Ipoh Perak ini seiring dengan pelbagai keraian telah diadakan di Bulatan Amanjaya Meru Ipoh. Apa kata sesekali ke Bandar Meru, Ipoh korang singgah ke Restoran Chinese Muslim Abdulllah yang terletak berdekatan McDonalds Meru Ipoh untuk menikmati beberapa menu yang boleh dikatakan suatu gabungan yang meletop.

 

Nikmati Lebih 100 Menu Masakan Cina Muslim

Bangunan Restoran Chinese Muslim Abdullah yang terletak di Medan Bestari Meru ini menyediakan lebih daripada 100 menu halal cina muslim. Pada hari itu Sha bertuah kerana pemilik restoran ini iaitu Muhammad Aiman Loh juga menyertai dan meluangkan masa bersama pelanggan yang ada dan berkongsi tentang restoran yang menyediakan menu resepi turun temurun keluarga beliau.


Untuk makan malam itu Sha sempat mencuba beberapa menu iaitu terdiri daripada ikan, ayam masak kam heong, udang mentega labu, sotong ribut, sup sayur dan sayur paprik. Aiman berkata kewujudan Restoran Chinese Muslim ini adalah kerana kurangnya kedai makan masakan cina yang halal toiyiban di Ipoh dan sekali gus dapat memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

  
Menu utama meja Sha adalah ikan siakap masak stim limau. Menurut staf restoran ikan ini adalah masakan kedua terbaik restoran ini dan masakan No 1 mereka adalah ikan siakap masak Bangkok..hmmm mungkin selepas ini Sha boleh datang lagi untuk mencuba masakan terbaik itu.

Ayam Masak Kam Heong

Sayur Paprik

Sotong Ribut

Sup Sayur

 
Masakan yang tak pernah Sha jumpa dan rasa iaitu Udang Mentega Labu atau Butter Pumpkin Cream Shrimp memang ada kelainan rasanya.

Deep Fried Kailan - Sayur Kailan yang dipotong halus lalu digoreng dengan minyak panas mendidih.

Tom Yam


Menu Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak

 

 

 

 

 

 
Haaa... kalau korang dah masuk restoran ini korang boleh tengok di kaunter pembayaran restoran jika ada papan nota macam ni jikalau ada menu istimewa pada hari itu korang boleh lah cuba. Contoh pada hari itu ditawarkan menu Siakap Bangkok, Ayam Tokyo, Ayam Mongolia, Daging Bawang Halia, Belut Kong Pow dan Green Dragon.

 
Suasana di dalam Restoran Chinese Muslim Abdullah, bahagian luar pun ada disediakan ruang makan. Restoran ini baru sahaja dilancarkan dan sedang dalam proses menaiktaraf seperti kemudahan surau.


Alhamdulillah dengan rezeki merasai masakan ala kantonis di Restoran Chinese Muslim Abdullah ini. Kalau korang nak tukar selera dengan masakan ala kantonis citarasa cina korang boleh memilih untuk ke restoran ini. InsyaAllah akan berpuas hati.

Restaurant Chinese Muslim Abdullah
  
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
  
Sebelum korang berkunjung ke sini korang boleh membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Pengurus Restoran iaitu Encik Mohamad Iqbal Syariff di talian : 019-516 9516

Waktu perniagaan: Jam 4.30 petang - 12.30 malam setiap hari kecuali hari Khamis.