HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, December 06, 2017

# medan indonesia

HOTEL ATSARI DI DANAU TOBA INDONESIA

HOTEL AKSARI DI DANAU TOBA INDONESIA | 21 November 2017 ( Selasa) merupakan hari kedua Sha dan rakan rombongan berada di Indonesia. Pada hari itu sebelum kami menaiki feri ke Kampung Tomok dengan menyelusuri Tasik Toba kami telah daftar masuk ke penginapan kami untuk malam kedua terlebih dahulu. Hotel Atsari terletak berhampiran dengan jeti feri ke Kampung Tomok dan Perkampungan Batak yang kami lawati. .Sesuai sangat untuk korang yang nak cari hotel berhampiran jeti danau toba, cuma jalan kaki sahaja sebab seberang jalan hotel sahaja.


Pintu masuk ke Atsari Hotel. Rombongan kami disambut dengan penuh senyuman seperti biasa tak perlu susah payah nak angkat bagasi masing-masing. Bilik? memang terbaik tengok sini, Sha ada ambil gambar tapi rasanya gambar sumber dari Atsari hotel ini lagi jelas, memang selesa sangat.


 

Solubolon Cafe di tepi kolam renang, menyediakan makanan halal dengan harga yang berpatutan. Malam itu Sha dan Pn.Puteri tidak melepaskan peluang untuk berendam walaupun masa itu hujan renyai-renyai pada jam 10 malam. Selepas berendam Sha join Hani makan pisang goreng cheese coklat sangat sedap di gabung dengan kopi O panas di dalam cuaca sejuk hujan. Memang ummmphh..memang sedikit gila mandi kolam dalam hujan tengah-tengah malam tapi apa kami kisahkan bukan selalu dapat buat perangai macam ni kan...huhuhu....

 
Kawasan makan-makan tepi kolam renang.




Memandangkan makan malam kami diluar hotel jadi Sha tunjuk makan sarapan sebelum kami daftar keluar menuju ke Medan. Manis tak pelayan kat sini, haaa senyum saje mereka.

Tengok tu hulubalang sedang melayan kami...ehehehe..

Cucur ni memang sedap..macam jeput malah kelate..sos dia memang terbaik.





3 jenis nasi goreng Sha ambil tiga sekali gus biar puas hati dapat merasa semua kan..yang penting buah nanas tu tak tinggal sebab manis gila nanas tuu..

Sebelum berangkat naik bas Sha dan rakan sekerja ambil peluang bergambar dengan staff reception ni tambah pula pakaian diaorang ni unik, ehh terlebih cahaya pulak gambar ni.

Nota : Seperti biasa tiada iron disediakan jadi korang boleh bagi pakaian yang korang nak iron tu pada pihak hotel je nanti korang terima pakaian korang yang dah siap iron dah.

Mahu cari hotel Berastagi Sumatera Utara Indonesia? Korang boleh KLIK SINI untuk hotel pertama yang Sha menginap. InsyaAllah perkhidmatannya memuaskan.

3 comments:

  1. Sis Sha, husniey tahun lepas ke Medan jugak.. Di danau toba tidur sini jugak.. Wahh rindu pulak hotel atsari ni..Bilik dia besar kan, breakfast banyak pilihan.. Sukaa suasana danau toba.. Cantikkk 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke,,sgt puas hati dgn bilik hotel nii kan..

      Delete
  2. Cantik hotelnya, tenang pemandangannya.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi