HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, November 10, 2017

# tips penjagaan diri

TIPS BERPAKAIAN

TIPS BERPAKAIAN | Belum habis berkongsi ilmu hasil Seminar Keterampilan Diri bersama cutecarry baru-baru ini. Untuk kali ini Sha kumpulkan tips yang dikongsi tentang pilihan pakaian. Tak kira perempuan ke lelaki ke memang perlu jaga penampilan paling ringkas pun mesti tilik baju apa yang sesuai dengan tempat nak pergi kan. Sha perasan suami Sha suka ikut warna baju Sha kalau nak keluar ke mana-mana..hehehehe...nasib baik suka juga beli  t-shirt sama tapi saiz je berlainan. Sha tak banyak baju blouse tapi banyak t-shirt cuma sekarang macam baru-baru nak punya blouse lebih daripada t-shirt biar lebih wanita gitu...owwhh,,,pengaruh umur sangat kan..baru 30 tahun.
sumber google


BERKENAAN PAKAIAN

  • Jangan pakaian baju kurung dengan jaket blazer.
  • Kenali jenis blazer - Belahan belakang 2 belahan dari UK, 1 belah dari US dan tiada belah dari Itali. Jika punggung besar sesuai yang tiada belah untuk menutupi
  • Pilih baju ukur labuh tidak lebih dari genggaman tangan.
  • Jika miliki paha besar elok memilih seluar warna gelap 
  • Jika dada jenis bidang elakkan keronsang atau aksesori besar dibahagian bahu, labuh baju sesuai atas lutut.
  • Badan jenis besar atas sesuai pakai skirt jenis duyung.

BERKENAAN KASUT

  • Waktu yang sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu tengahari ketika kaki kembang. Jadi jangan terkejut kalau beli waktu lain kemungkinan kasut itu terketat pula.
  • Letak lilin pada tempat yang biasa sakit apabila kita beli kasut baru yang kebiasaannya sakit pada belakang kaki.
  • Pilih kasut yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Tips memilih kasut adalah mengukur dengan cara nadi ke nadi iaitu nasi pergelangan tangan ke nadi celah siku.
  • Kenali jenis bentuk kaki anda untuk memastikan ianya sesuai dan tidak menyakitkan. Jika kasut bertutup dan tidak sesuai dengan boleh menyebabkan kuku kaki rosak.
  • Untuk lelaki tips memilih stokin adalah mengikut warna kasut.
  • Untuk wanita berdasarkan warna baju atau warna mute

BERKENAAN BEG TANGAN

  • Saiz beg tangan juga penting untuk mengelakkan anda tampak terlalu besar atau kecil. Saiz yang sesuai adalah sama besar dengan lebar badan sendiri.
  • Jika beg tali panjang pastikan ianya paras pinggang tidak terlalu pendek dan terlalu labuh.
  • Letak beg sebelah kiri.
  • Cuba elakkan memakai sling beg dan letak beg di bahagian depan. Ini boleh menampakkan badan anda lebih besar dan boleh menampakkan aset dada anda dan perut lebih ke hadapan.
Sha suka sling bag..ahahaha..nak tahu senang je kan bila bawak budak kecik 2 orang kat rumah tu. Lepas ni tak nak sling-sling dah letak je kat sebelah bahu. Apa yang perlu ubah kita ubah jela yeaa.,..
Terima kasih atas ilmu yang dikongsi yea En.Hafiz Bin Mustapha.

15 comments:

  1. Nice sharing. Akak ada dua kasut beli xblh pakai... Rupanya akak pilih salah saiz. Punyala lama try tp salah gk. Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kasut xleh tukar dh beli kat al ihsan sebab dh tak de saiz besar... satu lg kasut beli kat carlo rino JPO johor...

      Delete
  2. bagusnya perkongsian ni. btw, yang letaklilin dekat kasut tu, nyalakan dan lalukan api dekat kawasan tu ke? heee

    ReplyDelete
  3. memang menarik info ini. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. Bagus info pasal tip berpakaian, tq for sharing yerr..

    ReplyDelete
  5. Tips yang bagus sis... Hihi saya memang belasah jea berpakaian, asalkan sopan dan longgar.. hihi

    ReplyDelete
  6. Perkongsian sangat berguna. Thanks sis. Lepas ni bolehlah cuba ubah mana yang patut

    ReplyDelete
  7. nice sharing akak. betul tu beg tangan pun memainkan peranan penting dalam berpakaian.

    ReplyDelete
  8. Pakailah apa pun... Asalkan patuh syariat dan dari sumber yang halal..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi