HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, November 09, 2017

# tips penjagaan diri

SEMINAR KETERAMPILAN DIRI



SEMINAR KETERAMPILAN DIRI | 7 November 2017 (Selasa) yang lepas Sha berpeluang menyertai Seminar Keterampilan Diri " Akak Cantik Bertumit Tinggi" bersama Hafiz Mustapha (CuteCarry) anjuran Puspanita Negeri Perak yang telah diberlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Seminar ini telah dibahagikan kepada 3 modul iaitu "Apppearance", "Behavior / Etiquette" dan "Communication/Development". En.Hafiz telah menjalankan perkhidmatan sebagai Perunding Imej secara serius sejak 5 tahun lepas yang mana sebelum ini beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik di sebuah kementerian.

Seminar kali ini adalah seminar paling happening yang Sha pernah hadiri, penceramahnya memang berkomunikasi terus dengan peserta dengan keadaan santai dan sarat dengan tips sehingga terasa sayang jika tertinggal setiap bait kata beliau. Banyak yang Sha dapat belajar dan tahu sepanjang seminar ini berlangsung maklumlah Sha memang seorang yang sangat ringkas jarang sekali mengenakan solekan ketika bekerja mungkin keadaan bekerja yang santai menyebabkan Sha selesa dengan keadaan ini kecuali jika perlu keluar pejabat dan menyertai mana-mana mesyuarat barulah nak kenakan sedikit warna pada muka ini.

Paling menarik adalah tips mengenai pemilihan pemakaian mungkin sebelum ini kita sebagai wanita kita memang ambil berat tentang warna sesuai atau tidak, potongan sesuai atau tidak tapi kali ini tipsnya lebih terperinci yang boleh melahirkan perkataan "ooooo..macam tuu rupanya". 

Antara point yang En.Hafiz tekanan di dalam seminar 1 hari itu adalah seperti :

1. Cara berkomunikasi
2. Penjagaan rambut
5. Jauh diri dari perkara negatif, cuba menjadi seorang positif
6. Tips cara berpakaian.
7. Sedikit protokol
8. tips memilih kasut dan beg tangan.

Slogan yang sentiasa digunakan oleh En.Hafiz dalam hidup adalah " Sentiasa Berubah " . Perubahan yang dimaksudkan sudah tentu berubah ke arah yang lebih baik, lebih cantik dan lebih elok. Pada yang sedang mencari Perunding Imej, penceramah En.Hafiz Bin Mutapha atau Cutecarry ini memang sangat dicadangkan kerana seminar bersama beliau tidak akan bosan dan kering gusi.

Kalau nak kenal siapa cutecarry ni korang boleh terjah,, En.Hafiz banyak kongsi kat blog beliau tauu

Instagram CuteCarry
Facebook CuteCarry

"SENTIASA BERUBAH"

24 comments:

  1. wah best nya dapat pergi seminar ni,

    ReplyDelete
  2. bagus ada tips camni dalam seminar..boleh tampil dengan lebih yakin.

    ReplyDelete
  3. Memang bagus ada seminar macam ni kan hehe

    ReplyDelete
  4. Best pergi seminar boleh recharge kan..kan

    ReplyDelete
  5. Pernah join kursus encik Hafiz ni dulu. Best sangat. Banyak tips dia share

    ReplyDelete
  6. Wow bagus ni kalau nak grooming. Bagi diri lagi confident.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  7. Wow bagus ni kalau nak grooming. Bagi diri lagi confident.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  8. Best..suka seminar2 yang tajuk pasal ketrampilan ni..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya dapat pergi seminar ni. Bagi yang ada low self esteem tu, elok mai seminar ni.

    ReplyDelete
  10. wow... menariknya... pasni harus berketrampilan n confident kan

    ReplyDelete
  11. Dekat opis nieyl pun selalu juga buat kursus n bengkel tentang ketrampilan ni...

    ReplyDelete
  12. Seminar2 ni boleh naikkan semangat.. memotivasikan diri..elok join

    ReplyDelete
  13. Teringin nak join seminar macam ni. Since sakit ni dah takde mood nak merias ke apa. At least seminar macam ni boleh naikkan balik confident level kita kan ^_^

    ReplyDelete
  14. bagus eminar mcm ni. bab penjagaan bau badan tu mmg sngt2 stuju. laki dan perempuan sama sja kan kak..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi