HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, November 28, 2017

# info

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT REHABILITASI AL KAMAL SIBOLANGIT INDONESIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT REHABILITASI AL KAMAL SIBOLANGIT INDONESIA | Pada 20 November 2017 sehingga 23 November 2017 baru-baru ini Sha berpeluang mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Pusat Rehabilitasi Al Akmal Sibolangit, Indonesia yang mana ianya merupakan satu tempah pemulihan penagih dadah yang terletak di Sibolangit Indonesia. Bertolak jam 11.30 malam ke KLIA2 dan check in dalam pukul 3.30 pagi kerana penerbangan kami pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Airport Kuala Namu pada jam 7.30 pagi atau 8.30 pagi waktu Indonesia yang lewat 1 jam daripada waktu Malaysia. Setelah mendarat di Airport Kuala Namu  kami di sambut oleh Pak Ono seorang pemandu pelancong kami di sana kemudian di bawa bersarapan terlebih dahulu di Restoran sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Rehabilitasi Ak Akmal Sibolangit.


Lawatan yang di anjurkan satu jawatankuasa di bawah suatu kementerian ini diadakan dengan beberapa objektif dengan objektif utamanya menimba ilmu tentang tatacara pengendalian penagih dadah di pusat pemulihan dan bentuk program-program yang dilaksanakan. Pusat rehabilitasi ini merupakan pusat pemulihan swasta yang dibangunkan oleh pihak NGO dengan bayaran tertentu.

Rombongan lawatan ini disambut oleh Cik Tia Arisanti yang kami berhubung melalui emel sebelum ke sana. Comel kecil molek orangnya disambut terus dibawa ke satu dewan kecil untuk taklimat oleh pak pegawai pusat pemulihan ini. Setelah mendengar taklimat tentang program-program pemulihan yang diadakan di sini terdapat sedikit perbezaan antara amalan pemulihan yang dijalankan di tempat sendiri.
Selepas taklimat kami dibawa melawat kawasan pusat rehabilitasi ini yang suasananya sangat nyaman. Sibolangit yang terletak berhampiran Berastagi, kawasan berbukit bercuaca sejuk sangat tenang. Di dalam kawasan pusat ini terdapat kolam dengan air semulajadi, aliran air juga mengalir tenang dengan kehijauan pohon menghijau di tambah pula bangunan yang ada ceria dengan mainan warna yang menarik.

Kelainan yang Sha maksudkan di sini terdapat cara pulih dengan mengambil jamu yang diproses di dapur yang disediakan. Beberapa orang peserta rombongan mengambil peluang untuk mencuba jamu yang dibancuh dan tak cukup!!hahaha..katanya sedap. Jamu ini dikatakan untuk membetulkan kembali saraf-saraf yang rosak akibat penagihan. Selain jamu di sini juga ada sauna sebagai sebahagian daripada cara pemulihan untuk penagih. Pusat ini juga melibatkan keluarga sebagai sokong bantu selepas mereka pulang ke rumah masing-masing selepas menjalani pemulihan di pusat.

Apa-apa pun sepertimana tempat pemulihan lain tidak menjanjikan 100% pemulihan kerana penagihan dadah adalah pemulihan sepanjang hayat kerana tidak mustahil mereka akan relapse (jatuh kembali) . Pokok pangkalnya keinginan penagih itu sendiri ingin berubah dengan sokongan daripada orang sekeliling terutamanya daripada yang tersayang iaitu  pihak keluarga mereka.



Sangat bertuah rasanya dipilih menyertai lawatan ini walaupun bermacam perkara perlu diuruskan dan tidak kurang juga dengan kata-kata belakang orang. Sha pergi dengan niat yang baik semoga kami mendapat sesuatu yang baik untuk memuaskan hati orang memang tidak akanlah. Membetulkan niat dan meneruskan perjalanan ke sana, kata-kata negatif di tinggalkan dan niat balik bekerja nanti tiada lagi yang negatif menanti..Hanya melalui hidup ini dengan tenang..happy work! happy life!

Gambar kenangan Sha bersama rakan sekerja dan pegawai Pusat Rehabilitasi Al-Kamal Sibolangit.


#antidadah
#antinarkoba
#sayangikeluargaanda

7 comments:

Terima Kasih Daun Keladi