HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, November 06, 2017

KEDAI GUNTING RAMBUT IPOH

KEDAI GUNTING RAMBUT IPOH | [Review] Eroll Barber Shop. Hari minggu baru-baru ini iaitu pada 3 November 2017 Sha sekeluarga telah menghabiskan masa 1 hari di Ipoh untuk menyelesaikan misi hari itu iaitu menyerang padini, mencari baju kerja encik suami dan memotong rambut Abang Zaryth. Siap ke situ ke sini akhirnya kami ke Eroll Barber Shop, sebenarnya tengahari kami sudah ke sini tapi kedai tutup jadi kami cuba lalu lagi depan kedai ini waktu petang, Alhamdulillah kedai bukak maka kami pun duduk situ tunggu Abang Zaryth lepas tu ayah dia pun nak jugak potong rambut jadinya sampai tutuplah kami duk kedai tu.

 

Kedai Eroll Barber Shop ini terletak di tengah Bandaraya Ipoh iaitu di Jalan Raja Musa Aziz,Ipoh berhadapan dengan Taman Kanak-Kanak (TKK). Sudah lama encik suami duk sebut-sebut nak pergi kedai tapi kali ini baru menjadi kami ke kedai gunting rambut hipster sekitar Ipoh.

 

Tengoklah perubahan Abang Zaryth selepas diubah oleh abang gunting rambut kat situ. Tukang gunting kat Eroll Barber Shop ni kira mesra pelanggan jugalah. Abang Zaryth pulak dengan gelagat dia yang geli-geli bila mula digunting rambutnya. Selepas 20 minit dimesin sana sini akhirnya Abang Zaryth terlelap atas kerusi, pada mulanya dia tahan je kepala dia di penyandar kerusi tapi akhirnya ayah dia terpaksa pegang kepala sebab dah lembik terlelap situ je. Tapi bila dah siap gunting letak pomade semua boleh pulak dia sedar elok je main dengan Adik Nur.

Sha dan suami sangat berpuas hati dengan hasil kerja tukang gunting Eroll Barber Shop, Abang Zaryth pun suka. Encik suami pun turut buat rambut dia selepas Abang Zaryth siap, terliur tengok rambut anak jadi elok la tuh..hihihi... Korang kalau nak bawak anak ke barber shop bolehlah google awal-awal style apa yang korang nak, macam Abang Zaryth ni ayah dia yang pilih, Sha pun berkenan kemas dan matang rupa Abang Zaryth. Harga pun boleh tahan, biasa bawak pergi kedai amoi je gunting rambut kali ini bawak pergi kedai gunting hipster takut juga harga dia mahal tapi rupanya RM 10 sahaja untuk budak, untuk dewasa RM 15 sahaja jadi amat berpatutan harganya.

Kalau korang nak cuba kedai gunting di ipoh korang boleh lah cuba sini.

Eroll Barber Shop

No 13 Jalan Raja Musa Aziz
30300 Ipoh, perak.

Telefon : 05- 2414 413

Waktu Niaga :
Sabtu-Khamis
12pm hingga 12am
Rehat - 7pm hingga 8pm

Jumaat
3.30pm hingga 12am 

Facebook : Eroll-Barbershop
Instagram : eroll_barbershop

"Classic Cuts And Close Shave"

7 comments:

Terima Kasih Daun Keladi