setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000); October 2017 shalimar yusof SHALIMAR YUSOF
HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Monday, October 30, 2017

CARA DAFTAR CIMB CLICKS

October 30, 2017 2 Comments


CARA DAFTAR CIMB CLICKS | Assalamualaikum semua. Mungkin semua orang sudah tahu tapi Sha nak kongsi juga cara daftar cimb clicks iaitu perbankan atas talian bagi pelanggan CIMB Bank Berhad. Sha sendiri boleh lupa cara nak daftarkan cimb clicks mak lepas buka akaun bank cimb untuk mak beberapa minggu lepas padahal selalu sahaja juga perkhidmatan cimb clicks ini. Maklumlah dah setting sekali duk ingat id dan password jela kan.

Langkah pertama korang kenalah ada akaun dengan cimb bank ini baru boleh ada cimb clicks kan. Buka akaun pun sekarang senang, bawa diri bawa kad pengenalan sahaja sudah boleh akaun bank individu tak perlu isi borang apa pun cuma jangan lupa ambil nombor giliran sudah. Bila nombor dipanggil korang akan ke meja khas bukan kaunter keluar masuk duit tu, lepas mengadap pegawai bank, jawab serba sedikit soalan mereka dan selesai tandatangan korang dah boleh guna kad atm tu, zaman sekarang tak ada buku akaun dah tapi macam arwah ayah Sha memang pakai buku akaun lagi sehingga akhir hayat dia. Lepas dapat kad tu korang boleh dah mula masukkan duit dalam akaun korang melalui mesin CDM.

Untuk memudahkan kebanyakkan urusan zaman sekarang ramai dah yang guna online banking. Korang jangan nampak nak beli belah atas talian sahaja bila dah ada online banking ni, korang boleh guna mudah untuk membayar bil-bil bulanan korang seperti bil elektrik, bil air dan bil astro. Selain itu kalau rasa perlu nak beli reload topup pun boleh dalam tu. 

Kali pertama mendaftar pastikan korang terus ke mesin ATM untuk setting nombor telefon terlebih dahulu. Lepas itu barulah korang boleh buka https://www.cimbclicks.com.my/ untuk daftarkan id dan password. Kali pertama korang buka cimb clicks tu korang kena ada nombor kad ATM dan no pin kad ATM anda tu. Jeng-jeng dah daftar jangan lupa id dan password pulak...

JONLIVIA HOTPANTS YANG BERMUTU

October 30, 2017 4 Comments
JONLIVIA ACTIVPANTS S5+ | Bertepatan dengan misi mengurangkan berat badan jadi amatlah perlu membuat pilihan perihal pakaian untuk membuat senaman sama ada ringan atau berat. Pakaian yang sesuai boleh menjadi salah satu motivasi kepada diri kita untuk menjayakan misi gaya hidup sihat secara konsisten. Kini tidak perlu risau lagi dengan kemunculan Jonlivia Activpants S5+ dengan tagline Style, Performance & You dengan NeoHeat Technolgy. Materialnya setanding dengan harga yang ditawarkan, diperbuat 100% Genuine Neoprene yang memberi keselesaan ketika bersenam dan membantu pembakaran lemak juga kalori dengan lebih baik.


APA YANG PERLU TAHU TENTANG JONLIVIA

Selain materialnya yang bermutu tinggi perkara yang membuatkan Jonlivia adalah pilihan yang lebih baik berbanding jenama yang lain adalah 4 lapisan fabrik yang digunakan dapat membantu anda bersauna mengeluarkan peluh. Korang jangan risau tau..Hotpants ini sejenis yang menyerap peluh jadi ianya sangat selesa dikenakan.



Jonlivia ActivPants juga telah diperbaikkan lagi dengan strap pada bahagian pinggul juga lapisan berganda untuk memastikan tidak mudah koyak.

Paling terbaik korang boleh tarik ditarik sehingga menutupi perut dengan rekaan High Rise Design perut tidak akan tersisih daripada proses menyempurnakan tubuh badan korang ..barulah sekata pembakaran lemak bahagian punggung dan kaki kita kan.

Biasanya Sha jumpa poket rahsia ada pada seluar jeans sahaja tetapi tidak kini Jonlivia juga punya poket rahsia untuk menyenangkan kita menyimpan duit atau kad penting semasa melakukan riadah seperti berjogging.

 

APA PENGALAMAN SHA BERSAMA JONLIVIA ACTIVPANTS

Sha sebenarnya jarang beli seluar khas untuk senaman ini tapi kali ini memang terbaik, memang selesa dan tidak perlu khuatir seluar akan koyak jika melakukan pergerakan yang aktif. Kawan-kawan Sha yang tengok seluar ni pun amat berkenan dengan materialnya yang dianggap memang berkualiti. Tambah pula Jonlivia ActivPants ini bukan sahaja sesuai untuk melakukan riadah luar, korang boleh pakai semasa membeli belah dan juga berjalan bersama-sama keluarga. Jahitan kunci rata yang digunakan juga amat memberi tambah nilai dalam tahap kualiti hotpants ini.
Tengok ni haa.. masa buat kerja mengemas rumah tu elok sangat pakai selesa, kiranya mengemas sambil bersenam. Selain itu, Jonlivia hotpants ini juga telah membantu Sha suai padan dengan jubah yang agak senteng lama dah sha tak pakai jubah ni sekarang tidak ada masalah lagi. Yang penting ianya selesa dan menyerap peluh pergerakan pun tidak terbatas.


INGIN MEMILIKI JONLIVIA?

Korang boleh dapatkan Jonlivia ActivPants S5 di laman web rasmi --> WWW.JONLIVIA.COM
Jangan lupa follow Instagram ---> @jonlivia
Facebook --> jonlivia

Wednesday, October 25, 2017

PERATURAN MENGELUARKAN PUSAKA TABUNG HAJI

October 25, 2017 11 Comments



PERATURAN MENGELUARKAN PUSAKA TABUNG HAJI | Al-fatihah buat Ayahanda Mohd Yusof. Berbicara tentang perginya arwah banyak yang Sha belajar dan mula ambil tahu jika sebelum ini Sha tidak terlalu ambil tahu berkaitan pengurusan harta. Sebelum ini memanglah Sha sudah mendaftarkan penama bagi akaun tabung haji tetapi tidak terlalu ambil tahu akan kepentingan sebenar penama ini. Ingat lagi kakitangan tabung haji minta Sha kemaskini penama sambil berkata orang sekarang terutamanya isteri takut nak letak nama suami sebagai penama. 😁

Apabila meninggalnya seseorang terutamanya ketua keluarga selain sumbangan yang diberi orang ramai untuk menyelesaikan urusan-urusan yang perlu keluarga perlu tahu terutamanya isteri di mana buku akaun bank, akaun tabung haji atau mana-mana sijil saham yang si mati miliki. Bukan gila harta tapi ianya penting untuk kelangsungan hidup anak-anak jika ada juga penting untuk menyelesaikan hutang piutang si mati seperti yang kita tahu hutang amat penting perlu diselesaikan supaya tidak tergantung di alam sana. Untuk hari ini Sha nak kongsikan cara-cara mengeluarkan pusaka bagi Tabung Haji.

Korang perlu bawa buku akaun si mati ke kaunter ambil nombor untuk hal-hal lain pilih urusan pusaka. Di sana pihak tabung haji akan semak sama ada si mati mempunyai penama atau tidak. Jika ada terus boleh mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka manakala jika tiada penama simpanan pula melebihi RM 1000 korang hendaklah mendapatkan salah satu surat kuasa seperti berikut:

1. Hukum Syarak - Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; atau

2. Bicara Kecil - Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh Pejabat Tanah/Daerah; atau

3. Pentadbir Pusaka - Memohon supaya Harta Pusaka ditadbir oleh Amanah Raya Berhad atau Pegawai Pentadbir Pusaka; atau

4. Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi.

*Borang permohonan hendaklah diisi oleh waris yang telah ditentukan dalam mana-mana satu Surat Kuasa diatas

SYARAT-SYARAT


1. Pemohon hendaklah ahli Tabung Haji ( Bagi yang memilih kredit akaun )

2. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM5.00 akan ditolak daripada akaun pendeposit.

3. Sila kemukakan dokumen asal seperti berikut :

a) Kad Pengenalan Pemohon
b) Sijil Mati pendeposit
c) Surat Kuasa (jika pendeposit tiada penama/pemegang amanah)
d) Kad Pengenalan Penjaga (jika penama/pemegang amanah bawah 18 tahun)
e) Surat beranak (Jika penama/pemegang amanah bawah 12 tahun); dan
f) Sijil mati bagi penama/pemegang amanah yang telah meninggal dunia.

4. Penama/pemegang amanah yang dinamakan sahaja mengisi borang JP005 (Borang Permohonan Pengeluaran pusaka). Jika terdapat penama/pemegang amanah lebih daripada seorang, proses bayaran akan dibuat setelah semua borang permohonan diterima. Waris boleh membuat permohon secara berasingan di mana-mana pejabat TH yang berhampiran.

5. Simpanan kurang daripada RM 1000 yang tiada Penama/Pemegang Amanah, pemohon hendaklah mengisi Borang JP005 dan waris yang lain mengisi Borang JP006 (Borang Akuan Waris). Borang boleh tengok sini Borang JP005 & Borang JP006

6. Saksi hendaklah terdiri daripada salah satu daripada berikut ;

a) Anggota tabung haji; atau
b) Lain-lain Ketua Masyarakat (Sabah dan Sarawak sahaja)

7. Permohonan yang lengkap diterima akan diproses dan dibayar dalam tempoh masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Korang nampak tak apa kepentingan penama daripada syarat-syarat di atas? Pusaka si mati lebih cepat dicairkan berbanding tiada penama. Banyak urusan yang perlu dibuat jika tiada penama seperti perlu ke Unit Pembahagian Pusaka untuk bicara kecil dan prosesnya lebih lama kerana menunggu giliran. Bagi keluarga yang senang lenang, tiada tanggungan mungkin tiada masalah tetapi bagi keluarga yang memerlukan ianya perlu untuk meneruskan kehidupan.

Berbalik pada kakitangan Tabung Haji yang cakap isteri sekarang takut nak letak nama suami sebagai penama itu ada benarnya walaupun memang hakikatnya begitu lah, takut kita mati karang suami senang lenang dengan duit tu berbini lain pulak ke..huhuhu...ye tak..ye takk...tapi yang letak nama suami tu sebenarnya keputusan yang baik sebab kalau anak-anak budak lagi takkan budak nak urus pusaka kan.😌

Nak tahu cara memohon pembahagian pusaka di pejabat tanah Unit Pembahagian Pusaka korang boleh baca sini ---> Cara Mohon Pembahagian Pusaka moga dapat membantu pada yang memerlukan.

Tuesday, October 24, 2017

CARA MOHON PEMBAHAGIAN PUSAKA

October 24, 2017 4 Comments
CARA MOHON PEMBAHAGIAN PUSAKA | Al-Fatihah buat ayahanda Mohd Yusof. Hari ini Sha nak kongsi pengalaman menguruskan pusaka peninggalan arwah ayah. Isu begini mungkin agak tabu bagi sesetengah pihak untuk membincangkan urusan pusaka selepas kematian orang tersayang, tetapi menurut agama sendiri menyarankan kita menyegerakan perihal pusaka. Selepas kematian 3 perkara yang perlu disegerakan adalah (1) urusan jenazah simati (2) selesaikan hutang si mati dan yang ke (3) uruskan pusaka si mati. Di dalam hal ini Sha mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menguruskan semua ini memandangkan mak Sha tidak sihat untuk ke hulu ke hilir membuat urusan.

Sha tidak ada pengalaman menguruskan semua ini jadi Sha ke pejabat Unit Pembahagian Pusaka Terengganu Utara yang terletak di sebelah pejabat lama Sha terletak di Bangunan Persekutuan Daerah Besut. Pegawai di pejabat pusaka menyatakan bahawa jika si mati mempunyai tanah maka semua urusan pusaka akan diuruskan oleh pihak Unit Pembahagian Pusaka jika si mati hanya mempunyai duit didalam akaun bank urusan perlu dirujuk ke Amanah Raya. Sha tidak pasti sama ada ayah sudah menyelesaikan perihal tanah rumah sebelum ini jadi Sha pulang ke rumah semula.


Senarai semak Permohonan (BORANG A-Seksyen 8)

1. Salinan borang A yang telah lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah / Majistret

2. Bukti kematian- salinan sijil kematian
 
3. Salinan kad pengenalan pemohon

4. Salinan kad pengenalan waris (salinan muka depan dan belakang) / Sijil kelahiran (bagi waris berumur kurang dari 12 tahun)

5. Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati- jika ada

6. Harta Tak Alih (Hakmilik/Geran)- Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC)/carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hak milik bagi harta tak alih yang dituntut. Kemukakan salinan asal
carian rasmi tanah CTC, carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat. (Mengikut keperluan)

atau

2 salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta yang dituntut /rumah - jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.

7. Salinan sijil pendaftaran /pengangkatan Anak Angkat (Bagi Bukan Islam,jika ada)

8. Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.

9. Salinan resit cukai pintu (taksiran)tahun semasa bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.

10. Dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati (termasuk penyata akaun simpanan, salinan sijil saham, salinan hakmilik kenderaan dll harta alih, jika ada.

11. Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh si mati- jika ada.

Banyak juga kan perlu diselesaikan. Sha selesaikan semua dalam satu hari memandangkan semua dokumen arwah ayah letak satu tempat sahaja. Yang penting pergi ambil borang A di Unit Pembahagian Pusaka terdekat kemudian ke kaunter taksiran yang terletak di Pejabat Daerah & Tanah terdekat untuk carian rasmi dengan kos sebanyak RM 20.00 sahaja. Kemudian bawa borang A yang sudah lengkap diisi ke Mahkamah Majistret untuk cop sumpah dengan bayaran RM 4.00.

Korang jangan lupa fotostat apa yang berkaitan, hari itu tak tahulah berapa banyak habis fotostat dokumen berkenaan borang A pun Sha fotostat sebagai simpanan sendiri. Bawa Borang A bersama dokumen yang ada dalam senarai semak diatas ke pejabat Unit Pembahagian Pusaka semula untuk daftar kes dengan Guaman Pembahagian. Korang akan dapat satu surat daripada mereka dengan no fail daftar jadi lepas tu korang tunggulah diaorang hubungi untuk hari perbicaraan katanya proses mengambil masa 4 bulan.

Ok setakat ini dahulu nanti Sha kongsi pengalaman lain pula. Segerakan mana yang perlu supaya tiada masalah dikemudian hari tambah pula manusia mempunyai sifat mazmumah yang kita tidak sedari dan boleh memberi kesan dan akibat yang tidak disangka.

Sekian, terima kasih.
#missuayah

Monday, October 23, 2017

PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH

October 23, 2017 15 Comments
PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH | Pertama sekali Al-Fatihah buat ayahanda Sha yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) bersamaan 23 Muharram 1439 yang lepas. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk Sha berada di sisi ayah sehingga saat nafas terakhirnya.


Sebenarnya 12 Oktober 2017 (Khamis) Sha dalam perjalanan ke Ipoh untuk berkursus, di dalam perjalanan Sha menerima panggilan daripada adik di kampung menyatakan ayah tenat jadi tanpa membuang masa Sha menelefon suami untuk maklum dan ajak suami pulang ke kampung segera. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami bertolak dari Perak menuju ke Terengganu dan sampai pada jam 4.00 petang.

Allahyarham ayahanda Sha dilahirkan pada 11 Ogos 1953 dan perginya pada umur 64 tahun selepas 3 bulan mengalami masalah hati. Sakitnya bermula daripada batu karang di hempedu kemudian merebak ke hati menyebabkan perutnya membengkak. Satu bulan sebelum pemergiannya arwah telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, masih menanti temujanji seterusnya dan keputusan darah yang telah diambil namun bila sudah waktunya seperti dijanjikan oleh-Nya tiada siapa yang dapat menghalang.

Bersyukur sangat kerana Allah SWT memakbulkan doa Sha untuk diberi kesempatan berada disisi keluarga jika berlaku saat begini. Sempat satu malam bersama ayah yang didapat tidur dengan ditemani adik Sha malam itu, kami berada disisi ayah sepanjang malam. Beberapa orang bapa dan ibu saudara Sha yang menemani ayah malam itu. Sebelum Sha sampai ke kampung ada doktor yang datang ke rumah cuba mengubati tetapi tubuh ayah sudah tidak dapat menerima sebarang suntikan.

13 Oktober 2017 bila masuk waktu tengahari kata-kata ayah sudah tidak dapat difahami dengan jelas. Lebih kurang jam 3.10 petang ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi mak Sha dan anak-anak serta adik beradik arwah. Ayah pergi dengan tenang petang itu dengan iringan bacaan surah yassin dan ucapan syahadah.

Seminggu Sha bercuti untuk menguruskan urusan yang patut seperti menyelesaikan pusaka, pencen dan keperluan rumah memandangkan mak Sha pun tidak berapa sihat tambah pula adik-adik masih bersekolah. Alhamdulillah setakat ini urusan yang ada telah dipermudahkan olehNya semoga seterusnya berjalan lancar dan mak Sha harapnya diberikan kesihatan yang baik kembali. Didoakan arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman kepadaNya dan dilapangkan kuburnya InsyaAllah.

Saturday, October 21, 2017

PEMENANG GIVEAWAY REFRESH BLOG SHALIMARYUSOF.COM

October 21, 2017 13 Comments
PEMENANG GIVEAWAY REFRESH BLOG SHALIMARYUSOF.COM | Alhamdulillah sempat juga Sha siapkan nama pemenang untuk GA Sha yang telah berlangsung sejak 5 oktober 2017 hingga 20 oktober 2017. Baru pulang bercuti selepas pemergian ayah tersayang pada 13 oktober 2017 (jumaat) yang lepas Sha cuba menunaikan janji-janji hadiah yang akan Sha mula hantar pada pemenang pada isnin ini..InsyaAllah. Pemenang GA kali ini Sha masih menggunakan random.org sebagai pemetik nombor peserta yang bertuah jadi Sha ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang kali ini. Senarai 40 orang peserta korang boleh tengok di sini--> Peserta giveaway refresh blog terima kasih daun keladi.



Pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut :

1 x kain pasang
(14) https://robiahtul.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
😍😍
1 x soft canvas handy bag
(39) http://akusukaketawa.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
😍😍
1 x topup RM 10
(13) http://mummysupplementshop.blogspot.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
😍😍
2 x saguhati
(37) http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
(2) http://www.sheilainspire.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga Giveaway Sha untuk kali ini tinggal Sha nak hantar hadiah pada pemenang sahaja. Pada peserta lain Terima Kasih sudi join semoga tidak serik untuk menyertai GA Sha seterusnya jika ada rezeki. Sebelum mengundur diri Sha kongsikan lirik lagu tema drama Titian Cinta untuk korang yang sudi mengunjungi shalimaryusof.com.



Penyanyi : Asfan Shah Judul Lagu : Sumpah Cintaku


Lirik Lagu Sumpah Cintaku (OST Titian Cinta)
disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari
lambaian mu di dalam mimpi

bayangan senyum bidadari
indah segenap rasa tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku

pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati

di syurga tetap kau ku nanti
sumpah cintaku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belah lah jasad ku trai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi
genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu

P/S ; KEPADA PEMENANG SILA HUBUNGI SHA MELALUI EMEL sakurasmy@gmail.com dengan lampiran :

Nama Penuh :
Alamat :
No.Telefon :
Telco No.Telefon (bagi pemenang topup)


SEKIAN, TERIMA KASIH.

Monday, October 09, 2017

PESERTA GIVEAWAY REFRESH BLOG

October 09, 2017 18 Comments
PESERTA GIVEAWAY REFRESH BLOG | Assalamualaikum pada yang belum join jom meriahkan giveaway ini Giveaway Refresh Blog yang sedang berlangsung iaitu daripada 5 oktober 2017 hingga 20 oktober 2017. Di sini Sha senaraikan link blog blogger yang telah sudi menyertai giveaway tak seberapa ini.



27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
28. http://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
29. http://seindahcerita.blogspot.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
30. http://www.kasihjuju.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
31. http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
32. http://missobsesi.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
33. https://eyranasrin.blogspot.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
34. http://renex89.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
35. http://www.syazwanizunidan.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
36. https://jombercontest.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
37. http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
38. http://thezofiroh.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
39. http://akusukaketawa.blogspot.my/2017/10/giveaway-refresh-blog.html
40. http://www.sishawa.com/2017/10/giveaway-refresh-blog.html

Agak memberansangkan penyertaan kali ini. Jutaan TERIMA KASIH kepada peserta di atas.. Tunggu tau sehingga 20 oktober ini. Korang free-free boleh blogwalking ke blog kawan-kawan kita ni, Sha pun buat senarai bagi senang Sha nak g jenguk-jenguk.

Thursday, October 05, 2017

GIVEAWAY REFRESH BLOG

October 05, 2017 52 Comments

GIVEAWAY REFRESH BLOG | Assalamualaikum rakan pembaca, rakan blogger sekalian agak lama Sha tak anjurkan giveaway jadi hari ini Sha nak lancarkan giveaway di bulan oktober ini. Agak-agak korang sudi tak join yea? Sambil-sambil itu Sha dengar lagu Cinta Terbaik daripada Cassandra Band jatuh cinta sejak dengar blogger Atiqah Norbaki smule lagu ini. Sha kongsi sikit lirik lagu ini , semacam je kan buat giveaway sambil dengar lagu Cinta Terbaik ni jiwang je mood kan..ahhahaha..


Jujur saja ku tak mampu 
Hilangkan wajahmu di hatiku 
Meski malam mengganggu 
Hilangkan senyummu di mataku
Ku sadari aku cinta padamu
 
Meski ku bukan yang pertama di hatimu 
Tapi cintaku terbaik untukmu 
Meski ku bukan bintang di langit 
Tapi cintamu yang terbaik
 
Jujur saja ku tak mampu 
Tuk pergi menjauh darimu
 Meski hatiku ragu
 Kau tak di sampingku setiap waktu
 Ku sadari aku cinta padamu
 
Meski ku bukan yang pertama di hatimu 
Tapi cintaku terbaik untukmu
 Meski ku bukan bintang di langit 
Tapi cintamu yang terbaik
 
Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu
 Tapi cintaku terbaik untukmu 
Meski ku bukan bintang di langit 
Tapi cintamu yang terbaik
 
Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu 
Tapi cintaku terbaik untukmu
 Meski ku bukan bintang di langit 
Tapi cintamu yang terbaik (cintaku yang terbaik) 
Tapi cintamu yang terbaik (cintaku yang terbaik) 
Tapi cintamu yang terbaik

Dah habis nyanyi? Jangan lupa pulak join giveaway ini yeaa. Korang mesti nak tahu apa hadiah yang menanti kan? Okeh untuk giveaway kali ini Sha sediakan hadiah seperti berikut :

1 x kain pasang
😍😍
1 x soft canvas handy bag
😍😍
1 x topup RM 10
😍😍
2 x saguhati

Syarat-syarat pun ringkas juga :

 Follow Blog : shalimaryusof.com & aidysreviews
Follow Instagram : shalimarmohdyusof
Follow FB Page : Bloggernotashalimar

😊Dalam entry nanti korang share laa lagu kegemaran korang pulak yeaa..nak tahu juga. 
😊Letak Tajuk Entry [ Giveaway Refresh Blog ] dan Copy banner giveaway diatas dan linkkan ke entry ini.
😊 Sudah siap nanti jangan lupa copy link entry korang di ruangan komen entry ini yea..Nanti Sha jalan-jalan tengok okeh.

Itu sahaja jadi pada yang free-free tu boleh lah luangkan masa okeh.
Terima Kasih.

Wednesday, October 04, 2017

BANTAL COMEL UNTUK ADIK NUR

October 04, 2017 13 Comments
BANTAL COMEL UNTUK ADIK NUR | Sebenarnya ini kali pertama Sha beli barang cenderamata secara online atau offline ni, memang jarang Sha berminat nak order barang-barang macam ni tapi memandangkan banyak pilihan dan memang menarik pilihan-pilihan diberi jadi Sha cuba tempah satu untuk percubaan. Bila dah dapat hasilnya memang puas hati jadi nak tempah lagilah selepas ini. Yang penting barang yang dapat tu sebiji dengan setting yang kita customize masa tempah hari tu.


Nah, comel tak Adik Nur? Gambar masa ke Pulau Pangkor dulu ni...bukan main kan posing Adik Nur..Kali ini Sha letak gambar adiknya dulu, dalam kepala dah rancang ni nak tempah 2 lagi bantal..ehehehe..untuk Abang Zaryth satu, satu lagi Ibu dan Ayah diaoranglah pulak..Jadi tunggu...jangan sampai Sha kemaruk nak tempah sini je nanti, yelah kadang hadiah-hadiah ni malas sangat nak fikir dan nak keluar beli pilih kat kedai dengan anak-anak ni susah sikit tak boleh nak bagi tumpuan jadi bila dah boleh tempah secara online ianya sangat membantu.
Sha terima mesej daripada pihak ninja van dalam 2 hari ini, tapi barang tak dapat tapi sebenarnya barang dah terima, kawan yang tak bagitahu maklumlah barang terima semasa Sha ada kerja luar biasanya Sha yang penerima barang-barang kawan. Nasib baik perkhidmatan ninjavan ini akan maklum melalui emel status penghantaran, terkejut juga barang dapat tapi status delivered! Tengok-tengok ada nama kawan yang terima saja tak bagitahu, saja jela kawan Sha tu kan. Tak tahu kita ni dah tak sabar nak tengok hasil customize sendiri walaupun ringkas sahaja susun atur yang Sha buat, puas hati dengan kualiti gambar yang diprint pada bantal ini.


Korang kalau nak bantal macam ini atau apa-apa yang boleh dijadikan hadiah sempena hari lahir seseorang, hari ulang tahun, cenderamata majlis atau apa-apa majlis lain korang boleh sahaja tempah di https://www.printcious.com/my . Korang cuba lah belek-belek kat situ tengok apa yang sesuai untuk korang tempah untuk yang teristimewa. Selain bantal korang jangan risau sebab pelbagai barangan lagi yang korang boleh abadikan kenangan seperti pada t-shirt, mugs, phone cases, ceramic tiles, puzzles, mouse pads, mini tes, baby rompers, coasters, button badges, caps, canvas, bags, keychains, aprons, luggage tags, door hangers dan juga fridge magnet macam bantal dalam kategori cushions. Banyak pilihan kan? jadi korang boleh jadikan ini salah satu idea hadiah hari istimewa akan datang!

Sha order pada 27 September 2017 dan terima pada 3 Oktober 2017 kiranya dalam 1 minggu korang boleh dapat tempahan yang korang buat tu jadi korang boleh bajetlah berapa lama korang boleh dapat hadiah yang korang design sendiri dan boleh hantar terus pada penerimanya nanti sebagai kejutan. Untuk seterusnya Sha kena pilih gambar Abang Zaryth pulak, bukan senang nak ada gambar elok anak bertuah sorang tuh.