HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, September 26, 2017

# ILMU

TEKNIK KUSYUK DALAM SOLAT

TEKNIK KUSYUK DALAM SOLAT | Semenjak dua menjak ini Sha tak ada idea sangat nak kongsi apa sebenarnya tapi tak ingin ketinggalan dan tak ingin perkongsian terputus jadi Sha mengambil keputusan berkongsi apa yang yang dapat daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat yang Sha anggap sangat berguna sebagai panduan daripada kelahiran sesorang itu hingga kematiannya. Alhamdulillah semoga insan yang menghadiahkan Sha bulu ini beroleh keberkatan dan kita saling memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Ab.hamid ini. Untuk hari ini Sha pilih untuk berkongsi Teknik Kusyuk Dalam Solat.



BIL
TEKNIK
1
Melaksanakan solat secara berjemaah (paling afdal di masjid)
2
Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3
Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4
Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air kecil atau air besar dan perkemaskan segala urusan  supaya tidak timbuk kebimbangan di dalam solat.
5
Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6
Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar.
7
Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan membimbangkan hati.
8
Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat terakhir sekali dalam hidup.
9
Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha mengetahui segala rahsia hambaNya.
10
Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita
11
Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12
Sebelum mengangkat takbir,membaca surah al-Nas,selawat atas Nabi SAW istigfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13
Memandangkan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14
Memusatkan seluruh ingatan kepada solat
15
Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud
16
Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat
17
Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Marilah sama-sama kita membaiki ibadah kita semoga ianya lebih berkualiti dan diterima oleh Allah SWT.

Siapa belum baca ---->>  Sifat-sifat Mazmumah atau Sifat Yang Dicela <---- korang jemput baca yeaa..semoga kita dapat muhasabah diri kerana sifat-sifat memang ada dalam diri setiap manusia.

8 comments:

  1. InsyaaAllah... terima kasih sis, nice sharing

    ReplyDelete
  2. thnks.. bgus ni. kadang2 kita juga alpa.. sering memikirkn duniawi..jadinya kurang kusyuk dalam solat

    ReplyDelete
  3. khusyuk ni bukan senang. semoga kita berjaya mendapatkannya

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi