HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, September 29, 2017

# info

KEBAIKAN HALIA

KETAHUI KEBAIKAN HALIA | Kita kadang-kadang sibuk mencari makanan sihat diluar walhal dalam tidak sedar bahan-bahan dalam masakan biasa kita dirumah sudah cuku mempunyai khasiat dan zat yang diperlukan. Dalam perubatan tradisional  halia banyak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Halia boleh digunakan di dalam masakan sama ada secara mentah, kering, sebuk atau jus dan ianya penuh dengan zat yang baik untuk tubuh serta minda. Jom kita tengok apa kebaikan halia ini sebenarnya.

Sumber Google


🌈MELEGAKAN LOYA
Biasanya halia digunakan untuk hilangkan mabuk laut, muntah-muntah kesan pembedahan dan wanita hamil boleh cuba untuk hilangkan morning sickness.

🌈MENGURANGKAN SAKIT OTOT & LENGUH SENDI
Ianya memberi kesan walau mengambil masa.

🌈RENDAHKAN GULA DALAM DARAH
Dikatakan anti diabetes. Ada kajian pesakit diabetes mengamalkan halia setiap hari ia dapat memperbaiki bacaan gula dalam darah.

🌈MERAWAT KETAKCERNAAN KRONIK.
Halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap orang yang mengalami masalah ini. Elok sangatlah macam tu untuk orang yang mengalami sembelit ya.

🌈MENGURANGKAN SENGGUGUT
Melegakan kesakitan akibat tempoh haid. Kaum hawa yang ada masalah senggugut boleh lah cuba amalkan serbuk halia mana tahu serasi dengan korang. Senggugut ni boleh tahan juga kalau jenis yang kuat tu boleh sampai muntah.

🌈MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL
Tahap kolestrol yang tinggi berisiko penyakit jantung. Makanan yang diambil setiap hidangan mempunyai risiko tahap kolestrol jahat yang tinggi. Jadi kita seimbangkan dengan mengambil halia sebagai salah satu hidangan setiap hari, bahaya kolestrol tinggi ni boleh membunuh dalam senyap dan tiba-tiba.

🌈LEGAKAN BATUK
Biasanya kalau batuk petuanya madu atau limau sekarang kita cuba halia pula yang dikatakan sebagai penawar jangkitan kuman sama ada makan mentah, jus halia atau teh halia. Halia dikatakan 'panas' mampu membersihkan lendir dari paru-paru yang menjadi punca batuk. Minum halia dapat membantu melegakan tekak dan paru-paru, menyokong sistem imun dan mengeluarkan lendir. Selain minum, minyak halia boleh disapu di dada dan dibelakang badan untuk legakan batuk.

🌈 MENGELUARKAN ANGIN DALAM BADAN
Siapa biasa amal halia untuk keluarkan angin dalam badan. Cuba korang buat, InsyaAllah kentutlah korang sampai perut korang terasa lega dan selesa.

Sebagai tambahan korang boleh tengok sini. Sha karang balik nak cuba buat kat rumah sebab Sha dan anak-anak batuk juga sehari dua ini.


Banyak rupanya khasiat halia ni tapi tidaklah tahu semuanya. Jadi apalagi jom kita amalkan pengambilan halia dalam hidangan kita setiap hari. Selain halia korang juga perlu tahu ---> kebaikan daun pandan   <-- bahan yang selalu ada kat dapur juga terbaik.

17 comments:

  1. tip bagus ni.. kalau masak memey tak tinggal halia ni ada sokmo

    ReplyDelete
  2. uikk banyak upenye kebaikan halia ni.. Perkongsian yg bagus ni...

    ReplyDelete
  3. jalan2 sini,jemput singgah https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kena amalkan la pemakanan dengan halia ni.. Banyak kebaikannya

    ReplyDelete
  5. lepas ni kena masukkan halia walau seinci dalam masakan. info berguna sungguh ni!

    ReplyDelete
  6. Mak CR pun sllu ckp halia ni byk khasiat dia😊

    ReplyDelete
  7. busyra kalau tergigit halia confirm luah balik.. hehe. tp tidak dinafikan halia banyak kebaikannya. tq akak for sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. halia boleh melegakan batuk jugak rupanya

    ReplyDelete
  9. halia memang banyak khasiat. kalau letak dalam makanan saya okay lagi tapi untuk minum, memang tak boleh. huhu

    ReplyDelete
  10. betul tu,halia memang banyak kelebihan...tpi kalau tergigit pedasss...hihi

    ReplyDelete
  11. betul tu,,, bagus sangat halia tuk badan kita. mmg kena amalkan buang angin badan kan...

    ReplyDelete
  12. Memang banyak khasiat halia. Kalau masak memang suka letak halia banyak2 ☺

    ReplyDelete
  13. Halia memang byk khasiat semulajadi. Saya antara suka makan halia. Jika saya masak kat rumah, guna halia agak byk juga dalam masakan. Kadang kalau goreng mee, mesti rasa halia .. haha...

    Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

    ReplyDelete
  14. Halia memang banyak khasiat dia. buang angin satu badan heheeh
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  15. Banyak kebaikkan halia ini sebenarnya .

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi