Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DAUN PANDAN BUKAN SEKADAR WANGI TAPI BANYAK GUNANYA

DAUN PANDAN BUKAN SEKADAR WANGI TAPI BANYAK GUNANYA | Assalamualaikum, lamanya cuti kan jadi rutin cuti melayan kerenah anak-anak laa jawabnya bila dan masuk hari bekerja petang baru jumpa anak kan. Jadi bila mana dah cuti, ibu-ibu pun macam-macamlah idea nak masak apa kan untuk keluarga tapi macam Sha ni tak banyak idea nak masak. Hah dalam banyak-banyak juadah korang masak mesti ada yang menggunakan Daun Pandan sebagai bahan semula jadi yang digunakan untuk warna dan bau kan tapi korang tau tak apa kelebihan lain daun pandan ini? Kalau korang nak tahu korang boleh baca sini sampai habis.

sumber google

Seperti yang korang tahu daun pandan secara tradisionalnya digunakan dalam masakan untuk menambah rasa harum pada nasi, kuih atau kek. Selain bau ia dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Kalau nasi tu biasanya nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi lemak laa yang biasa kita letak daun pandan ni kan kalau tak letak macam tak lengkap hidangan korang kan.

Selain kegunaan untuk makanan daun pandan ini juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional seperti untuk pesakit darah tinggi iaitu dengan meminum air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah. Dikatakan air daun pandan boleh mematikan kuman dalam darah.

Air rebusan itu juga membantu mereka yang mempunyai masalah tidur yang dikatakan boleh memberi ketenangan dan membantu untuk tidur.

Pada yang mengalami masalah rambut gatal dan berkelemumur anda boleh menumbuk daun pandan hingga hancur kemudian tambah sedikit air untuk disapu pada rambut dan dibiar seketika sebelum dicuci.

Daun Pandan sebagai pencegah lipas ! Hanya dengan mengikat beberapa keping daun pandan kemudian diletakkan didalam almari pakaian untuk mencegah lipas dari memasuki almari. Semestinya ianya lebih selamat daripada menggunakan racun serangga. Hemm...bagus ni.\

Pewangi semula jadi. Ya yang ini mesti korang pun sudah biasakan? Daun pandan dijadikan pewangi kereta atau apa-apa almari. Lebih murah dan menjimatkan daripada membeli pewangi berjenama lain bukan?

Korang tau tak walaupun pokok daun pandan ni senang nak jaga sampai ke sudah Sha tak ada poko pandan, asyik mati je,...huhuhu..

Post a Comment

19 Comments

  1. Suka bau daun pandan. Letak dalam kereta..wangi jer

    ReplyDelete
  2. Wah baru tahu bole halau lipas. Nk cubalah. Klu dlm kereta tu penah dgrlah

    ReplyDelete
  3. daun pandan ni perlu sangat kalau nak buat kuih tradisional kan?kebanyakannya mesti nak bubuh air daun pandan.

    ReplyDelete
  4. Memang bagus daun pandan ni, buh dalam peti ais jadi wangi jer

    ReplyDelete
  5. yang paling best dulu.Sa buat halau lipas dalam lemari baju. kiranya 2dalam 1 gitew.. wangi dan sebagai penghalau lipas

    ReplyDelete
  6. akak suke boh daun pandan dlm kete, semerbak harumnya.... dh kering pun wangi je...

    dulu akak ada tanam daun pandan yg kecik2 tuh, tp lama2 inalillah

    ReplyDelete
  7. betul sis, klu buh dlm kereta mmg wangi... teringat dl nak kereta arwah kawan, duk cari apa wangi2 rupanya daun pandan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..biasa lekt bau kt kete,,org letk daun pandan kan

      Delete
  8. Saya suka sirap yang dimasak air gula dengan pandan. Wangiiiiii sangat. Mama saya pun guna daun pandan utk letak dalam bilik dan kereta. Haha. Daripada beli perfume pandan, guna yang ori je, bau semerbak juga, haha.

    ReplyDelete
  9. Daun pandan ni memang banyak guna....akak sukaaaa

    ReplyDelete
  10. daun pandan ni wangi pun wangi. byk kegunaan pula tu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi