HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, September 29, 2017

KEBAIKAN HALIA

September 29, 2017 17 Comments
KETAHUI KEBAIKAN HALIA | Kita kadang-kadang sibuk mencari makanan sihat diluar walhal dalam tidak sedar bahan-bahan dalam masakan biasa kita dirumah sudah cuku mempunyai khasiat dan zat yang diperlukan. Dalam perubatan tradisional  halia banyak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Halia boleh digunakan di dalam masakan sama ada secara mentah, kering, sebuk atau jus dan ianya penuh dengan zat yang baik untuk tubuh serta minda. Jom kita tengok apa kebaikan halia ini sebenarnya.

Sumber Google


🌈MELEGAKAN LOYA
Biasanya halia digunakan untuk hilangkan mabuk laut, muntah-muntah kesan pembedahan dan wanita hamil boleh cuba untuk hilangkan morning sickness.

🌈MENGURANGKAN SAKIT OTOT & LENGUH SENDI
Ianya memberi kesan walau mengambil masa.

🌈RENDAHKAN GULA DALAM DARAH
Dikatakan anti diabetes. Ada kajian pesakit diabetes mengamalkan halia setiap hari ia dapat memperbaiki bacaan gula dalam darah.

🌈MERAWAT KETAKCERNAAN KRONIK.
Halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap orang yang mengalami masalah ini. Elok sangatlah macam tu untuk orang yang mengalami sembelit ya.

🌈MENGURANGKAN SENGGUGUT
Melegakan kesakitan akibat tempoh haid. Kaum hawa yang ada masalah senggugut boleh lah cuba amalkan serbuk halia mana tahu serasi dengan korang. Senggugut ni boleh tahan juga kalau jenis yang kuat tu boleh sampai muntah.

🌈MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL
Tahap kolestrol yang tinggi berisiko penyakit jantung. Makanan yang diambil setiap hidangan mempunyai risiko tahap kolestrol jahat yang tinggi. Jadi kita seimbangkan dengan mengambil halia sebagai salah satu hidangan setiap hari, bahaya kolestrol tinggi ni boleh membunuh dalam senyap dan tiba-tiba.

🌈LEGAKAN BATUK
Biasanya kalau batuk petuanya madu atau limau sekarang kita cuba halia pula yang dikatakan sebagai penawar jangkitan kuman sama ada makan mentah, jus halia atau teh halia. Halia dikatakan 'panas' mampu membersihkan lendir dari paru-paru yang menjadi punca batuk. Minum halia dapat membantu melegakan tekak dan paru-paru, menyokong sistem imun dan mengeluarkan lendir. Selain minum, minyak halia boleh disapu di dada dan dibelakang badan untuk legakan batuk.

🌈 MENGELUARKAN ANGIN DALAM BADAN
Siapa biasa amal halia untuk keluarkan angin dalam badan. Cuba korang buat, InsyaAllah kentutlah korang sampai perut korang terasa lega dan selesa.

Sebagai tambahan korang boleh tengok sini. Sha karang balik nak cuba buat kat rumah sebab Sha dan anak-anak batuk juga sehari dua ini.


Banyak rupanya khasiat halia ni tapi tidaklah tahu semuanya. Jadi apalagi jom kita amalkan pengambilan halia dalam hidangan kita setiap hari. Selain halia korang juga perlu tahu ---> kebaikan daun pandan   <-- bahan yang selalu ada kat dapur juga terbaik.

Thursday, September 28, 2017

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

September 28, 2017 10 Comments
SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA | Hari ini Sha luang masa sikit sertai segmen yang adik comel kita ni buat iaitu blogger www.sofinahlamudin.com atau lebih mesra disapa sebagai Sofie blogger dari Labuan. Syarat-syarat penyertaan pun tak berat untuk ditunaikan. Tujuan segmen ini amatlah membantu blogger-blogger di Malaysia ini saling mengenali sekali gus membantu menaikkan followers, dan penting juga nak maklumkan segmen ini ada hadiah yang sangat menarik kalau dapat!

http://www.sofinahlamudin.com/p/segmen-suai-kenal-blogger.html

Apalagi tanpa buang masa izinkan saya kenalkan diri secara ringkas :

🙋 Nama Penuh : Shalimar Binti Mohd Yusof

🙋 Umur : 30 Tahun [ 07031987 ]

🙋 Nama Panggilan :

😉Sha [ Ni nama sejak pindah Perak sebab masa berkawan Encik Suami nak panggil Sha jadi bila pindah ni orang dah kenal dengan nama Sha..kita on jelaa ]

😉Mar [ Kalau satu group tu ada nama Sha..baik panggil saya Mar..hihi]

😉Kak Mar [ Nama paling popular dari kecik sampai sekarang , kawan sekolah kawan kampung , keluarga memang panggil Kak Mar...rasa lebih rapat gitu..]

😉CikMa [ Nama mesra baru ]

🙋 Asal : Besut, Terengganu

🙋 Tinggal : Perak [ Sejak permohonan tukar lulus! 1 Februari 2012 ]

🙋 Mula Blogging : 2010 Masa itu ada kawan MIRC ada blog, kita bukak jugak..huhu..tapi aktif dalam 3 tahun ni.

🙋 Kerja : Sepenuh Masa sejak 14 Ogos 2008

🙋 Keluarga : Suami + Abang Zaryth + Adik Nur 😍😍 Mak + Ayah + Adik Tina + Adik E

🙋 Belajar : Tak tinggi sebab masa masuk Sem 2 pada awal tahun 2008 tarik diri dari Ijazah pengajian Kajian Sosial di UNIMAS sampai sekarang tak sambung-sambung balik..aahahha...tapi kerja dalam bidang sosial jugak.. ahaha,,suami cakap masuk U..U-turn..

🙋 Sejenis Yang : Jenis suka lasak, tak suka make up, suka makan sup, kuat makan, kurang sabar, tak suka shopping , ringkas.

Rasanya itu sahaja dari saya, Selamat Berkenalan semua...nak tahu lebih lanjut pm tepi...kih3.. Korang pun jom la join..sumpah hadiah dia menarik sangat...

Untuk Menyertai Segmen Ini

SETIA DENGAN DRYPERS WEE WEE DRY

September 28, 2017 4 Comments
SETIA DENGAN DRYPERS WEE WEE DRY |  Setiap kali gaji korang pun mesti keluar cari kelengkapan isi rumah antaranya keperluan bulanan anak-anak la iaitu lampin pakai buang dan susu memandangkan Adik Nur masih memakai lampin lagi hingga sekarang. Bermula daripada Abang Zaryth lagi Sha memang setia dengan Drypers Wee Wee Dry ni, bukan tak pernah cuba pampers lain tapi alih-alih akan bertukar juga kepada jenama ini.


Kenapa Sha setia dengan jenama Drypers ni? semestinya disebabkan kualiti dan harganya...huhu..Kualitinya memang tidak memberi masalah kepada kulit Abang Zaryth dan Adik Nur bebas daripada ruam. Harganya pula berpatutan dan mampu milik tapi kena pandai bezakan harga kat kedai juga sebab kadang-kadang kalau harga lebih daripada biasa Sha akan ke kedai lain. Apa lagi kelebihan dan ciri-ciri drypers ni ? Jom tengok..

ThinDRY ™ Core Lampin bukan sahaja tidak besar, teras nipis yang menyerap dan mengedarkan air kencing dengan berkesan. Dan korang perlu tahu, ia akan menjadi lebih selesa untuk anak kecil untuk bergerak. Penyimpanannya  juga mudah dan hanya mengambil sedikit ruang.

Flexi-Tape ™ Ini memudahkan korang membuka dan mengalihkannya beberapa kali tanpa lampin berubah bentuknya. Sama ada anak anda berdiri atau berbaring anda dengan mudah boleh mengubah lampin supaya ia terletak dengan sempurna.

Pihak drypers memilih bahan lampin dengan teliti agar sesuai dengan cuaca lembap. Bahan ini menyediakan peredaran udara yang baik untuk memastikan kulit bayi anda sejuk dan segar. Leak Guards Leakages pula boleh menjadi sangat tidak selesa kerana ia boleh memberi kesan kepada kulit bayi. Drypers mengambil langkah tambahan dengan memasukkan pengawal kebocoran yang mencengkam kaki bayi anda perlahan-lahan untuk mencegah kebocoran.

Sebelum beli korang boleh mohon sample percuma untuk kali pertama mana tahu nak cuba dulu kan barulah tertarik nak beli. Satu lagi yang Sha suka adalah menjadi member drypers boleh kumpul point dan tuntut hadiah mengikut point yang terkumpul, anak pun seronok dapat mainan. Nak kumpul point boleh tengok SINI.

Bulan ni dapat harga murah jadi beli 2 set dan dapat percuma bag lunch box.. tengok laa gambar tuu...tuan pampers la yang dapat kan.

AMALAN MENGUBAT PENYAKIT (2)

September 28, 2017 8 Comments
AMALAN MENGUBAT PENYAKIT | Asslamualaikum..Hari ini Sha nak sambung tentang amalan yang boleh kita amalkan untuk mengubat penyakit yang biasa terjadi disekeliling kita.

5. BISUL

Siapa pernah naik bisul? Korang buat macam mana ya? Untuk mengecutkan bisul, pegang tempat yang berkenaan dan bacakan :

 
"Tuhanku, wahai Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil,kecilkan apa yang tumbuh (bisul) pada badanku ini." 

6. SAKIT MATA

i) Surah al-Fatihah ( 1x )
ii) Selawat Tib/Syifa ( 1x )
iii) Bacakan doa berikut :

 
" Wahai Tuhanku, Tuhan segala manusia yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, engkaulah Maha Penyembuh. Tiada apa yang meneyembuhkan selain Engkau, kesembuhan yang tidak menginggalkan penyakit lagi."

 "Sesungguhnya kamu dahulu lalai tentang (peristiwa) ini makan kam bukakan tabir yang menutupi engkau, sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam."
(Surah Qaf ayat 22)

CARA : Tiupkan ke atas bekas air dan ke mata yang sakit khususnya pada waktu pagi. Air boleh diminum dan disapu pada mata yang sakit.

7. SENGATAN LIPAN ATAU GIGITAN SERANGGA LAIN

Dibacakan :
i) Surah al-Kafirun ( 1x )
ii) Surah al-Falaq ( 1x )
iii) Surah al-Nas ( 1x )

CARA : Tiupkan pada bekas air yang berisi sedikit garam, dan jirus  di tempat yang kena gigitan tadi.

8. SUKAR TIDUR MALAM

Kadang-kadang Sha pun susah tidur tapi tak adalah selalu kan. Boleh lah amalkan wirid ini :

 
"Ya Allah, telah terbenamlah segala binatang, telah terlelaplah segala mata, sementara engkau tetap hidup dan tegak perkasa, tidak pernah dibuai lena apalagi tertidur. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Maha Gagah Perkasa, tenteramkanlah aku di kala mengharungi malam ini dan lelapkankanlah mataku."

Sesungguhnya memang banyak rahsia disebalik ayat-ayat Al-Quran. Selain perubatan moden ayat-ayat ini juga dapat membantu sesorang meringankan kesakitan. Nak tahu ayat untuk --> Demam Panas, Demam Campak , Sakit Kepala & Luka <-- boleh amalkan ayat-ayat dalam tu.

Tuesday, September 26, 2017

TEKNIK KUSYUK DALAM SOLAT

September 26, 2017 8 Comments
TEKNIK KUSYUK DALAM SOLAT | Semenjak dua menjak ini Sha tak ada idea sangat nak kongsi apa sebenarnya tapi tak ingin ketinggalan dan tak ingin perkongsian terputus jadi Sha mengambil keputusan berkongsi apa yang yang dapat daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat yang Sha anggap sangat berguna sebagai panduan daripada kelahiran sesorang itu hingga kematiannya. Alhamdulillah semoga insan yang menghadiahkan Sha bulu ini beroleh keberkatan dan kita saling memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Ab.hamid ini. Untuk hari ini Sha pilih untuk berkongsi Teknik Kusyuk Dalam Solat.



BIL
TEKNIK
1
Melaksanakan solat secara berjemaah (paling afdal di masjid)
2
Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3
Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4
Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air kecil atau air besar dan perkemaskan segala urusan  supaya tidak timbuk kebimbangan di dalam solat.
5
Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6
Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar.
7
Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan membimbangkan hati.
8
Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat terakhir sekali dalam hidup.
9
Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha mengetahui segala rahsia hambaNya.
10
Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita
11
Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12
Sebelum mengangkat takbir,membaca surah al-Nas,selawat atas Nabi SAW istigfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13
Memandangkan ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.
14
Memusatkan seluruh ingatan kepada solat
15
Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud
16
Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat
17
Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Marilah sama-sama kita membaiki ibadah kita semoga ianya lebih berkualiti dan diterima oleh Allah SWT.

Siapa belum baca ---->>  Sifat-sifat Mazmumah atau Sifat Yang Dicela <---- korang jemput baca yeaa..semoga kita dapat muhasabah diri kerana sifat-sifat memang ada dalam diri setiap manusia.

Monday, September 25, 2017

PILIH HADIAH UNTUK TERSAYANG DI PRINTCIOUS.COM

September 25, 2017 5 Comments
PILIH HADIAH UNTUK TERSAYANG DI PRINTCIOUS.COM | Sha bukan seorang yang berseni jauh lagi seorang yang kreatif tapi teringin juga nak buat benda cantik-cantik dengan hasil tangan dan rekaan daripada idea sendiri yang tentunya lebih memberi nostalgia kepada bakal penerima nanti. Mungkin lepas ini tak perlu pening-pening kepala lagi tak perlu ke kedai nak tempah lepas tu nak fikir design kat kedai orang dah, kadang-kadang kat kedai ni banyak gangguan tapi kini dengan santai anda boleh buat tempahan hadiah atau cenderahati secara online dan yang penting anda boleh cipta sendiri corak, warna dan gambar apa yang anda nak letak dan design seperti yang anda impikan, senang bukan? Printcious.com-Precious gift from your heart amatlah sesuai untuk anda yang masih mencari-cari idea hadiah apa nak bagi di hari istimewa nanti. Cuma anda perlu cari masa dan hadap komputer peribadi sahaja untuk merealisasikan hadiah anda. Semuanya sesuai untuk hadiah hari lahir, perkahwinan, pertunangan, ulang tahun dan majlis karporat.

 

Printcious.com memberi  perkhidmatan design and customise your gift jadi inilah peluang korang nak curahkan idea dan sekali gus menyatakan kasih sayang dan ikhlas pada yang tersayang dalam bentuk barang. Jangan risau, di sini korang boleh pilih pelbagai bentuk hadiah yang korang nak seperti t-shirt, mugs, cushions, phone cases, ceramic tiles, puzzles, mouse pads, mini tes, baby rompers, coasters, button badges, caps, canvas, bags, keychains, aprons, luggage tags, door hangers dan juga fridge magnet. Korang tak percaya? tengok ni haaa...macam-macam korang boleh buat mengikut citarasa korang ataupun citarasa si penerima nanti dan  mungkin itu lebih dihargai memandangkan manusia mempunyai citarasa berlainan kan jadi korang boleh buat keputusan dengan lebih bebas.


Kalau macam ni gayanya sakit kepala fikir idea lagi tak tahu lah nak cakap, memang menarik dan sesuai sangat untuk menjadi simpanan yang tersayang.  Dalam banyak-banyak pilihan yang ada Sha tertarik pada ceramic tiles, kenapa? Sha tengah berangan nak dekorasi bilik belakang tu jadi bilik manis-manis semanis Nur Zaryth Fathia...huhuhu..jadi nak letak laa gambar dua beradik tu kat situ bagi tambah sweet ikatan adik beradik ni..hihi..

Bab nak design tu korang tak perlu risau caranya ringkas sahaja tak perlu takut nak klik mana. Yang pasti korang klik create akan keluar pilihan dan bila korang dah pilih korang customise it! Masa inilah korang nak curahkan kasih sayang korang macam mana, nak letak gambar mana, kata-kata apa, nak letak trademark korang sendiri ke sebagai ingatan buat yang istimewa tu.


Macam yang korang nampak kat customise tools tu add text dan image yang korang inginkan. Senangkan cuma korang kena pandai susun atur sahaja, pilih warna background, tulisan yang sesuai dan icon yang menarik terus klik DONE sahaja. Bila dah siap add to cart dan buat pembayaran korang tunggu je pihak printcious.com buat kerja.

Semoga yang tersayang terharulah dengan ciptaan korang sendiri tu..hihii..Pada yang tak pernah bagi kejutan atau hadiah tu boleh laa cuba yeaa..bagi sweet sikit hubungan korang tu. Hadiah-hadiah dan pilihan kat sini semuanya sesuai untuk lelaki atau perempuan juga sesuai untuk pelbagai sambutan seperti hadiah hari lahir, perpisahan atau cenderahati apa-apa keraian. Senang betul zaman sekarang ni kan betul-betul dihujung jari...!

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

September 25, 2017 28 Comments
SIFAT-SIFAT MAZMUMAH ATAU TERCELA | Assalamulaikum rakan-rakan pembaca hari ini Sha ingin berkongsi sesuatu yang Sha ambil dari buku hadiah perkahwinan Sha dahulu iaitu buku Indahnya Hidup Bersyariat. Mungkin korang juga mempunyai buku ini mungkin juga ada yang tidak pernah lihat buku ini jadi Sha ingin ambil bahagian yang Sha rasa amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semoga kehidupan kita semakin lebih baik..InsyaAllah. Menurut Imam Al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah adalah :


1. Gemar Makan Dan Minum.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Yang terlebih afdal (utama) pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak takafur (berfikir sambil meneliti). Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan,banyak tidur dan banyak minum."

-Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan rehat-

2. Banyak Berkata-kata Yang Sia-sia

Mengumpat,menghina,berdusta dan bertengkar.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makrfu atau mendamaikan antara manusia.
(Surah Al-Nisa' : 114)

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, berkatalah yang baik atau diam sahaja"

3. Marah.

Sifat marah berpunca daripada kurang sikap sabar dalam menghadapi sebarang keadaan yang selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan diri.
Sifat ini beserta sifat-sifat lain seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain.


4. Hasad Dengki Dan Iri Hati

Sifat ini lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi SAW yang bermaksud :
" Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajukan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu."

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud :
"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang , tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan mereka bersuka ria kerananya.
(Surah Al-Imran :120)

Untuk mengelakkan perasaan hasad,dengki dan iri hati ini seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak..amin..


5. Kasih Pada Harta

Tidak Salah tapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil,tamak haloba dan membazir dibenci oleh Islam.
Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat dan membelanjakan harta ke jalan Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Hai orang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka dikalangan orang yang rugi.
(Surah al-munafiqun : 9)


6. Takbur

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Apabila dikatakan kepadanya : "Takutilah Allah,"ia lalu dipengaruhioleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa,cukuplah neraka jahanam (sebagai balasannya)
(Surah al-Baqarah : 206 )

Antara sebab takbur : Nasab Keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak

Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik untuk mendapatkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Sifat yang nyata menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riyak tersembunyi ialah beratnya hati untuk beramal jika bersendiri tetapi jika ramai menyaksikan dia ringan.

8. Ujub

Ertinya : berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Berkaitan rapat dengan takbur dan riyak.

Sifat ini boleh diatasi dengan sentiasa memikir bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini.

Sentiasa hisab atau meneliti kekurangan diri sendiri (muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.


9. Kasih Akan Dunia

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Ketahulah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.
(Surah al-hadid : 20)

Segala yang dijadikan dimuka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik buruk amalan seseorang itu. Jadi sama-samalah kita saling mengingati. Korang tau tak pentingnya buat kerja memulakan dengan Bismillah? nampak mudah tapi InsyaAllah diberkati.

Sunday, September 24, 2017

DAUN PANDAN BUKAN SEKADAR WANGI TAPI BANYAK GUNANYA

September 24, 2017 20 Comments
DAUN PANDAN BUKAN SEKADAR WANGI TAPI BANYAK GUNANYA | Assalamualaikum, lamanya cuti kan jadi rutin cuti melayan kerenah anak-anak laa jawabnya bila dan masuk hari bekerja petang baru jumpa anak kan. Jadi bila mana dah cuti, ibu-ibu pun macam-macamlah idea nak masak apa kan untuk keluarga tapi macam Sha ni tak banyak idea nak masak. Hah dalam banyak-banyak juadah korang masak mesti ada yang menggunakan Daun Pandan sebagai bahan semula jadi yang digunakan untuk warna dan bau kan tapi korang tau tak apa kelebihan lain daun pandan ini? Kalau korang nak tahu korang boleh baca sini sampai habis.

sumber google

Seperti yang korang tahu daun pandan secara tradisionalnya digunakan dalam masakan untuk menambah rasa harum pada nasi, kuih atau kek. Selain bau ia dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Kalau nasi tu biasanya nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi lemak laa yang biasa kita letak daun pandan ni kan kalau tak letak macam tak lengkap hidangan korang kan.

Selain kegunaan untuk makanan daun pandan ini juga dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional seperti untuk pesakit darah tinggi iaitu dengan meminum air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah. Dikatakan air daun pandan boleh mematikan kuman dalam darah.

Air rebusan itu juga membantu mereka yang mempunyai masalah tidur yang dikatakan boleh memberi ketenangan dan membantu untuk tidur.

Pada yang mengalami masalah rambut gatal dan berkelemumur anda boleh menumbuk daun pandan hingga hancur kemudian tambah sedikit air untuk disapu pada rambut dan dibiar seketika sebelum dicuci.

Daun Pandan sebagai pencegah lipas ! Hanya dengan mengikat beberapa keping daun pandan kemudian diletakkan didalam almari pakaian untuk mencegah lipas dari memasuki almari. Semestinya ianya lebih selamat daripada menggunakan racun serangga. Hemm...bagus ni.\

Pewangi semula jadi. Ya yang ini mesti korang pun sudah biasakan? Daun pandan dijadikan pewangi kereta atau apa-apa almari. Lebih murah dan menjimatkan daripada membeli pewangi berjenama lain bukan?

Korang tau tak walaupun pokok daun pandan ni senang nak jaga sampai ke sudah Sha tak ada poko pandan, asyik mati je,...huhuhu..