Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ULANG TAHUN PERKHIDMATAN KE - 9

ULANG TAHUN PERKHIDMATAN KE - 9 | Hari ini 14 Ogos 2017 adalah ulang tahun ke-9 iaitu tempoh perkhidmatan Sha bersama agensi pekerjaan sekarang yang mana Sha telah melapor diri pada 14 Ogos 2008.

Ramai betul masa tu pengambilan untuk sesi sama dengan Sha. Tak pasti berapa ramai yang hadir lapor diri sama-sama tapi yang ditempatkan 1 pejabat dengan Sha adalah seramai 12 orang. Hadir lapor diri bersama dengan mak ayah di Jalan Pusara, Kuala Terengganu. Lapor diri dijalankan secara beramai-ramai di suatu tempat yang dijadualkan oleh pihak cawangan negeri pada masa itu.

Selepas lapor diri kami bergerak ke pejabat pertama kami di daerah masing-masing dengan menaiki van jabatan. Memandangkan kami memang kebanyakan berasal dari daerah yang sama jadi tak ada masalah komunikasi dan lancar sahaja persahabatan terjalin antara kami tambah pula kami masih bujang...hihihi...tapi tak ada yang berjodoh satu pejabat.

Alhamdulillah, awal kemasukan Sha ditempatkan dalam unit penguatkuasaan, kemudian bertukar unit pencegahan dan lagi unit pemulihan. Kerja di agensi macam ni memang dipusing je unit mengikut arahan ketua pegawai setempat. Tempat kerja sekarang adalah penempatan ketiga bagi Sha dan berada dalam unit pemulihan.

Sepanjang perkhidmatan Sha tahun lepas adalah pertama kali Sha mendapat rezeki anugerah perkhidmatan cemerlang 2016. Semoga kami terus tabah dalam menjalani ranjau dugaan dalam mejalani pekerjaan. Moga pekerjaan kami memberi manfaat kepada yang memerlukan dan diberkati Allah S.W.T.

Amin...

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi