HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, August 07, 2017

# ILMU

KHASIAT BUAH TEMBIKAI

KHASIAT BUAH TEMBIKAI | Sedap betul kalau dapat makan tembikai dikala hari panas tak kiralah tembikai potong atau jus tembikai. Fuhh...sejuk tekak. tembikai adalah salah satu buah kegemaran Sha dan buah kegemaran ramai sebab tak susah nak potong juga dihidangkan sebab itu tembikai adalah pilihan di majlis-majlis atau kenduri berbanding buah lain. Nama saintifiknya Citrullus Lutanus ini adalah buah yang tinggi Vitamin C dan Vitamin A.


 

1. BAIK UNTUK KULIT DAN RAMBUT
Kandungan vitamin yang terdapat di dalam buah tembikai ini adalah amat penting untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin C membantu tubuh kita  menghasilkan kolagen yang mebantu kulit anjal dan rambut jadi kuat. Vitamin A pula membantu mencipta dan memperbaiki sel-sel kulit juga mempunyai kandungan yang mampu melindungi kulit daripada pancaran matahari. Kurangkan kedut dimuka...jom awet muda..

2. MEMBANTU PENCERNAAN
Seperti yang kita tahu tembikai mengandungi banyak air dan serat serat yang penting dalam sistem pencernaan.

3. MENYIHATKAN JANTUNG
Beberapa zat dalam tembukai memiliki kebaikan untuk kesihatan jantung yang mana membantu merendahkan kolestrol dan tekanan darah.

4. MEMBANTU TUBUH HIDRAT
Selain meminum air, makan makanan yang tinggi kandungan air juga membantu seperti buah tembikai sendiri yang mengandungi 92 % air. Kandungan air yang tinggi di dalam buah-buahan dan sayuran membantu anda rasa lebih kenyang. Gabungan air dan serat  adalah baik dan tanpa kalori.

5. KAYA NUTRISI BAIK
Kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, Kalium, magnesium, Vitamin B1, Vitamin B5 dan B6 selain itu kandungan Asid Amino juga amat baik untuk kesihatan.

6. MERENDAHKAN KERADANGAN DAN TEKANAN OKSIDATIF
Tembikai dikatakan dapat mebantu merendahkan kerosakan oksidatif dan keradangan kerana ia kaya dengan likopen sejenis antioksidan keradangan dan vitamin.

7. MENCEGAH KEROSAKAN MAKULAR
Likopen dalam tembikai juga dikatakan mampu membantu pencegahan kerosakan mata yang mana boleh menyebabkan buta.

8. MELEGAKAN RASA LENGUH DAN SAKIT PADA OTOT
Cirulline iaitu sejenis asid amino dalam tembikai mampu mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot.

9. MEMBANTU MENCEGAH KANSER
Tembikai mengandungi likopen yang tinggi. kajian menunjukan likopen membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat, kanser payudara, kanser endometrium, kanser paru-paru dan kanser kolon.

10.MENCUCI BUAH PINGGANG
Pembuangan air kencing yang lancar bukan hanya baik untuk pundi kencing ia juga membuat buang pinggang anda lebih sihat. Perasan tak kalau makan tembikai lebih, kencing pun lebih..huhuh

11. UBAT SAKIT TEKAK DAN RADANG GUSI
Petua baru yang Sha tahu nii.Makan tembikai yang dipotong kecil bersama sedikit garam pada waktu malam. InsyaAllah tekak anda akan rasa lebih baik keesokkannya.

Apalagi...jom amalkan pemakanan sihat bersama biah tembikai. Tambah pula tembikai ni senang nak dapat berbanding buah lain. Rezeki Sha memang tak jauh daripada pejabat ni ada gerai buah-buahan, senanglah nak beli. Sebiji tu dapat la makan untuk 2-3 hari.

20 comments:

  1. suka makan tembikai yang kluar dari peti sejuk, lagi2 bila cuaca panas ...
    mmg sedap masuk tekak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ngan suami Sha la Kak Pip nii..Sha xsuka sejuk2 sangt..dpt yg manis tu kan..haihh

      Delete
  2. time tgh panas gini..mmg sedap sungguh air tembikai tp x perlu letak dalam peti ais pun sedap..slurppp kenyang dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha,,kadg balik kerja terus potong..mkn ngn fmly smbil rehat2

      Delete
  3. suka blend buah tembikai ngan ais..minum masa tgh panas..huiiiiii...heaven

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha bru je beli blender buah kak SA..huhu..

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian... Mmg suka tembikai...

    ReplyDelete
  5. mmg banyak kebaikan tembikai nih kan.... lagi2 musim panas nih... kalau mkn dia rasa puas gitu... rasa hilang segala pns ke dahaga nih...
    lg sedap yg manis n takde biji

    ReplyDelete
  6. Hi! Sarah singgah sini :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/07/day-1-ten-things-you-want-to-say-to-10.html

    ReplyDelete
  7. memang banyak khasiatnya kan, feveret kak ana ni Sha :)

    ReplyDelete
  8. Kalo beli terkena buah yg manis, puas hati. Tapi selalu terbeli yg tawar, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..yg manis tu oii...laju je mkn

      Delete
  9. Masa bulan puasa selalu jugak makan jus tembikai .

    ReplyDelete
  10. suka makan tembikai tapi menyampah bila banyak sangat air dia. Nak pulak kalau masa tu takde tisu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. potong kecik2 bg muat2 mulut je gituu..huhuu

      Delete
  11. Banyak betul khasiat tembikai.. Baguslah amalkan selalu kan.. anak-anak saya pun suka buah ni


    Ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi