HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, August 28, 2017

# pengalaman

KEK HARI JADI TAK JADI

KEK HARI JADI TAK JADI | Sebagaimana tajuk entry kali ni Sha nak catat kenangan sikitlah kat sini. Sha ni memang tak pernah buat pun kek lain selain kek coklat, niat dihati nak la buat kek hari lahir Fathia sendiri tapi apakan daya seperti mana terjadinya kehancuran karipap hari tu macam tu jugaklah hancurnya hati kek idaman tak menjadi.

Berangan lah nak buat kek rainbow untuk anak perempuan sorang tu dengan harapan berwarna warnilah hari lahir dia kan. Ingatkan jadilah macam kek cantik dibawah ni.

sumber google
Akhirnya?(lupa nak snap gambar) mungkin nipis sangat aduan yang Sha letak atau ovan terlalu panas dua lapis yang Sha bakar tu sama je warnanya, bahagian atas memang keras dah boleh buat main piring terbang kat padang dah gayanya.

Malang lagi bila Sha buat keputusan untuk membuat kek coklat sahaja untuk Adik Thia, siap cantik kek terjadi.
 
Tapi tau tak korang, kek coklat Sha ni sape makan mesti darah tinggi.......masin sungguh. Sha belek balik plastik yang Sha beli rupanya Sha terbeli garam halus, bukannya gula halus okeeeeeeyyyy...Ya Allah...masa tu rasa macam nak menangis. Sha keluar tengok tv sekejap pujuk diri, buat balik kek coklat dan akhirnya Sha cuba hias..jadilah macam niiii......>


Buruk kann, sebab dah kecewa banyak kali gagah juga nak buat kan, hari dah pun malam ini je yang Sha leh usahakan setakat ini. Lantak lerr...kannnnn...bagai disiat-siat je hati ni tau takkk...adalah warna warni sikit kan..

Korang jangan gelak tauuu...hati kita pedih sangat.,,,ahahahaha...

9 comments:

  1. Alahai, kesiannya awak. Takpe. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Mungkin next time boleh cuba lagi. Doakan kita punakan rajin baking nanti.

    ReplyDelete
  2. takpe sha yg penting usaha sha nk buat tuh

    ReplyDelete
  3. woho...garam...sy pcubaan ptama slalu jd elok tp kali kedua mula la nk bantat smua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa.,..garam dibantainya..laa..biasa yg kedua dan seterusnya elok kan..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi