HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, July 10, 2017

# FAMILY

RUMAH TERBUKA TAK JADI

RUMAH TERBUKA TAK JADI | Hajat dihati semalam hari ahad hujung minggu rancang dengan suami nak buat sedikit makan raya kat rumah untuk jiran depan rumah dan rakan-rakan sekerja tapi memang tak ada rezeki nak buat semalam.

macam-macam hal jadi...

06.07.2017 (khamis) suami uruskan urusan Abang Zaryth dengan klinik mata.
Nak balik ke rumah kereta Sha dah keluar asap pada bahagian enjin.

Adoiii....lepas raya mintak duit lagi..baru je lepas buat road tax ....😓

Malam...terima panggilan daripada kakak ipar memaklumkan Abang Ipar Sha perlu menjalani satu pembedahan dan memerlukan adik-beradik iaitu waris terdekatnya ada di Hospital Kuala Lumpur.

07.07.2017 (jumaat) Sha dan suami uruskan temujanji untuk jalankan CT-Scan terhadap Abang Zaryth. Fuhh...memang mencabar kalau bawak Abang Zaryth ke hospital terutamanya bila perlu cucuk sana cucuk sini memang akan meraung merontalah jawapannya. Alhamdulillah selesai juga CT-Scan Abang Zaryth hari tu.

**Dalam perjalanan ke Hospital Ipoh kereta suami Sha pulak mengeluarkan bunyi mintak duit juga..😭

Dalam tengahari siap urusan Abang Zaryth kami ke bengkel kereta untuk selesaikan masalah kereta suami Sha, Alhamdulillah selesai.

Kami terus balik ke rumah dan Sha menyiapkan sedikit pakaian kelengkapan untuk suami ke Hospital Kuala Lumpur pula memandangkan Kakak Ipar Sha sudah hampir sampai dari Kedah.

Suami Sha ke Kuala Lumpur sehingga hari ahad, pukul 10 malam baru sampai jadinya tak adalah makan-makan dirumah.
Sha pun tak kemana-mana memandangkan mulai hari jumaat itu juga anak-anak tidak berapa sihat terutamanya Adik fathia yang muntah-muntah dan cirit birit.

Mungkin lain kali baru ada  rezeki masak-masak untuk kawan-kawan.
😁

Ok Bai,,,,
kereta Sha belum setel lagi tuuu

9 comments:

  1. Singgah blogwalking. :) https://beehaazman19.blogspot.my/2017/07/more-than-10-hours-in-flight.html

    ReplyDelete
  2. Tak apa lah Sha,dulukan mana yang lebih pening, semoga Zaryth cepat cepat sihat dan tak ada yang serius hendaknya, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah k.ana..de masa masak2 buat mkn2 kt pejabat jela..

      Delete
  3. alololooo takpe laa kak sha. ada rezeki nanti boleh buat makan makan. tayah bulan syawal pun boleh kan.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. Tak sempat buah rumah terbuka tahun nintak apa yg penting hati sentiasa terbuka untuk menerima ziarah kawan2. Yg penting sha berjaya uruskan yg penting. Saya pun tak buat rumah terbuka tapi pintu rumah terbuka untuk tertamu.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...nnti kite ejass biar dpt masak2..makan2 sesame..huhuh

      Delete
    2. Pelawa saya ye ke rumah terbuka nnti.

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi