Friday, May 12, 2017

PEMBEDAHAN KECIL PADA MATA ABANG ZARYTH

PEMBEDAHAN KECIL PADA MATA ABANG ZARYTH | Sebenarnya masalah ini sudah lama, selepas beberapa lama menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akhirnya pada bulan April yang lepas pakar mata telah mengesyorkan untuk melakukan sedikit pembedahan untuk mengenalpasti saluran yang bermasalah menyebabkan mata Abang Zaryth asyik bertaik dan lebih teruk apabila selesema.

Pada 02 Mei 2017 (Selasa) Sha dan suami telah membawa Abang Zaryth ke unit anestesia untuk mendapatkan maklumat tentang proses bius ketika pembedahan dilakukan. Bius dilakukan kerana Abang Zaryth masih kanak-kanak yang mana ianya hanya mengambil masa 1 hari berada di wad Kompleks Rawatan Harian. Untuk Abang Zaryth doktor menyatakan akan dikenakan pembiusan umum.


PENERANGAN ANESTESIA

Pembiusan Umum

Menjadikan seseorang pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dimulakan. Ini untuk memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedahan. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukkan ubat bius yang disedut dari mesin bius. Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin.

Risiko Pembiusan Am

✻   Kesan Lebam ditempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah
✻   Loya atau muntah
✻ Sakit tekak disebabkan oleh gas pembiusan atau tiub pernafasan. Pesakit akan/mungkin mengalami kesukaran bercakap tetapi ini akan pulih seperti sediakala dalam beberapa jam.
✲   Kesakitan otot yang sementara\
✻   Sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.

Sebagai seorang ibu dan ayah, walau sekecil mana pun anak sakit, walaupun hanya demam biasa ianya sangat ingin dielakkan. Harapan semoga mata Abang Zaryth sembuh selepas menjalani pembedahan kecil ini. 

Kawan-kawan ibu doakan pembedahan berjaya dan mata Abang Zaryth kembali sembuh dan masalah matanya selesai.

9 comments:

  1. InsyaAllah semoga semua berjalan dgn lancar. Dan semoga kembali sembuh seperti sedia kala.

    Syafi awal Jan tu terpaksa sunat awal. Sebab dia berkemungkinan akan meronta terpaksa amik GA. Sedih sebab tak boleh masuk blk OT. Masa dah selesai dari luar boleh dgr suara dia menangis. Takut sebab takde org yg dia kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii..tu yg xsampai hati tuu...aminn..mudahan2 sihat dh pas ni

      Delete
  2. moga semua di permudahkan n moga cpt sihat ye abg zaryth... seram lak dgr psl pembedahan.. walapun kck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa..wlaupun kecik...xsanggup tgk..

      Delete
  3. Get Well Soon...

    Jom Join segmen sy... =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...