Thursday, April 27, 2017

PERCUTIAN MENARIK DI TANJONG JARA RESORT, TERENGGANU


Jom Bercuti di Tanjong Jara Resort
TANJONG JARA RESORT | Hai semua! Wah..hari-hari ke depan ini banyak cuti umum bakal kita lalui. Bagaimana anda mengisi masa cuti yang ada? Kebanyakkan semestinya mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga tersayang kan. Kemana pula destinasi percutian anda yang seterusnya? Adakah anda seorang yang suka menikmati alam semulajadi yang segar jauh daripada hiruk piruk bandar dan masalah kerja yang tidak berkesudahan dan memerlukan rehat minda? Bersyukur kita kerana Negaraku Malaysia mempunyai senarai tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi.
Bagi yang masih memikirkan lokasi percutian yang menarik dan menenangkan, apa kata anda berkunjung ke negeri kelahiran dan tempat Sha membesar iaitu Negeri Terengganu. Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terletak di sebelah pantai timur selain negeri Pahang dan juga Kelantan. Menitikberatkan kebudayaan dan kesenian, negeri ini sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang tepat bagi mereka yang ingin melihat dan merasai sendiri gaya hidup masyarakat yang cukup harmoni. Selain itu, negeri ini juga kaya dengan pelbagai destinasi percutian dan lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin merasa pengalaman mencuba pelbagai makanan tradisional, anda boleh berkunjung ke gerai keropok yang merupakan ‘signature dish’ di sini. Sha berani jamin korang akan merasai kelainan dengan juadah negeri dan tertib orang sana. Tambahan lagi, negeri ini turut menawarkan banyak pulau-pulau yang indah seperti Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan banyak lagi.
Ok kat sini, Sha nak share sebuah lokasi hidden treasure kat Terengganu ni. Pasti korang jarang dengar pasal Tanjong Jara kan? Haaa, Tanjong Jara ni merupakan sebuah kawasan pesisir pantai yang terletak di daerah Dungun yang menawarkan percutian tepi pantai yang mendamaikan dan menenangkan kepada para pengunjung yang melawat ke sini. Jadi, bagi mereka yang nak bersantai di tepi pantai, Tanjong Jara adalah lokasi yang sememangnya sesuai bagi anda.
Apabila anda berkunjung kesini, pasti anda risau tentang penginapan bukan? Jangan risau kerana traveloka ada penyelesaiannya. Layari traveloka.com untuk mendapatkan pelbagai informasi tentang hotel-hotel menarik di sekitar kawasan ini. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi sebuah penginapan yang cukup best di sini iaitu Tanjong Jara Resort. Resort ini merupakan sebuah resort eksklusif, sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dalam suasana mewah dan penuh privasi di pesisir pantai Tanjong Jara. Dengan mengekalkan reka bentuk tradisional diinspirasikan dari istana Melayu abad ke-17, resort ini disulami dengan sentuhan moden dan mewah yang cukup memukau. Tidak hairanlah rekaan resort ini pernah memenangi anugerah berprestij iaitu Aga Khan Award for Architecture. Bagi mereka yang menjejakkan kaki ke sini, Sha pasti korang akan terpegun.

Tanjong Jara Resort menawarkan enam pilihan bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Bilik-bilik tersebut dinamakan bumbung room, bumbung sea view room, serambi room, serambi sea view room, anjung room dan anjung seafront room. Apa yang membezakan bilik-bilik ini adalah keluasan, reka bentuk, pemandangan yang ditawarkan serta kemudahan asas. Kalau korang ke sini, korang bilih memilih samada untuk menikmati pemandangan Laut China Selatan yang menyegarkan ataupun pemandangan taman berlandskap yang mandamaikan. Kesemua bilik-bilik mewah ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti meja menulis, peti keselamatan, beranda, mini bar dan banyak lagi. Satu lagi yang best pasal resort ni adalah keluasan bilik airnya yang dilengkapi bath tub yang cukup besar. Jadi, bolehlah korang berendam lama-lama kat dalam tu.  Dan apa yang paling penting pastinya kemudahan wifi. Resort ini menawarkan kemudahan wifi kepada para pengunjung untuk memastikan anda kekal berhubung. So, boleh la korang upload gambar percutian korang yang meletup tu kat social media.
Jom tengok bilik yang ada...kalau tak tertarik tak tahulah nak kata apa..

Anjung Room

Anjung Seafront Room

Serambi Room

Serambi Sea View Room

Bumbung Sea View Room

Bumbung Room
Pengalaman menjamu selera di resort ini juga amat menarik. Resort ini menawarkan empat pilihan restoran dan tempat makan menarik. Pertama ialah Restoran Di Atas Sungei yang terletak di kawasan yang dibina di atas sungai yang mengalir ke kawasan laut. Kawasan ini memang cantik dan akan memukau sesiapa saja yang berkunjung ke sana. Restoran ini menawarkan pilihan makanan asli Malaysia untuk sarapan dan makan malam.  Restoran kedua pula adalah Restoran Nelayan yang diinspirasikan dari sebuah restoran terkenal iaitu Fisherman’s Cove. Menawarkan pelbagai pilihan makanan asia dan barat untuk sarapan dan makan malam, restoran ini adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin merasa air tangan chef terkenal iaitu Chef Wai. Ketiga, terdapat juga restoran yang dinamakan teratai terrace. Restoran ini menawarkan hidangan makanan panggang dan nasi untuk makan tengahari, koktel untuk minum petang dan makan malam Disini, anda berpeluang untuk menikmati makanan sambal ditemani tayangan filem  di skrin besar. Akhir sekali, hotel ini turut menawarkan ‘private dining experiences’. Wahhh...anda semua mesti sedang berangan kan suasana romantika gitu. Bagi korang yang inginkan pengalaman romantik menjamu selera bersama yang tersayang, anda boleh memilih beberapa pakej yang disediakan pihak resort ini.
Jadi, mana satu yang anda ingin cuba? Jom tengok sedikit gambaran pilihan restoran dan tempat makan yang ada di sini. 
Di Atas Sungei

Nelayan
Teratai Terrace
Private Dining Experiences
 Korang jangan kata korang tak tertarik, tak tertawan dengan Tanjong Jara Resort ni selepas tengok gambar-gambar di atas. Nyamannn....
Secara keseluruhannya, pengalaman percutian di Tanjong Jara Resort ini pastinya tidak patut anda lepaskan. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan package deal on Tanjong Jara Resort menerusi Traveloka.com hari ini juga! Jom pujuk orang tersayang menikmati saat yang nyaman di sana.

Wednesday, April 19, 2017

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 (APC) | Alhamdulillah rezeki Sha tahun ini bermula dengan baik. Pada 2 minggu lepas mendapat jemputan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 pada 18 April 2017 (Selasa) yang diadakan di Ibu Pejabat Agensi.

Amat bersyukur dalam 9 tahun perkhidmatan akhirnya ada juga rezeki Sha merasa mendapat APC. Perkiraan Sha rezeki sekeluarga ini adalah kerana ada satu tempoh tahun 2016 Sha menanggung kerja kawan sepejabat. Walaupun pekerjaan sha dalam tempoh 5 tahun ini tidak terlalu berat seperti 3 tahun awal berkhidmat dahulu Sha anggap ini adalah penilaian sepanjang perkhidmatan tidak hanya untuk 2016.
 
Alhamdulillah...Syukur...Terima Kasih kepada penilai terlibat iaitu Ketua Unit & Ketua Pegawai.

 

Memandangkan Sha tak ada geng satu pejabat yang lain yang ada hanya lelaki jadi Sha menumpang kasih kawan-kawan pejabat lama yang memang tak cukup masa untuk bersembang bersama mereka. Yusri adalah kawan satu batch dengan Sha iaitu penganbilan 14 Ogos 2008 dan masih berkhidmat di pejabat sama. Abang Riza adalah senior dan Puan Normayati adalah Ketua Pegawai terbaru pejabat lama Sha sekarang yang mana dahulu Sha kenali beliau semasa beliau bertugas di cawangan negeri.

Sembang-sembang dengan mereka sebelum masing-masing pulang ke tempat masing-masing.

 
Kawan seangkatan 14 Ogos 2008 juga dari cawangan Terengganu.

 
Kawan baru kenal satu meja semasa raptai majlis pada 17 April 2017 dari Cawangan Negeri Sembilan.

 
Kawan seangakatan 14 Ogos 2008 dari Cawangan Tanah Merah Kelantan. memang tahu dia akan hadir jadi memang Sha nak jumpa dia.

 
Persembahan Koir daripada Kumpulan Nada Harmoni Ibu Pejabat. Memang menghiburkan persembahan mereka.

 
Seperti biasa selepas habis penyampaian Sijil Anugerah kami dihidangkan dengan hidangan yang sedap menjamu selera sebelum pulang ke tempat masing-masing. Semasa menikmati juadah kami dihiburkan oleh penyanyi Farah AF...breep2....

Sha disusun satu meja 7 orang, 4 orang daripada negeri Perak tetapi Sha kenal 2 orang sahaja...huhuhu...3 orang lagi daripada Negeri Sembilan yang sangat sempoi orang.

Tamat sahaja majlis, bergambar kami terus bergerak balik ke Perak dan sampai ke rumah sebelum maghrib.

Tuesday, April 11, 2017

RESEPI SOLOK LADA

RESEPI SOLOK LADA | Assalamualaikum, petang ini tak ada idea sangat nak bercerita jadi Sha nak kongsi resepi Solok Lada. Solok lada ini biasanya adalah menu pelengkap kepada Nasi Kerabu. Sha kalau ada ni memang bertambah la nasi jawabnya.


BAHAN-BAHAN :

Cili Hijau dibersihkan dan dibelah panjang.
Isi Ikan rebus
Kelapa parut
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumbuk bawang merah , lada hitam, kelapa parut dan isi ikan rebus. Perasakan dengan garam. Sebatikan semua kemudian sumbat ke dalam cili hijau yang telah dibelah panjang.

Sebelum susun cili siap disumbat tadi, Sha ikut cara Mak Sha susun kacang panjang terlebih dahulu dibahagian bawah dalam periuk kemudian barulah susun cili sumbat tadi. Curahkan santan disekeliling cili jangan sampai tenggelam nanti solok akan lembik. Tutup periuk untuk memastikan solok lada masak sepenuhnya.



Jeng-jeng ......... agak-agak semua dah masak boleh tutup api. Haa...kacang panjang yang menjadi tapak masakan tadi jangan dibuang, sedap juga dimakan bersama. Lemak-lemak gitu...fuhhh...

Selamat Mencuba yea...
Terima Kasih.

Monday, April 10, 2017

LAYAN THE BOSS BABY BERSAMA KELUARGA

SABTU BERSAMA KELUARGA | Jika sebelum ini Sha dan keluarga ke Kuala Lumpur 1 hari, sabtu 8.4.2017 yang lepas En.Suami bawak Sha dan anak-anak menonton The Boss Baby. Perancangan awalnya nak tengok Smurf tapi ditukarkan kepada The Boss Baby memandangkan bawa Adik Fathia sekali kena pilih yang lebih menarik.

Ini adalah pengalaman kedua bawa Adik Fathia menonton wayang selepas Filem Zootopia kalau tidak silap.

Nasib baiklah suasana dalam panggung wayang memang orang duk gelak-gelak juga jadi tak nampak sangatlah Adik Fathia tak duduk diam..huhuhu..
Boleh pulak dalam orang duk menonton tu dia duk tidur atas lantai laaa, lepas tu dengar dia duk selawat mengulit anak patung kecik yang dia bawak dari rumah. Adik,,,adik...lepas tu gelak-gelak dalam gelap.

Abang? Dapat pop corn terus senyap sambil gelak-gelak tengok bontot The Boss Baby tuu. Sebelum pergi menonton wayang kami ke kedai gunting rambut terlebih dahulu bagi setel rambut ibu dan rambut Abang Zaryth yang dah beberapa bulan tak dikemaskini...ahahahaha..

 

Selfie dengan anak-anak sambil tunggu ayah mereka bagi setel urusannya sebelum masuk panggung wayang.



Abang Zaryth cakap seronok cerita The Boss Baby ni tu yang dia boleh gelak. Satu kotak pop corn pun habis dimakan dia tanpa bagi kat ayah dia..ahaha...maklumlah kerusi jauh dah tu tak nak pulak duduk dengan ayah dia..nak duduk sebelah ibu juga.

Walaupun ceritanya macam tak munasabah, baby ke rumah masing-masing naik teksi...dan dibahagikan oleh mesin-mesin..tapi tetap ada nilai kasih sayang.

Love u alls sayang-sayang.

Tuesday, April 04, 2017

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017 | Jumaat yang lepas tak ada keputusan pun nak pergi jalan mana, nak buat apa pada hari minggu. Memang dah seminggu suami duk sebut nak pergi IKEA tapi benda dia nak dah pun ditempah kat tempat lain jadi macam nak pergi ke tak nak nak pergi ke tak nak...Akhirnya tertidur macam tu je..tanpa keputusan.

Jam 5.30 alarm Sha berbunyi, en.suami cakap bangunlah mandi..Owwhhh...jadi pergi Kuala Lumpur rupanya. Tanpa banyak soal Sha bangun bersiap dan siapkan anak-anak dalam pukul 6 kami sudah keluar rumah menghala ke Kuala Lumpur.

9.30 pagi waktu IKEA buka kami sudah terpacak kat sana,huhuhu...kami ke IKEA Damansara sahaja. Sarapan pun dalam tu je lepas tu terus ke showroom dan mencuci mata. Tak banyak barang yang kami beli, lebih kepada cuci mata dan mengambil idea dekorasi di sana.

Selepas selesai membeli belah Sha dan keluarga ke Suria KLCC. Percaya tak Sha kali pertama jejak sini?Ahahaha...Akhirnya sampai jugak Sha sini walaupun datang pusing-pusing dan tengok gelagat orang - orang seberang.

Sha dan keluarga

Sha bersama Abang Zaryth & Adik Fathia

En.Suami bersama Abang Zaryth & Adik Thia


Dalam pukul 9.00 malam kami dah sampai ke Perak. Anak-anak dah tidur ibu ayah je berhenti makan dekat rumah . Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik 1 hari ke Kuala Lumpur. Kesian kat En.Suami sakit lutut betis sebab dalam perjalanan ada kemalangan antara Tapah ke Gopeng lama juga kami terperangkap dalam kesesakan malam itu.

Alhamdulillah seronok dapat jalan-jalan sekali sekale dah lama tak buat aktiviti tetiba macam ni. Anak-anak pun seronok dapat jalan, tidur pun tak sedar apa dah sebab kepenatan.

Sekian cerita kami sekeluarga di hari cuti.

Monday, April 03, 2017

RESEPI ACAR TIMUN TERENGGANU

RESEPI ACAR TIMUN BATANG TERENGGANU | Kebiasaannya Sha beli timun batang hanya untuk buat acar atau jelatah sebagai pelengkap untuk hidangan nasi dagang , nasi minyak dan nasi hujan panas sahaja. Tetapi semalam tetiba teringat dan teringin untuk makan acar timun ni, dah lama tak makan. Tapi macam biasa Sha makan seorang je lauk ni.,.huhu


BAHAN-BAHAN :

1 batang timun batang [Dipotong panjang]
1 biji Cili merah [dipotong panjang]
1 biji Bawang besar [dibelah 4bahagian]
3 sudu besar Cili boh
1/2 inci Halia [ditumbuk halus]
3 ulas Bawang putih [ditumbuk halus]
Cuka makan
Air
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumis cili boh dan bahan yang ditumbuk halus hingga pecah minyak.
Masukkan air dan cuka makan
Selepas air mendidih masukkan timun batang.
Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong.
Perasakan.
Biar seketika dan SIAP.

Korang selain acar / jelatah korang buat masak apa timun batang ni? Bosan-bosan boleh cuba resepi ringkas ni yeaa. Masam-masam gitu rasanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...