Friday, March 31, 2017

PERKEMBANGAN ADIK FATHIA 18 BULAN


PERKEMBANGAN ADIK FATHIA | Semalam 30 mac 2017 (khamis) Sha bawak Adik Fathia temujanji di klinik untuk check up 18 bulan, sebenarnya ibu dah terlambat bawak dia ke klinik,temujanji patutnya 23 mac 2017 yang lepas..hiii..

Hasil check semalam semunya OK laa, tinggi bertambah 3 cm dari 74cm ke 77cm dan berat hanya naik 500g,,,fuhh...jururawat pesan suruh naikkan lagi berat tuuu...8.5kg sahaja adik nii...check up seterusnya kena pastikan dia naik berat lagi laa..makan banyak pun tak naik lagi..Penilaian untuk autisme juga OK.

Usia macam nii Adik Fathia baru nak belajar bercakap. Sebulan ni baru Sha tumpu sikit untuk dia ajar dia bercakap biasa kalau ajar keluar angin je mulut dia walhal dia nak sebut sangat benda tuu..sekarang dah boleh sebut hujung-hujung je.

Setakat ini yang terang sebutannya Ayah dan kakak sahaja. Yang lain-lain perkataan kalau sebut dia boleh ikut juga. Alahaii tak tahu la ibu bila Adik Thia boleh bercakap penuh nanti macam mana, riuh laa dengan Abang Zaryth lagi.

Apa-apa pun Ibu dan Ayah doakan Abang & Adik membesar dengan baik dan sihat.

Wednesday, March 29, 2017

PEMENANG LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

PEMENANG LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | 27.03.2017 yang lepas pihak lazada telah mengumumkan pemenang bagi Lazada-birthday-blogger-contest . Pada masa itu Sha berada di kampung halaman, akses tidak berapa mengizinkan untuk melayari internet. Terima kasih kepada blogger Cik En kerana telah tagging Sha di facebook tentang keputusan contest tersebut.

Berikut adalah pemenang Lazada Birthday Blogger Contest yang telah diadakan baru-baru ini :


Penyertaan saat-saat akhir ini membuahkan hasil yang sangat memberi tuah kepada Sha. Sha menganggap hadiah ini adalah hasil keberkatan dan doa ibu dan ayah di kampung. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik dan gembira akan kepulangan Sha dikampung. Mungkin pada orang tidak ada apa -apa dan tidak penting, tetapi pada Sha berada disamping mak ayah walaupun sekejap adalah sangat penting.

Apa lagi kawan-kawan Lazada ada buat contest lagi, jom cuba join lagi hanya dengan menjawab soalan-soalan ringkas yang diberikan. Moga ada LUCK!!

Terima Kasih LAZADA!

Join New Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!

Wednesday, March 22, 2017

RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG

RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG | Esok rancang nak masak Nasi Dagang untuk keluarga kakak ipar yang balik ke Ipoh. Memandangkan Sha tak pernah masakkan nasi dagang untuk mereka tambah pula memang stok beras nasi dagang dan rempah gulai nasi dagang yang Sha beli baru-baru ini tidak digunakan lagi, jadi projek jalan. Alang-alang ikan tongkol yang Sha beli bersaiz besar, Sha ambil seketul dua untuk buat lauk makan malam. Dalam kepala memang dah teringin makan ikan singgang dangan budu, jadi terlaksanalah semalam. Walaupun resepi simple, Sha nak share juga..hihihi..maafkan saya seorang anak pantai timur..

bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan :

😉 Ikan tongkol
😀 Serai [diketuk]
😁 Bawang merah [dihiris]
😊 Halia [dihiris]
😆 Lengkuas [dihiris]
😌 Kunyit hidup [dihiris]
😍 Bawang putih [dihiris]
😋 Asam keping
😡 Cili padi
😉 Kacang bendi


semua bahan sudah masuk periuk

Cara-cara memasak :

Rebus air sehingga mendidih sukatan mengikut kesesuaian
Bila mendidih masukkan bahan-bahan dihiris,serai.
Apabila semua nampak layu masukkan kacang bendi kemudian masukkan ikan tongkol,asam keping dan cili padi.
Perasakan dengan garam.

Mendidih tunggu masak semua bahan.
Siap untuk dihidang

Set hidangan menambah nasi.

Jangan kata korang tak terliur pada yang suka makan budu tuu. Kebetulan pula hari sama ramai yang update makan ikan singgang nii. Sha telefon kat kampung pun tanya mak makan apa hari ini, mereka tengah makan nasi dengan ikan singgang juga....adooiii laaa..
Sha laju je suap Abang Zaryth makan,,hihi sebab kena bagi dia kenyang dulu baru ibu boleh makan dengan puas hati.Meleleh air mata oiiii kata kamu, habis suap anak apa lagi penyet-penyet laa cili padi tuu sampai pedih jari-jari.

Fuhh..puas hati betul makan macam nii..

Selamat Menjamu mata yeaa...

Tuesday, March 14, 2017

ANTARA DETOKS DAN DIET EXTREME

DETOKS VS DIET | Siapa tengah diet sekarang ni? TaHukah anda DETOKS adalah lebih penting daripada DIET ketat tanpa perancangan yang betul. 

SETUJU ATAU TIDAK SETUJU?

Apakah perbezaan antara DETOKS dan DIET?

DETOKS - Proses mengeluarkan racun daripada tubuh, membina otot, membuang lebihan lemak dan meneutralkan asid dalam badan. badan yang neutral tidak akan menghasilkan lemak dan menjaga tubuh agar kekal sihat dan ideal.

DIET - Menurunkan berat tetapi ia juga akan meningkatkan penghasilan asid di dalam badan. Badan yang berasid akan menghasilkan lemak dan membuatkan berat badan naik kembali.

MANFAAT DETOKS BAGI TUBUH BADAN MANUSIA :


• Meremajakan sel-sel sehingga kulit pun menjadi bersih, sehat, kencang, dan lembut.
• Menurunkan kelebihan berat badan.
• Meningkatkan energi.
• Peningkatan deria bau, perasa, dan pendengaran.
• Melancarkan peredaran darah 
 • Memperbaiki daya ingat.
• Menghilangkan gejala-gejala penyakit seperti alergi, sakit kepala, kembung, dsb.
• Memperbaiki kadar gula darah dan tekanan darah.
• Memperbaiki fungsi liver dan ginjal.
• Meningkatkan daya tahan tubuh.

Anda mencari-cari produk untuk detoks yang selamat diambil dan menjimatkan?
Selain buah-buahan segar, kini anda boleh miliki

Hubungi {Whatapps} Sha sekarang untuk keterangan lanjut :

 Ingin tambah pendapatan?
Tambah duit raya?
Duit sambung nyawa hujung bulan?

Juga boleh hubungi Sha.
dropship_diperlukan.

Monday, March 13, 2017

KENAPA TIDAK BOLEH AMBIL CHIA SEED LEBIH 2 SUDU?

JANGAN AMBIL CHIA SEED LEBIH DARIPADA 2 SUDU 1 HARI

KENAPA?

INI SEDIKIT KETERANGAN YA,,

Sebenarnya ramai yang bertanya tentang ini kenapa disarankan untuk mengambil 1 hingga 2 sudu makan chia seed sahaja setiap hari sedangkan ia memberi pelbagai khasiat?

Chia seed adalah superfood yang kaya dengan protein. Protein tidak boleh diambil secara berlebihan. Tidak sesuai untuk buah pinggang kita.

Chia seed bersifat menyerap air dalam badan. 1-2 sudu sudah memadai dengan jumlah air yang kita ambil setiap hari. Jika diambil secara berlebihan ia akan menyerap cecair dalam badan secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh badan manusia kekejangan.

Makan apa pun jangan berlebihan. Boleh membawa kemudaratan.
Bersederhana adalah lebih baik.

MACAM MANA NAK DAPATKAN CHIA SEED?

 

Thursday, March 02, 2017

ADAKAH ANDA BERKOLESTROL TINGGI

KOLESTROL TINGGI


Assalamualaikum pembaca sekalian.

Sha baru tau macam-macam kesan apabila kolestrol dalam badan kita tinggi. Adakah kita tahu akan tahap kolestrol jika tidak ke klinik atau farmasi untuk pemeriksaan bacaan kolestrol? bagaimanakah anda dapat mengesan kehadiran kolestrol tinggi dalam darah?

TANDA KOLESTROL ANDA TINGGI

------------------------------------------------------
1. Sakit & Sejuk pada bahagian kaki
2. Krem pada waktu malam
3. Kulit jadi pucat terutama kaki
4. Perut Kembung
5. Luka lambat sembuh
6. Lesu & magrain
7. Lebam pada sebahagian tubuh
8. Berat badan naik.
9. Jantung rasa berdebar-debar. 

Cuba periksa diri masing-masing. Adakah anda mengalami simptom-simptom diatas? 7,8 dan 9 tu ada juga kadang-kadang terjadi pada Sha sendiri? Nampaknya perlu Sha melakukan pemeriksaan juga...😓

Jika ada simptom tersebut diatas..Kami si SILERA CHIA SEED ada jalan penyelesaiannya.

😉 Chia seed mengandungi Omega-3 yang melindungi jantung dengan mengurangkan kolestrol dan mengurangkan tekanan darah.

😉 Serat dalam chia seed juga membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. 100g chia seed menyediakan kira-kira 8.83 mg atau 55% daripada tahap harian diperlukan niasin. Niacin membantu mengurangkan tahap LDL-kolestrol dalam darah. Disamping itu, ia menambah aktiviti GABA dalam otak yang seterusnya membantu mengurangkan kebimbangan dan neurosis.

Nak beli Chia Seed pastikan SILERA CHIA SEED , jaminan mutu terjamin.

#silerachiaseed
#aurasilerateam

😊😊 Bukan nak kata, Sha sendiri mengalami simptom-simptom 7,8 dan 9..sejak mengamalkan chia seed Alhamdulillah simptom berikut sudah lama tidak kelihatan dan dirasai. Sha perasan lebam pada badan sudah lama tidak ada, kebiasaannya bangun tidur akan ada lebam, berat juga sudah hilang 2kg tanpa sedar dan harapan , dan jantung berdebar-debar juga sudah lama Sha tak rasai.

Alhamdulillah.

Jom layan testimoni pengamal chia seed lain.



 

Apa tunggu lagi?Jom kita sama-sama ikhtiar supaya ia tidak mengganggu kehidupan harian kita. Satu pesanan ikhlas walaupun amal suplemen apa, ubat apa ingatlah sentiasa konsisten dan jaga juga pemakanan harian jangan makan terlalu banyak makanan yang boleh meningkatkan kolestrol.

Macam mana nak dapatkan SILERA CHIA SEED?
Jom Whatapps Sha - 017 9154696

Sha bagitahu terus :

SILERA CHIA SEED - 200g RM33.00
COD : Seri Iskandar / Batu Gajah / Station 10 ,PERAK

Pos + RM 8.00

Sekian, Terima Kasih. 

SILERA CHIA SEED JUGA BAIK UNTUK PESAKIT DIABETES----> KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...