Monday, February 27, 2017

TIPS WARNA DAPUR SEMPIT

TIPS WARNA DAPUR SEMPIT


TIPS WARNA DAPUR SEMPIT | Teringat pula masa mula-mula Sha pindah rumah sendiri dulu. Memilih warna mengikut ruang adalah salah satu perkara yang perlu difikirkan pada masa itu memandangkan Sha suami isteri sepakat untuk mewarnakan setiap ruang dengan warna yang berlainan. Untuk ruang dapur Sha memilih warna merah jambu, huhuhu..lembut sangat kan. Pada Sha ruang dapur yang ada tidaklah terlalu sempit seperti di rumah sewa dahulu Alhamdulillah selesa untuk menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak.

Wow!! Warna kegemaran Sha...sangat menarik.



ANDA PERLU TITIKBERATKAN


1. Elakkan memilih warna gelap dan kelam yang tidak menggambarkan keceriaan. Mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang yang menggunakan dapur.

2. Warna yang mampu menceriakan ruang dapur adalah warna yang cerah dan tona warnanya yang boleh menimbulkan keluasan ruang dapur yang sedia sempit.

3. Awas, warna cerah juga boleh menyebabkan ruang dapur sempit akan cepat kotor. kenalpasti ruang yang boleh cepat kotor seperti ruang dapur memasak.

4. Perlu pandai membuat kombinasi warna yang sesuai pada dinding, kabinet dan meja kerja harus dibuat dengan bijak bagi melahirkan adunan warna yang menarik.

5. Pencahayaan juga memainkan peranan dalam memberi kesan kepada keluasan dapur iaitu dari segi lampu dan pencahayaan semula jadi seperti tingkap.

Siapa suka deko?Angkat tangan!!Sha tak kreatif orangnya...huhuhuu...

Semoga dapat membantu pada yang memerlukan.

5 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...