HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, February 21, 2017

# ANTIDADAH

PENCEGAHAN DADAH BERMULA DI RUMAH

PENCEGAHAN DADAH BERMULA DI RUMAH | Pertama sekali Sha ingin mengucapkan Selamat Hari Antidadah yang disambut setiap 19 Februari setiap tahun oleh Warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Hari ini seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan di seluruh negara mendengar amanat daripada Ketua Pengarah AADK Malaysia iaitu Ybhg Dato' Dr Abd Halim Bin Mohd Hussin. Pada tahun 2017 ini Ketua Pengarah menekankan tentang kesedaran dan pencegahan adalah bermula daripada rumah iaitu peranan ibu-bapa.
Dalam mendidik anak-anak supaya bebas daripada dadah, keperihatinan, pengetahuan dan sikap ibu bapa terhadap penyalahgunaan dadah sendiri adalah penting untuk mengelakkan dan menjadi benteng supaya anak tidak mendekati najis dadah.

# Tahniah kepada Kelab Blogger Ben Ashaari kerana menerima anugerah penghargaan daripada pihak AADK.


ANAK-ANAK TIDAK AKAN TERDEDAH KEPADA NAJIS DADAH JIKA :

Hubungan keluarga yang rapat dan perhatian yang cukup daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Saling percaya antara ibu bapa dengan anak-anak.

Membesar dalam keadaan keluarga yang bebas dadah.

Sokongan daripada keluarga yang sentiasa menyokong sesama ahli keluarga dan tidak memberi peluang kepada salahguna dadah.

Anak-anak tidak dibiarkan bergaul dengan rakan-rakan yang menggunakan dadah.

INSYAALLAH SEMOGA KELUARGA KITA BEBAS DARIPADA DADAH.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi