Tuesday, January 31, 2017

PENAWAR RESDUNG PALING MUJARAB

PENAWAR RESDUNG PALING MUJARAB | Assalamualaikum semua..Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat hendaknya. Bulan pertama tahun 2017 Sha sedikit diduga dengan kesihatan anak-anak dan diri sendiri. Baru-baru ini Sha dilanda batuk dan selsema yang mana ditambah buruk dengan masalah resdung yang amat mengganggu keselesaan yang mana mengalami gatal-gatal hidung. Korang ada masalah resdung tak? Apa tanda-tanda ada resdung atau tidak ? Jom kita tengok apakah simptom-simptom resdung.

TANDA-TANDA ANDA ADA RESDUNG

1. Hidung sentiasa berair atau selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk atau awal pagi.
⌦ Ya, terjadi pada Sha.

2. Gatal-gatal pada hidung, mata, dan telinga terutama bila memakan ayam,udang, ketam, ikan masin dan sambal belacan.
⌦ Ya, terjadi pada Sha.

3. Bersin bila terkena habuk.
⌦ Ya, terjadi pada Sha.

4. Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran /penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau,gatal kulit dan keputihan bagi wanita.
⌦ Ya, terjadi pada Sha.

KESAN-KESAN RESDUNG

1. Hilang deria bau

2. Menjadi pelupa / daya ingatan lemah.

3. Lubang hidung bengkak dan tersumbat. 
⌦ Ya, terjadi pada Sha.

Alhamdulillah kini tidak perlu risau lagi, Sha dipertemukan dengan penawar resdung paling berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah yang Sha hadapi.



Ubat resdung paling mujarab ini dihasilkan daripada serbuk akar kayu herba tradisional. InsyaAllah untuk mengubati penyakit resdung dari dalam dan melegakan daripada alahan pada makanan, cuaca , bersin, selsema dan sebagainya. Dalam pakej 1 botol mengandungi 35 biji kapsul dan disarankan supaya membuka sarung kapsul dan larutkan serbuknya ke dalam segelas air kosong.


KELEBIHAN ANDA MENGGUNAKAN UBAT INI

❌ Tak perlu membuat rawatan resdung dengan kos yang tinggi
❌ Tak perlu membuang masa dengan menggunakan banyak produk.
❌ Tak perlu membuat pembedahan muka atau bekam mengeluarkan darah di bahagian muka.
❌ Tak perlu mengeluarkan lendir atau sinus.
❌ Tak perlu membuat aroma terapi atau rokok resdung.
❌ Tak perlu menggunakan lintah hidup untuk rawat resdung
☂ JIKA TIDAK BERKESAN duit anda akan dikembalikan.

Keberkesanan ubat ini juga telah dikongsi oleh pengguna yang telah merasai perubahan positif selepas penggunaan penawar resdung yang berkesan ini.





 

ATURAN MAKAN :
1 biji MALAM dan 1 biji PAGI

PERINGATAN! 
Wanita mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil ubat ini.
Jangan dilangkah ubat ini.
Sekiranya tanda resdung semakin reda, kurangkan pengambilan dengan memakan 1 hari 1 biji sahaja atau selang 1 hari 1 biji.
 
Untuk lebih lanjut, anda boleh rujuk di :


No.telefon untuk pesanan:
Puan Aisyah : 013-987 1616

Friday, January 27, 2017

REALISASIKAN IMPIAN DI LAZADA

REALISASIKAN IMPIAN DI LAZADA | Pada tahun 2017 ini anda mungkin sudah ada wishlist yang masing-masing ingin capai dan sudah tentu ingin memilikinya. Hasil daripada cuci mata di http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/  Sha telah memilih beberapa barang yang diperlukan dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam dunia teknologi masa kini dan bersesuaian dengan kegunaan semasa bersama keluarga. Nak tahu apa barangan yang telah berjaya menarik perhatian Sha? Jom tengok..

1. DJI OSMO MOBILE
http://www.lazada.com.my/dji-osmo-mobile-gimbal-stabilizer-for-smartphones-16091559.html

Fungsinya yang dapat mengawal atau mengekalkan kedudukan telefon pintar walaupun dalam keadaan bergerak amat menarik untuk merakamkan video saat-saat indah bersama keluarga tersayang. Sangat sesuai untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi dan cantik seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

2. YONEX BADMINTON RACKET

http://www.lazada.com.my/yonex-badminton-racket-11587475.html
Sesuai untuk menggantikan raket badminton Sha yang sudah menghilang entah ke mana selepas pindah rumah dulu. Sukan badminton adalah aktiviti sukan yang baik dalam amalan hidup sihat dan untuk kekal cergas. Tahun 2017 ini Sha perlu ada raket baru memandangkan badminton adalah sukan kegemaran Sha sejak kanak-kanak.


3. FAMILY DELUXE INFLATABLE SWIMMING POOL SET MEDIUM BLUE + FREE ELECTRONIC PUMP

http://www.lazada.com.my/family-deluxe-inflatable-swimming-pool-set-medium-blue-freeelectronic-pump-1596566.html
Amat menarik kolam kecil ini, sesuai untuk anak-anak Sha yang sedang membesar sekarang. Kalau ada kat rumah semestinya Abang Zaryth dan Adik Fathia akan gembira. Silap hari bulan ibu mereka pun boleh masuk sekali..ehehehe

4. CASIO ENTICER MTP-1314D-2AV ANALOG MEN'S WATCH BLUE

http://www.lazada.com.my/casio-enticer-mtp-1314d-2av-analog-mens-watch-blue-558418.html

Berkenan pulak dengan jam tangan ni pada pandangan pertama. Macam sesuai untuk dihadiahkan kepada bapa tersayang kat kampung tu. Sudah lama tak nampak ayah pakai jam tangan, biasanya mak yang suka beli jam tangan berpasangan dengan ayah. Semoga ada rezeki Sha untuk menggembirakan orang tua.



5. SIMPLE OFFICE FURNITURE

http://www.lazada.com.my/simple-office-furniture-100cm-x-60cm-table-white-amp-311ergonomic-black-10497871.html
Set meja dan kerusi ini sesuai untuk ruang kerja online Sha. Teringin nak ada satu sudut yang khas untuk kemaskini blog dan jualan online yang dijalankan. Kalau ada sudut ini mungkin dapat meningkatkan hasil kerja daripada hasil sebelum ini.

Ini adalah pilihan Sha. Apakah impian korang yang korang boleh dapat di http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ Jom pilih dan beli belah di lazada ada rezeki ada sale murah-murah di Tahun Baru Cina ini.

Saturday, January 21, 2017

HADIAH BUAT TERSAYANG

HADIAH BUAT TERSAYANG | Awal-awal tahun macam ni biasanya ada sesetengah orang suka catat tarikh-tarikh penting untuk diraikan seperti hari ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan. Buat insan bergelar lelaki apakah hadiah pilihan anda buat pasangan anda?



Antara idea untuk anda terutamanya yang punya pasangan sukakan penjagaan kecantikan...apa kata tengok sini untuk ketahui cara-cara mendapatkannya dengan harga lebih jimat ---♡♡ Penjagaan kulit anda.

Semoga tahun ini lebih memberi kebahagiaan dan kemanisan dalam apa jua perhubungan dan keraian yang bakal anda sambut.

Happy day!

Wednesday, January 18, 2017

ABANG ZARYTH MASUK WAD

ABANG ZARYTH MASUK WAD | [16 Januari 2017] Assalamualaikum..memandangkan Adik Fathia sudah lelap Sha ambil kesempatan untuk coretkan sedikit kisah Abang Zaryth masuk wad buat pertama kali di umur 4 tahun 4 bulan. Baru beransur sihat daripada batuk dan selsema Abang Zaryth tiba-tiba demam selepas bermain basikal dihadapan rumah. Sha perasan badan Abang Zaryth mula panas selepas mandi tetapi dia cakap OK JE, pada masa itu memang Sha dah mula ambil sebesen kecil air dan tuala untuk lap bahagian-bahagian yang berlipat dan basahkan kepala dia kemudian barulah dia rasa tidak sedap badan.

Keesokkan harinya Sha dan suami mengambil keputusan untuk menghantar Abang Zaryth pada ibu pengasuhnya kerana mahu dia berehat dan maklum pada pihak tadika bahawa Abang Zaryth demam tidak dapat hadir ke tadika. Rupa-rupanya ramai kawan Abang Zaryth bercuti kerana demam juga. Petang selepas ambil Abang Zaryth dan Adik Fathia, Abang Zaryth belum ok. Sampai rumah baru perasan ada timbul biji-biji di tangan Abang Zaryth, Sha dan suami syak mungkin chicken pox. Selepas berbincang kami ambil keputusan untuk hantar dia ke hospital. Lebih kurang jam 7.00 petang kami tiba di KPJ Specialist Ipoh dan membuat pendaftaran.

"Abang, abang tahu tak bila jumpa doktor pertama tu abang memang tak nak buka mulut langsung dan doktor tu pun tak usaha untuk pujuk abang"

Dalam duk tunggu untuk jumpa doktor ke-2 tu Sha dan suami berusahalah menghubungi pihak insurans, tak tahu lah kali ke berapa buat panggilan baru berjaya!

Ayahnya berbincang dengan agen insurans manakala Sha ambil alih tugas jaga Abang Zaryth yang sangat meminta perhatian & Adik Fathia yang sangat-sangat aktif tuu...pening ibu..



Kami akhirnya ambil keputusan untuk masukkan Abang Zaryth ke wad selepas disahkan doktor Abang Zaryth terkena Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Sebab utamanya penyakit ini boleh berjangkit jadi adalah amat berisiko untuk Adik Fathia.

[17 Januari 2017] Lebih kurang jam 12.20 tengah hari seorang jururawat membawa kami ke bahagian diagnostic untuk periksa jantung Abang Zaryth sebab semalam masa selepas admit doktor ada ambil darah dan bacaan apa tak tahu lah tinggi dari sepatutnya. Hati ibu ayah tak lepas daripada kerisauan dan berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah hasil bacaan dan scan jantung menunjukkan semuanya OK. Syukur sangat.


Sepanjang hari mengadap drama Abang Zaryth susah nak makan ubat. Asyik minta nak main gelongsor yang tak tahulah kat mana letaknya. Tapi hasil pujukan nurse dan ayahnya ubat-ubat tu Abang Zaryth terpaksa telan juga. Hari ini ada kawan ayah dan ibu datang melawat Abang Zaryth kat wad tak lupa juga Atehnya datang jenguk anak saudara dia yang manja sangat ni. Opah nak datang dari Terengganu, tapi kesihatan Opah pun tidak mengizinkan Opah untuk bergerak jauh.

Jadinya sekarang kita pakailah Cuti Tanpa Rekod yeaaa... 
Sementara ni Abang dan Adik Video Call Whatapps jela yeaaa....mwah3 situ jee...

P/s : Kawan-kawan ibu doakan Abang Zaryth cepat sembuh yeaa...Abang Zaryth nak bercuti bersama keluarga nanti..

Wednesday, January 11, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my | Megasales datang lagi!! Jangan lepaskan peluang ini sama-sama kita meriahkan Chinese New Year tahun 2017 ini. Terima Kasih Lyssa Faizureen war-warkan peluang ini.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=120

Diberi peluang untuk memilih barang apa yang diingini daripada pilihan yang disenaraikan..nah inilah pilihan Sha. Jom tengok apa yang menarik :

(1)
Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only

(2)

 Product:  Male/ Female Canvas Shoes
CNY2017 Sales price: RM15.50
Date: 13/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

(3)
Product: High-Heel Sandal
CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only

 (4)

  Product: Sport Bucket bag
CNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

 (5)

Product: Sweater Coat
CNY2017 Sales price: RM12.90
Date: 11/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Apa lagi kawan-kawan yang lain. Jom sertai Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my sebelum tarikh tutupnya pada 26 Januari 2017 Pada Jam 11.59pm

HAPPY SHOPPING.

Tuesday, January 10, 2017

SHOES TERBAIK PILIHAN KAUM LELAKI


SHOES TERBAIK PILIHAN KAUM LELAKI | Hai, hari ini kita nak berkongsi tentang pilihan kasut lelaki. Apa jenis kasut yang anda telah miliki? Pernah lihat apa jenis kasut lelaki sekeliling anda pakai? Jika mereka gemar membeli-belah, anda mungkin pernah melihat mereka memilih untuk  memakai kasut yang berbeza untuk majlis-majlis yang berbeza. Mungkin dia betul atau mungkin juga tidak. Jangan biarkan orang lelaki berhabisan terlalu banyak pada kasutnya dan mungkin berbelanja lebih pada kasut kita..ehehehe ... Gurau je! Sebenarnya, kita boleh berjimat,tidak perlu mempunyai terlalu banyak kasut hanya dengan mengetahui apa kasut yang paling versatile dan boleh dipakai kemana sahaja. Hari ini mari kita cuba bantu orang lelaki tahu apa yang terbaik tentang mens shoes.

1. Oxfords, Brogues, Loafers



Ketiga-tiga jenis kasut ini adalah di bawah satu kategori kerana mereka boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan formal dan tidak formal. Walau bagaimanapun, kebanyakannya digunakan untuk acara-acara rasmi. Loafers sebenarnya kasual tetapi jika anda membeli yang jenis kulit tiruan, ia boleh digunakan untuk acara-acara formal dan bekerja. Nombor 1 dalam senarai ini adalah untuk ke tempat kerja dan acara-acara rasmi jadi sama ada salah satu daripadanya adalah mencukupi.

2. Boat Shoes, Slip Ons



Untuk 2 jenis kasut ini, kaum lelaki memerlukannya untuk pemakaian harian apabila mereka tidak berada di tempat kerja dan mahu kelihatan elok tetapi tidak terlalu formal pada waktu makan tengah hari atau apabila keluar bersama ahli keluarga. 2 jenis kasut ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki yang suka kelihatan kasual tetapi berkilau. Kebanyakannya kasut jenis ini diperbuat daripada kanvas atau kulit tiruan, material adalah bergantung kepada apa yang seseorang lelaki itu suka.

3. Sandals, slides

 
Sebenarnya ianya bukan kasut tetapi ia sejenis kasut tidak bertutup. Jenis ini adalah sesuai untuk hari-hari di mana kaum lelaki tidak mahu berasa lemas dengan kasut bertutup. Jika seseorang lelaki itu jenis yang berpeluh banyak, mereka mungkin lebih suka sandal atau slaid berbanding kasut jadi ini adalah beberapa pilihan yang baik untuk dipertimbangkan apabila ingin cadangkan kepada mereka apa jenis kasut yang baik untuk mereka miliki. Sandal atau slaid ini sesuai untuk dipakai ke pantai atau pergi ke pasar basah atau hanya pada hari di mana mereka ingin tampil santai.

Jika ada mana-mana lelaki merancang untuk membeli kasut yang pelbagai guna dan mesti mereka miliki untuk kegunaan mereka? Kongsi cadangan anda!

Monday, January 09, 2017

CARA ELAKKAN ALAT TULIS ANDA HILANG

CARA ELAKKAN ALAT TULIS ANDA HILANG | D.I.Y ALAT TULIS DI PEJABAT | Tahun 2017 ni kita tak nak dah pening-pening kepala cari alat tulis yang tak tahu hilang kemana. Kalau hilang duk atas meja kawan-kawan tak apa lagi , ni terus lesap tanpa dapat dikesan tu yang geram tuu...Kali ini bagi ikat semua tu jadi 1 tempat. Disini Sha nak kongsi cara Sha elakkan alat tulis Sha hilang lagi.

 Antara alat tulis yang kerap hilang.

 Alat-alat untuk menyatukan alat-alat tulis supaya tidak berpisah. Ring, Duct tape & Reben.

 Tali reben yang dah dipotong, Sha potong dalam 80 cm [ikut kesesuaian]

 Nampak tak Sha dah lekatkan dengan duct tape untuk antara alat tulis dengan reben pada hujung setiap alat tulis berkenaan.

 
Satukan mereka dan letak ring ditengah-tengah seperti gambar diatas.

 
Letakkan duct tape di hujung berhampiran ring.
 
 
 Jadi macam ni..

Akhir sekali, sudah siap penyatuan alat-alat tulis Sha hari ini. Semoga mereka tidak berpisah lagi.
EHEHEHE..

"DO IT YOURSELF"

BLOGLIST RAKAN BLOGGER NOTASHALIMAR JANUARI-FEBRUARI 2017

BLOGLIST RAKAN BLOGGER NOTASHALIMAR | Alhamdulillah minggu lepas Sha ada buat satu segmen untuk buat bloglist baru untuk tahun baru ni. Jadi hari ini baru berpeluang nak buat list tu..Jom blogwalking ke blog kawan-kawan kita ni..


TERIMA KASIH PADA YANG SUDI JOIN

Wednesday, January 04, 2017

KENALI SILERA CHIA SEED

SILERA CHIA SEED | Adakah anda pernah dengar tentang Chia Seed ? Rupanya seakan-akan biji selasih, tapi sebenarnya bukan. Kini Chia Seed semakin dikenali dan mendapat permintaan di pasaran. Apakah itu Chia Seed sebenarnya? Adakah ia sejenis ubat ? sejenis supplement? atau sejenis vitamin. Jawapannya TIDAK/BUKAN.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BERIKUT?

🌊 Sembelit
🌊 Buasir
🌊 Kencing Manis
🌊 Kolestrol Tinggi
🌊 Berat badan berlebihan



JOM KENALI CHIA SEED

✾ Merupakan makanan organik
✾ Super Food
✾ Sejenis Bijirin


10 FAKTA TENTANG CHIA SEED

Tahukah anda mengapa Chia Seed digelar *SuperFood ? Biji kecil ini kecil-kecil cili padi, mempunyai pelbagai kebaikan kepada pengamalnya. Fakta No. 3 & No 5 adalah paling menarik. Apa tu??

1 ❃ MENAMBAH TENAGA

Kandungan protein dan pelbagai nutrien lengkap membolehkan chia seed disebut sebagai energy drink. rendam Chia Seed 1 sudu besar ke dalam 1000 ml air biasa dan biarkan selama 15 minit dan nikmati dari pagi sehingga tengahari. * contohnya cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Bayangkan minuman sejuk yang mengandungi chia seed. Bukan sahaja melegakan tekak namun berkhasiat. Sehari satu sudu besar sudah mencukupi untuk membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.

2 ❃ SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kecing manis. Chia Seed mengurangkan rintangan insulin. Kombinasi unik serat larut air dan serat tak larut air melambatkan proses penguraian karbohidrat di dalam gula seterusnya menstabilkan kandungan gula dalam darah.

3 ❃ KAYA KALSIUM

Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan posphorus ,mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang,gigi dan akar rambut.

Adakah anda mengalami masalah rambut gugur? Cuba amalkan minuman chia seed selama 2 minggu dan lihat kesannya.

Ayah dan ibu yang biasanya sudah berusia emas mungkin tidak gemar akan susu. Maka Chia Seed adalah pengganti yang paling sesuai untuk melindungi mereka daripada kerapuhan tulang.
 

4 ❃ MEMBANTU MENURUNKAN KOLESTROL

Chia seed  kaya dengan fatty acid Omega 3 dan 6 serat dan protein. Kombinasi ini mebantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL

5 ❃ MENOLONG MENGURANGKAN BERAT BADAN.

Chia Seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

6 ❃ KAYA PROTIEN

Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka Chia Seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani diet tertentu.

7 ❃ KAYA ANTIOKSIDA

Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa , melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.

8 ❃ BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Chia Seed kaya dengan protein yang mampu menjana tenaga untuk keperluan ibu dan bakal ibu.

9 ❃ PERKEMBANGAN MINDA

Chia Seed boleh diambil oleh kanak-kanak dengan separuh dos berbanding dewasa. Ia membantu perkembangan minda kanak-kanak.

10 ❃ RASA CHIA SEED

Chia Seed tidak mempunyai rasa. Ianya plain sahaja. Maka ia sesuai diminum bersama air putih atau lain-lain menu.


CARA MAKAN

Sangat mudah disediakan. Paling Mudah rendam sahaja di dalam air putih selama 15 minit.
Sesuai dicampur bersama infuse water.
Sesuai ditabur di dalam salad, roti, sayur ataupun di buat puding.

Nanti ada rezeki kalau dapat resepi pelbagaikan cara makan pun ok juga..
Nanti kongsi yea...

TESTIMONI




BERMINAT?
BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK BICARA LANJUT

017-9154696 {SHA}

EMEL :
sakurasmy@gmail.com


JOM SAMA-SAMA SIHAT

HARGA BERBALOI DENGAN KHASIAT YANG ANDA BAKAL ANDA DAPAT

SILERA CHIA SEED 200 g
RM 33 + RM 8 (postage)   / RM 12 (postage SS) sahaja.

SILERA CHIA SEED TESTER 40 g
RM 10 sahaja + RM 8 (postage)   / RM 12 (postage SS) sahaja.

 JANGAN LUPA HUBUNGI KAMI SEKARANG!! BANYAK LAGI KELEBIHAN CHIA SEED NII SEBENARNYA...

RESEPI PUDING ROTI BERSAMA KUAH KASTARD


RESEPI PUDING ROTI BERSAMA KUAH KASTARD | Salah satu makanan yang Sha suka adalah Puding Roti yang mana cara membuatnya agak mudah. Sebelum ini Sha buat tanpa kuah kastard tetapi ianya agak tidak menarik dan atas permintaan en.suami Sha mula belajar membuat resepi ringkas untuk kuahnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING ROTI

Roti 8 keping ( Sha guna roti gardenia )
Telur 2 biji
Susu segar / Susu cair
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 3 sudu besar

CARA-CARANYA

1. Roti di sapu dengan marjerin dan dipotong-potong ( Sha potong kepada 6 bahagian ) dan rendam salam susu segar/susu cair.

2. Masukkan telur , susu segar/susu cair , asen vanilla dan gula dalam 1 mangkuk. Kemudian pukul sampai sebati.

3.  Susun roti dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin kemudian tuang bahan yang telah sebati tadi di atasnya.

4. Jika suka anda boleh taburkan dengan kismis. Sha lupa beli kismis nii...huuhuu

5. Bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 150 darjah.

6. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.





BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD

Susu cair 1/2 tin
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Tepung Kastard 1 sudu besar.

Bila dah sejuk semuanya, boleh potong bila nak makan. Saiz potongan roti yang Sha potong ni sedang-sedang dengan selera Sha , tak kecil tak besar. Siram kuah kastard atas puding roti. Emmmmppph...
En.Suami suka lagi kalau letak dalam peti dulu.


Alhamdulillah. kenyang makan ni.
Selamat mencuba Puding Roti Kuah Kastard.

Kredit : inspirasi daripada Blog CikLaili

Tuesday, January 03, 2017

SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017

SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017 | Assalamualaikum, tanpa panjang bicara dijemput kawan-kawan untuk menyertai segmen pendek ini.


TEMPOH SEGMEN 3 JANUARI 2017 HINGGA 6 JANUARI 2017

Secara ringkas :

1. Buat entry dengan tajuk " Segmen Bloglist Jan - Feb 2017 "

2. Follow blog www.notashalimar.blogspot.my

3. Copy banner diatas dan share.
@
Copy coding di bawah.
<div style="text-align: justify;">
<b>SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017 |</b> Assalamualaikum, tanpa panjang bicara dijemput kawan-kawan untuk menyertai segmen pendek ini.</div>
<br />
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://4.bp.blogspot.com/-aWv3RE3mukg/WGtH0R_MaJI/AAAAAAAAGdI/CcYPxsPbb50CPjktMPxgTnH8zIYOc_RxwCLcB/s1600/SEGMEN.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="297" src="https://4.bp.blogspot.com/-aWv3RE3mukg/WGtH0R_MaJI/AAAAAAAAGdI/CcYPxsPbb50CPjktMPxgTnH8zIYOc_RxwCLcB/s640/SEGMEN.jpg" width="640" /></a></div>
<br />
<div style="text-align: center;">
Secara ringkas :</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
1. Buat entry dengan tajuk " Segmen Bloglist Jan - Feb 2017 "</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
2. Follow blog www.notashalimar.blogspot.my </div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
2. Copy banner diatas dan share.</div>

HARI PERTAMA ABANG ZARYTH KE TADIKA

ABANG ZARYTH KE TADIKA | 03 januari 2017 ( Selasa ) | Mengikut tahun, tahun ini Abang Zaryth dah berumur 5 tahun. Cepat juga masa berlalu, dalam diam tibalah masa untuk Abang Zaryth memasuki alam persekolahan. Setakat ini Abang Zaryth hanya masuk tadika berdekatan rumah, tengahari transit ke rumah mak pengasuh pula.

Pukul 6.30 pagi dah siap bangun mandi, lepas tu tak bersiap lagi sebab ibu layan Adik Fathia yang tak berapa sihat. Asyik senyum je Abang nii, semangat baru kot nak mengenali sekolah, kawan-kawan baru lagi.

Pukul 7.40 pagi sudah ada dekat tadika, Abang Zaryth orang kedua sampai di situ Cikgu pun sambut dengan senyuman. Selepas  susun kasut Abang Zaryth masuk ke dalam tadika terus nak terjah setiap sudut yang ada siap komen lukisan dalam tadika tu, dia takut lipan katanya walaupun tu gambar ulat bulu..huhuhu..Bila dah masuk lupa dah ibu dan ayah kat luar ni..Nampak macam ok je, lepas salam cium terus Sha dan suami tinggalkan dia bersama dunia baru dia.


Budak tengah seronok, hari daftar bukan main lagi cakap tak nak pegi sekolah kan. Teruja di tempat baru la ni. Masa ni tak ramai lagi yang sampai.


Whatapps daripada cikgu tadika Abang Zaryth. Maka bertambah la group whatapps ibu yea hari ini. Tak henti-henti bunyi telefon bimbit ibu, yela semua pakat nak tahu keadaan anak-anak kat tadika tu. Macam-macam ragam yea, sampai merajuk tak nak makan.

Waktu tadika kemas Abang Zaryth
Pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari

Hari Isnin & Rabu - Baju Tadika KEMAS
Hari Selasa & Khamis - Baju Sukan (Buat masa ini pakai baju tshirt putih + seluar warna biru gelap)
Hari jumaat - Baju bebas.
Laporan Hari Pertama | Tadi tanya ayahnya dah ambil belum Abang kat tadika. Tanya lagi ok ke dia, ayahnya cakap udah pegi cucuk mata kawan dah..adoiii la anak. Tak nak makan pulak tuu...hemm...tu jelaaa cerita Abang Zaryth di hari pertama sekolah. Moga hari-hari lebih baik daripada hari ini yea abang.

Hari pertama Abang Zaryth di Tadika.
Nanti besar baca dan tengok sini jela sayang yeaaa apa Abang Zaryth dah buat..hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...