HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Monday, December 26, 2016

# AKTIVITI HUJUNG MINGGU # FAMILY

KEBAIKAN AKTIVITI MENYIAPKAN PUZZLE

AKTIVITI MENYIAPKAN PUZZLE | Assalamualaikum. Hari ini Sha nak kongsikan koleksi puzzle yang Abang Zaryth ada. Nampaknya Abang Zaryth menunjukkan minat dalam menyiapkan puzzle yang ibu belikan. Kalau dah berjaya siapkan, memang Abang Zaryth akan ulang buat puzzle tu..huhu..bangga dia bila ibu puji. Kenapa Sha pilih puzzle untuk aktiviti Abang Zaryth? Asalnya Sha memilih untuk muat turun puzzle ini dalam telefon bimbit sahaja, tetapi atas beberapa faktor terutamanya tidak mahu Abang Zaryth terlalu terdedah dengan gajet dan tentunya tak mahu anak main telefon bimbit ibu,,,ahahaha...jadinya Sha gantikan dengan kepingan puzzle yang betul sesuai dengan umurnya.





Puzzle kanak-kanak ini sebenarnya ada kebaikan :

1.  Harga Yang Murah
Sha tak kisah apa orang nak cakap. Memang Sha kedekut bab beli barang mainan tambah pula harga mainan yang agak mahal. Kalau beli yang murah sangat cepat rosaknya, Abang Zaryth ganas jugak cara mainnya. Contoh yang puzzle yang Sha belikan di atas boleh didapati hanya di kedai RM 2. Sha sedang bersabar menunggu Adik Fathia besar sikit nak beli puzzle yang 500 hingga 1000 keping, angan-angan nak buat sama-sama nanti sebagai aktiviti keluarga.

2. Perkembangan Otak Anak
Tujuan utama Sha belikan puzzle ini adalah untuk mengajar Abang Zaryth fokus dan tajamkan minda. Semoga dia menjadi insan yang kreatif juga memandangkan otaknya bekerja untuk memadankan dan meyiapkan susunan kepingan puzzle ini. Sebenarnya jarang juga Sha membuat aktiviti bersama Abang Zaryth, kini Sha cuba mencari sesuatu yang Sha boleh layan bersama dia.

3. Interaksi Dengan Anak
Sepanjang Abang Zaryth siapkan puzzle dia ada bertanyakan Sha dimana patutnya dia letak kepingan puzzle tu. Sha je yang kadang-kadang garang,,,ehehehhe,,,Sorry abang...Kalau dia bosan dia akan ajak Sha susun sama-sama.

4. Puzzle senang nak dapat, mengikut umur pulak tu.
Murah dan senang dapat. Memang terbaiklah. Untuk peringkat awal boleh ajar anak dengan puzzle yang paling ringkas. Nanti kita kasi up lagi cabaran tu yea.

5. Aktiviti Indoor
Jika anda tidak berpeluang membawa anak ke taman atau aktiviti luar rumah. Apa salahnya isi masa dengan bermain susunan puzzle ini. Masih dapat luangkan masa bersama-sama anak anda bila-bila masa.

Pendek kata, selagi boleh memberi manfaat kepada anak khususnya secara tidak langsung juga memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga tidak salah memilih permainan puzzle sebagai salah satu aktiviti menggantikan aktiviti lain seperti game lain dan video berbentuk elektronik zaman kini.

4 comments:

  1. Yela bagus sebenarnya puzzzle ni.. Nampak simple tapi quite challenging..
    Especially for kids..

    ReplyDelete
  2. mmg seronok buat puzzle ni.. satu terapi sebenarnye.. teringat arwah makcik dlu.. dia baru nk pulih dr sakit.. hari2 dia buat puzzle ni... beli dkt kedai RM2 je pun.. dr muram suram Alhamdulillah boleh senyum mcm selalu.tp semua tu tinggal kenangan dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke...memng 1 terapi tuu,,Al-Fatihah utk mak cik eyda tu yea..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi