Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KUKUS NASI DAGANG LEBIH JIMAT MASA DAN CEPAT

KUKUS NASI DAGANG LEBIH JIMAT MASA DAN CEPAT | Memandangkan hidup di negeri orang, bila tiba waktunya Sha teringin nak makan masakan pantai timur terutamanya nasi dagang ori kena rajin-rajinlah masuk dapur. Bukan tak ada kedai-kedai berdekatan, tetapi mungkin cara masak yang berlainan menghasilkan rasa yang tidak sama dengan nasi dagang ori terengganu. Paling senang, belajar resepi nasi dagang dengan mak yang sudah tentunya Sha membesar dengan masakan mak. Walaupun tidak sesedap Mak, tapi rasa pantai timur tu ada..hihihi..
Kebiasaan Sha masak nasi dagang dengan kuantiti banyak, 2 atau 3 kilo beras. Semestinya setiap kali balik kampung Sha akan mendapatkan beras nasi dagang dari kampung,beras yang biasa Mak Sha gunakan selama ini. Ada orang ajar campur je beras biasa dengan beras pulut, Sha gagal bab itu tambah pula pernah cuba dan hasilnya tak memuaskan hati jadi mudah beli sahaja beras kat kampung bawa balik ke rumah Sha.
Memandangkan proses mengukus nasi dagang ini suatu kerja yang agak mengambil masa, menyebabkan Sha akan masak lebih untuk rakan-rakan pejabat, rakan suami dan pengasuh anak-anak supaya berbaloi dengan penat lelah dan tidak cukup tidur untuk menyiapkan nasi dagang terengganu ini. Akhirnya Sha membuat keputusan membeli sebuah pengukus elektrik yang boleh membantu Sha menjimatkan masa mengukus dan tidak perlu berjaga malam lagi seperti kebiasaan yang kadang kala bekalan gas habis ketika dalam proses mengukus..hihi..
Alhamdulillah, hari ini Sha dapat menikmati Nasi Dagang tanpa rasa mengantuk tidak cukup tidur. Tidak perlu tidur pukul 2 pagi bangun pukul 4 pagi lagi. Maklumlah, sepanjang memasak tuu kadang-kadang anak kecil merengek minta dilayan dahulu selepas itu sambung balik masak.
Ok,biasanya Sha guna pengukus ini untuk masak nasi dagang. Pengukus ini Mak Sha yang bagi selepas Sha kahwin.


Kini lebih mudah dengan Food Steamer ini.


Alhamdulillah dengan percubaan pertama membuahkan hasil yang memuaskan hati,lain kali nak masak stim apa-apa pun dah mudah.


Selepas ini dah boleh masak untuk kuantiti sikit dah, boleh guna hanya 1 tingkat sahaja untuk masak-masak untuk family. Bayar elektrik jela sekarang..huhiha
Sekian.

Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. kena makn lg tuu..huhuhu..sha memg xleh berpisah ngn nasi dagg ni

      Delete
    2. Assalam blh bgi cara2 kukus pakai steamer elektrik tak?

      Delete
  2. Nasi kukus memang sedap.
    Ubi pun sedap kalau kukus.

    ReplyDelete
  3. Blogwalking sat.

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sha, akk pun dh lama sgt tk buat nasi dagang, nak mkn nasi dagang tunggu blk teganu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..yaka...Sha lama2 xleh thn kak..tu yg kena ada stok beras & rempah nasi dagg kt umah..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi