Sunday, November 06, 2016

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Daging Masak Merah Ala Thai | Assalamualaikum..tengah buat apa tu sahabat-sahabat maya? Hari ini free sikit nak jenguk blog yang tak berapa aktif sejak sebulan dua ni..mungkin tahun baru 2017 ini akan lebih baik. Tak ada idea sangat nak masak hari ini, tapi tetap kena masak untuk suami dan anak-anak tersayang kan..jadi terhasillah Daging Masak Merah Ala Thai Simple ini. Alhamdulillah, lembut je daging ni..sedap lah makan..bahan-bahan pun pakai sukat suka hati je..

BAHAN-BAHAN

Daging
Pewarna merah
Air
Sos Ikan
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Lobak Merah ( hiris tidak terlalu nipis )
Bawang Putih (ditumbuk)
Bawang Besar ( potong bulat)
Cili Merah
Cili Burung ( pada yang suka pedas)
Minyak masak
Garam
Gula


Daging direbus dengan pewarna merah atau sirap. Sha tak ada pewarna,jadi sirap pun ok laa.


Air rebusan dah mula kering, sha mula letakkan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan sos ikan. Gaul sebati semuanya, masukkan lobak, bawang besar, cili merah, cili burung.


Jika perlu perasakan lagi dengan garam dan gula, jangan terlalu banyak.

OK, siap boleh makan bertambah- tambah walau simple je kan.
Sekian, Terima Kasih.

6 comments:

  1. Sedapnya..oo rebus daging guna pewarna merah...patut la merah jadinya...ok nanti SA nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahha..suami sha ckp igtkan darah daging byk..

      Delete
  2. oooo kene bg pewarna yek...
    bg sirap tak bau wangi ke?
    senang rupenye nk msknya... selalu ingat mcm ssh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde bau sirap pun sis...huhu...tu laa..ni kira yg simple je..

      Delete
  3. Sedap je nampak. Kita masak gak tp tak letak pewarna.
    Nampak dull sikit la. Huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...