Tuesday, September 20, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena | Agak lama Sha tak menyertai giveaway rakan-rakan blogger ni. Hari ini nak join giveaway ini,moga ada rezeki hadiahnya comel sangat. Syaratnya Alhamdulillah,ringan tidak akan membebankan kawan-kawan jadi jom kita meriahkan lagi GA ini. Kepada yang nak join boleh klik banner di bawah yea :

http://arwendanish.blogspot.my/2016/09/giveaway-mangkuk-tingkat-by-el-darwena.html

TEMPOH GIVEAWAY BERLANGSUNG
-----------
 15 SEPT 2016 HINGGA 15 OKTOBER 2016

TIGA POSISI MENYUSUKAN ANAK KEMBAR

TIGA POSISI MENYUSUKAN ANAK KEMBAR | Seronoknya dapat 2 orang bayi sekali gus!!Siapa di sini mempunyai anak kembar? atau bakal menimang cahaya mata kembar tidak lama lagi? Alhamdulillah rezeki anda,sebab tidak semua orang berpeluang mendapat anak kembar. Sudah bersediakah anda untuk menyambut orang baru dalam kehidupan dunia ini? Setiap ibu akan mengimpikan agar dapat memberikan anak mereka yang terbaik termasuklah makanan pertama bayi mereka iaitu susu ibu. Hari ini Sha nak berkongsi posisi penyusuan untuk anak kembar.

1. Posisi mengendong [ The Cradle Hold ]
Peluk kedua bayi dengan kepala diletakkan pada lekuk siku tangan anda. Kepala bayi yang menyusu pada payudara kanan,diletakkan pada lekuk siku tangan kanan anda dan sokong dengan tapak tangan anda. Sebaliknya jika menyusu pada payudara kiri. Arahkan badan bayi sehingga telinga bayi berada sabaris dengan tangan bayi yang ada di atas. Seperti dalam gambar :


2. Posisi Clutch atau Football Hold
Kedua kepala bayi disokong dengan telapak tangan ibu,sementara badan mereka diletakkan dibawah kedua tangan anda. Bila menyusu bayi pada payudara kanan,maka anda akan memegangnya dengan tangan kanan. seperti juga sebaliknya. Letakkan tangan anda di atas bantal pada pangkuan anda kemudian sokong bahu,leher dan kepala kedua bayi anda dengan kedua belah tangan. Arahkan mulut bayi ke puting susu. Biarkan kakinya menjulur ke belakang.

3. Posisi Gabungan.
Salah seorang dengan posisi menggendong dan seorang lagi dengan menyangga kepala. Buat secara bergilir ikut keselesaan ibu-ibu sendiri.






Sekian perkongsian pada petang ini.
Terima Kasih.

----------tt---------------
With Love,Sha.

Sunday, September 18, 2016

DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU ??

DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU ?? | Wahhhhh...bukan main tajuk drama baru ni..Sha bukan nak cerita pasal drama ni laaa..tapi nak pacak sikit kenangan dekat sini. Tapi tak ada laaa babak cintan cintun dalam kenangan Sha ni..takdak gedik-gedik..ahahaaha..

Sha tak pernah tonton penuh pun drama ini,tapi tengok iklan ada babak pegawai bomba pergi mengajar latihan untuk Kadet Bomba & Penyelamat sekolah tu,macam tertarik pulak nak tonton tapi belum berpeluang.

Kenapa tertarik? Teringat pulak Sha zaman sekolah dulu memang aktif dalam Kadet Bomba & Penyelamat di sekolah. Daripada tingkatan 1 memang sertai Kadet Bomba & Penyelamat ini,tapi masa tu kadet sekolah tak berapa aktif dalam tingkatan 3 barulah nampak aktif dengan aktiviti kawad kaki dan ujian sebagai ahli kadet.
Masuk tingkatan 4 Sha dah berpindah masuk ke Sekolah Menengah Teknik Besut (SMTB) juga memilih menjadi Ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMTB. Kecenderungan kearah itu lebih menebal daripada menyertai kadet lain. Pada tahun penyertaan Sha dalam kadet ini rezeki amat luas buat skuad kami sebab antara sekolah-sekolah dalam daerah,sekolah kamilah paling terbaik.....keh3.....puji skuad sikit. Ya,sekolah Sha yang akan mewakili daerah ke perkhemahan peringkat negeri selama 2 tahun Sha berada di SMTB.


Alhamdulillah Sha memiliki Senior dan Junior yang sentiasa bekerjasama di tambah pula dengan ABANG BOMBA yang melatih kami. Mereka yang kami panggil cikgu amat-amatlah kami hormati sehingga kini. Masih berhubung sesama kami ahli kadet,hidup dengan kenangan yang kami kecapi sepanjang melalui suka duka dalam kadet terutamanya kawan-kawan sekolah yang sebaya.

Tidak habis disitu jodoh Sha dan Kadet Bomba & Penyelamat ini, tamat SPM Sha mengambil keputusan untuk menduduki STPM dengan bersekolah di sekolah harian biasa untuk Tingkatan 6 sekali lagi Sha mengambil keputusan untuk menyertai Kadet Bomba & Penyelamat dengan anggapan kadet sekolah ini tidak aktif tambah pula mak sudah pesan jangan terlalu aktif macam dulu. Takdir Sha ,SMTB tidak dapat mewakili daerah tahun itu dan atas beberapa sebab sekolah Sha yang baru perlu mewakili daerah. Ya,cikgu sama yang mengajar Sha daripada tingkatan 3 sehingga Sha tingkatan 6 masih bertugas untuk melatih skuad daerah. Jadi,Sha masih perlu bergerak aktif walaupun tidaklah seaktif berada di SMTB.

TERIMA KASIH CIKGU NARADIN,CIKGU HASYIDAN, CIKGU ZANAFI,CIKGU ILA ,CIKGU ALIAS dll
Antara Pegawai Bomba & Penyelamat Balai Bomba Kampung Raja dan Balai Bomba Seberang Jerteh yang mengajar Sha latihan kawad kaki dan latihan menyelamat.

Kenangan SMAIJ 2000/2002
Kenangan SMTB 2003/2004
Kenangan SMKSN 2005/2006

Thursday, September 15, 2016

AIDILADHA 2016

AIDILADHA 2016 | Alhamdulillah sempena cuti AidilAdha 2016 ini Sha mengambil peluang membuat majlis aqiqah Adik Fathia. Rezeki seekor kambing biri-biri yang dibeli 2 minggu sebelum raya.

Alhamdulillah,selesai aqiqah Adik Fathia.

 Abang Zaryth di hari raya AidilAdha

 Pak cik-pak cik lapah daging kambing biri-biri.

Sambil tunggu gulai kambing biri-biri masak. Tok de Adik Fathia tolong opah masak.

Sha bersama kawan baik dari kecil,2 pupu sebenarnya ...dari dalam perut lagi kami kawan..ahahhaha...kawan gaduh,kawan nakal,geng gurau ganas...

Bakar daging kambing dan daging lembu..fuhhh...makan dengan nasi panas.

Hari last sebelum balik perak,lepak pantai dulu selepas beli stok keropok orang kirim dan stok rumah sendiri. Hari itu, 13 sept 2016 pantai bukit keluang ini dibanjiri pelawat yang lebih daripada biasa cuaca baik dan pelbagai aktiviti sudah wujud disini.

 Nak naik banana boat belum berkesempatan. Mungkin lain kali.

Selepas ini mudah-mudahan Sha dan keluarga dapatlah membuat ibadah korban setiap tahun hendaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...