Tuesday, August 30, 2016

DOBI LAYAN DIRI DI BATU GAJAH,PERAK.

DOBI LAYAN DIRI DI BATU GAJAH,PERAK. | Jika ada yang tertanya-tanya adakah Batu Gajah,Perak mempunyai dobi layan diri jawapannya adalah YA,ADA. LAUNDRY HUB terletak berhampiran dengan beberapa kedai seperti 7 Eleven Batu Gajah, Restoran Snana Dan TF Value Mart Batu Gajah.
Semalam kali pertama Sha mencuba dobi layan diri ini untuk mencuci toto memandangkan malas melanda diri ini..ehehehe...nasib laaa tak lama tunggu mesin kosong,kalau tak memang lama lagi kena tunggu sebab lepas kami guna 1 mesin..datang la kakak-kakak bawak 2-3 bakul kain yang perlukan 2-3 mesin jugak.

 Tukang jaga mesin...ahahahaha

 Jakun kejap,,,ahahahha,,padahal ringkas je arahannya.

Mesin Pencuci.

 Mesin Pengering

Sedia duit cukup-cukup yea!!

Selamat mencuci!!
Selamat Hari Merdeka!!

Sekian laporan khidmat masyarakat daripada saya Shalimar.

Friday, August 26, 2016

ULANG TAHUN KELAHIRAN ADIK FATHIA YANG PERTAMA

ULANG TAHUN KELAHIRAN ADIK FATHIA YANG PERTAMA | Entry ke 500..Seperti tajuknya hari ini 26 ogos 2016 adalah hari lahir anak ke- 2 Sha iaitu Nur Zaryth Fathia yang pertama. Fathia dilahirkan pada 26 Ogos 2016 pada jam 5.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian , Kelantan selepas 7 hari melepasi tarikh jangka bersalin iaitu pada 19 Ogos 2015.

KOLEKSI GAMBAR ADIK FATHIA OGOS 2015-OGOS 2016

Alhamdulillah, Adik Fathia membesar dengan sihat seperti Abang Zaryth. Lumrah anak,lain anak lain ragam ye tak?Seperti ibu-ibu lain tak ada doa yang tak elok untuk anak-anak semuanya ingin yang terbaik. Semoga Adik menjadi anak yang solehah,baik budi pekerti, suci hati , dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki selalu dan dilindungi dengan rahmat Yang Maha Esa.

CIUMAN DI PAGI HARI LAHIR 26 ogos 2016
 IBU LOVE ADIK..

Friday, August 12, 2016

RESTORAN D'LENGKUAS SERI ISKANDAR

RESTORAN D'LENGKUAS SERI ISKANDAR | Hari ini member teringin nak makan mamak,tapi kami keluar dah pukul 1 petang, semua kedai makan mamak tutup 1 jam bagi memberi laluan kepada waktu sembahyang jumaat. Jadi kami pusing-pusing cari kedai makan lain memandangkan sudah bosan menjadi pelanggan tetap kepada 2-3 kedai makan sekitar bandar seri iskandar ni.

Kali ini kami mengambil keputusan untuk mencuba di Restoran D'Lengkuas Seri Iskandar. Erm, boleh tahan jugak pilihan lauk pauk yang ada. Mata dah terjeling nasi kerabu,tapi tangan dah cedok nasi putih..huhuhu..yang penting lauk Ikan Tongkol Singgang ,ulam dan budu tu ada kat sini.


RM 4.50 termasuk air kopi ais.
 



Ais kosong dan pencuci mulut disediakan secara percuma.
 Menarik!....tadi ada bubur caca...sedap...
Lain kali boleh cuba lagi.
Restoran ini pun tahap kebersihan sangat puas hati.

RESTORAN D'LENGKUAS
Setiap Hari Kecuali hari Isnin
Jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
Berdekatan Mc Donalds Seri Iskandar.

Lepas ni boleh jadi port makan tengah hari dah...

Thursday, August 11, 2016

AKTIVITI BEST BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA

AKTIVITI BEST BERSAMA RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA | Kebiasaan pada hari minggu dan hari-hari cuti pasti akan terfikir apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai dilakukan bersama rakan-rakan atau bersama keluarga tersayang. Seperti Sha memang meminati aktiviti luar rumah dan bergerak melihat persekitaran menikmati alam semulajadi.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan diwaktu terluang anda adalah seperti :


1. Aktiviti Berbasikal. Belum ada basikal laa pulakk...ahahhaha..kat mana paling best berbasikal contohnya macam ni Berbasikal di Putrajaya

2. Mendaki bukit atau gunung. Yang ini biasanya jika tiada aral pada hari sabtu naik bukit jelaa.. Nak tengok rupa Sha naik bukit macam ni jelaaa.. antaranya BUKIT KLEDANG IPOH

3. Camping. Tak berapa sesuai dengan anak kecil sekarang..Zaman jadi pelajar dulu memang suka sangat .

Cadangan aktiviti lain anda boleh tengok sini 7 Aktiviti Outdoor Paling 'Best' Dilakukan Dengan Kawan-Kawan

Ok,esok dah hari jumaat. Lusa hari sabtu apa aktiviti anda?  Fikir-fikir laa yeaa apa yang terbisik dihati..

Tuesday, August 09, 2016

LOGO HARI MERDEKA 2016

LOGO HARI MERDEKA 2016 | Sudah 9 hari kita berada dalam bulan kemerderkaan iaitu bulan Ogos. Kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Ke-59 tidak lama lagi iaitu pada 31 Ogos 2016. Apakah tema dan logo untuk Hari Kebangsaan Ke-59 ini? Logo 2015 masih dikekalkan sebagai Logo Hari Merdeka 2016. Tema Sehati Sejiwa dengan '#sehatisejiwa juga dikekalkan bagi mencerminkan perpaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Negara Malaysia .


 KETERANGAN TENTANG LOGO HARI KEBANGSAAN 2016


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...