HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, July 20, 2016

MAKAN TENGAH HARI NASI KERABU

MAKAN TENGAH HARI NASI KERABU | Hari ini Sha dan 2 lagi kawan pejabat berpakat buat nasi kerabu. Macam-macam hal baru dapat makan,Sha salah hari bulan pulak masak hari ini,kawan bahagian ulaman rancangnya esok sebab malam ni baru nak pergi beli di pasar malam katanya. Adooiii...bahan lain semua sudah ada,jadi kami teruskan rancangan dengan pergi cari bunga kantan yang susah betul nak dapat ,kedai ke 6 bari kami dapat bunga kantan tu..fuhh...lega...tak da bunga kantan tak jadi la nasi kerabu tuu oiii...



Bila dah masak ni,bila bawa ke pejabat memang Sha tak reti pelawa orang makan sebab Sha tak pandai masak pun sebenarnya tapi bila rasa nak makan selera kampung sendiri kena la rajin sikit ke dapur kalau tak memang asyik kempunan laa tak dapat makan. Nasib juga ada kawan-kawan yang sama-sama suka. Dahla masak tak berapa pandai, ada pulak kawan-kawan jenis mulut macam - macam ni boleh buat rasa down sikit. Nak puaskan perut sendiri pun susah..huhuuhu...

Tapi yang penting puas hati laa dapat makan ramai-ramai tadi,sampai ke petang baru habis bekalan ni semua. Rancangan seterusnya adalah nasi dagang la pulak,sebab baru tahu ada geng makan nasi dagang ikan tongkol. Bukan apa,biasa Sha masak gulai ayam untuk suami je boleh laaa, sebab suami kurang bab ikan ni, jadi bila nak bawak ke opis juga tu macam malas sebenarnya. Sha rajin buat sebab nak makan ramai-ramai je,syokk......tapi bila mulut-mulut tidak diundang memberi ulasan ni Sha tak berapa berminat....so sorry.....biar orang kata makan itu sedap makan dengan ini sedap..biarlah...Sha suka sangat menjaga keaslian setiap hidangan lambang negeri.

Alhamdulillah.

9 comments:

  1. Replies
    1. xde la sedap sgt cik nor...tp puas lah dpt mkn ramai2..dpt realisasikn permintaan kekwn,,

      Delete
  2. Assalam Sha,sedapnya nasi kerabu...tak kisahlah orang kata apa,dapat buat sendiri tentu satu kepuasan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak...hah...betul..penat masak pun berbaloi..

      Delete
  3. Dahla mkn free kan, byk komen lsk, hihi...sabo je.
    Akk pun suka nasi kerabu, nasi dagang, org ganung kan, mestilah suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..betol tuu...ade je mslh..kih4..kadg terbantut mood...tp xkn krn org kita xnk mkn kan...

      Delete
  4. wah2.... kalau bt kt opis ramai2 mmg seronok lah nk mkn
    seronok nk msk2 lg... geram nengok ns kerabu yg penuh ngn lauk n ulam tuh

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi