setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000); 30 JUZUK SEPANJANG BULAN RAMADHAN shalimar yusof SHALIMAR YUSOF
HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Wednesday, June 08, 2016

30 JUZUK SEPANJANG BULAN RAMADHAN

30 JUZUK SEPANJANG BULAN RAMADHAN | Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T dapat lagi merasai bulan Ramadhan 1437H /2016 ini. Hari ini hari ketiga kita berpuasa,rasanya belum terlambat lagi untuk Sha mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan dan pembaca blog Sha ini.

Sempena Ramadhan kali ini,ketua Sha menyarankan untuk membuat kumpulan tadarus di pejabat. Alhamdulillah,terbentuklah 6 kumpulan tadarus yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang ahli kumpulan. Sha termasuk dalam kumpulan 4 yang perlu menyelesaikan juzuk 16 hingga juzuk 20 [ Surah An-Nahl,Surah Al-Isra,Surah Al-Kahf, Surah Maryam dan Surah Taha ], Sha memilih untuk mengambil surah Maryam...InsyaAllah.. Sha akan cuba menyelesaikan misi ini. Semoga di bulan yang mulia ini dapatlah kita menunaikan ibadah lebih daripada biasa.

SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi