HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, June 23, 2016

NOSTALGIA AIDILFITRI

June 23, 2016 15 Comments
NOSTALGIA AIDILFITRI | Sha pasti kawan-kawan mempunyai nostalgia aidilfitri masing-masing yang tersendiri. Pada zaman kanak-kanak ,remaja dulu menyambut Aidilfitri merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nanti walaupun puasa tak cukup...ehehheehhe.

Antara perkara paling yang Sha suka bila hampir tibanya Syawal adalah bertukar-tukar alamat dengan saudara mara dan kawan-kawan untuk berbalas kad raya,dulu pakai duit banyak beli kad raya dan setem. Kadang kala bertanding dengan mereka siapa lebih banyak dapat kad raya,kebanyakkan kad masih ada dalam simpanan Sha hingga hari ini. Zaman sekarang ini memang tak dapat kad raya,kecuali rakan-rakan blogger ada yang bermurah hati menghantar kad raya. Sekurang-kurangnya nostalgia kembali lagi.


Dekat kampung Sha dulu,kalau kawasan rumah tu Sha memang akan jadikan rumah tu rumah pertama pasang pelita. Ikut ayah cari kayu kat hutan untuk pacak pelita sekitar rumah. Ini pun nak tengok rumah siapa paling banyak pelita...hihihihi...Sekarang adik-adik Sha yang ambil tugas itu semua.Malam-malam tak takut nak jalan-jalan rumah saudara mara jalan kaki je,semua jalan terang. Budak-budak sekarang tak macam dulu sangat. Tak meriah sangat lah. Dulu jalan ramai-ramai pergi satu rumah ke satu rumah main mercun,singgah buat bising kejap lepas tu beredar ke rumah lain pulak.

Nostalgia lain yang korang boleh bezakan antara raya dulu dengan sekarang korang boleh tengok kat sini ------>> Anda Masih Ingat Tak Macam Mana Meriahnya Hari Raya Masa Kecil-Kecil Dulu? sekarang orang tua masa Sha kecil-kecil dulu dah ramai yang pulang ke Rahmatullah,jadi kurang sikit meriahnya tak dapat pegi jalan rumah diaorang dah. Sedih betul. Tak ada orang tua tak best wehhh raya.

Friday, June 17, 2016

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

June 17, 2016 14 Comments
Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis Tarikh keputusan diumumkan pada : 02.07.16 *Sabtu - - - - - - - - - - - Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . Semoga anda bertuah dan berjaya - - - - - - - - - - - Senarai peserta di SINI [tekan sini]
6) Paste-kan coding pada entry blog tersebut dan update post . 7) Tinggalkan link entry blog itu pada ruang komen entry asal [tekan sini]

Thursday, June 16, 2016

CUTI RAYA PUNYA PASAL

June 16, 2016 17 Comments
CUTI RAYA PUNYA PASAL | Ini bukan cerita hal suami isteri berebut nak beraya kat mana yea. Kenapa?Sha tak berebut ke? Tak berebut sebab Sha follow jadual balik kampung kakak-kakak ipar yang dah kahwin terlebih dulu, jadi tak perlu nak gaduh-gaduh bab tu di hari mulia ni. Tapi encik suami dan orang sekeliling suka mengusik Sha,dimomok dengan kesedihan, itu Sha akui pada raya pertama sebagai seorang isteri memang sedih sebab terkena giliran raya di kampung suami dulu. Sebenarnya kesedihan itu masih ada walaupun InsyaAllah akan melalui hari mulia bersama untuk ke-5 kali tak lama lagi anak pun dah ada 2 orang,tapi tak ada la sampai melarat membawa hati yang lara seperti awal dulu,sedih-sedih pun kena sabar ikut giliran jugakkan.

Semalam dapat berita seakan-akan cuti raya Sha tidak diluluskan. Menangis ooiii kalau betul,maka tidak dapat tidur lenalah Sha semalaman memikirkan nasib anak perantauan macam Sha ni. Orang tua mengharapkan kepulangan setiap anak yang jauh mencari rezeki dan membina keluarga jauh dari mereka.
Terdapat segelintir yang suka mengata malah yang mengata itulah yang tak pernah merasa bagaimana perasaan seorang anak rantau. Kadang mahu saja menutup mulut orang,tapi apakan daya.
Alhamdulillah, tak perlu bertegang leher dengan sesiapa akhirnya Sha mendapat jawapan bahawasanya cuti rehat raya Sha DILULUSKAN. Kenapa risau tak lulus ni? raya kan hari rabu dan khamis maka ramailah yang bercuti pada hari jumaat tu..Fuhhh...lega ya amat...dah 4 bulan tak jejak kampung wehh...lantak laa orang nak cakap apa...aku ada kampung aku nak balik kampung laaa...
Oleh kerana itu, Sha sangat bersyukurlah segalanya dipermudahkan.

Tuesday, June 14, 2016

SIAPA THE ROCK

June 14, 2016 6 Comments
THE ROCK | Buat peminat wrestling rasanya nama ini tidak asing lagi. Pada zaman World Wrestling Federation ( WWF) Vince Mcmohan dulu memang Sha jarang sekali ketinggalan melayan rancangan WWF ini bersama keluarga. Ketika remaja rajin juga Sha mengumpul gambar The Rock ini yang diperoleh daripada majalah, selain The Rock pada zaman itu antara yang popular adalah Triple-H, Kane , Hulk Hogan, Steve Austin dan ramai lagi.

Sekarang ini kelibat The Rock atau nama sebenar beliau Dwayne Johnson ini boleh ditonton di pawagam. Filem yang Sha yakin ramai orang minati iaitu The Fast Furios adalah antara filem yang dilakonkan oleh The Rock.



Kenapa Sha minat The Rock ni?? Inilah antara jawapan yang Sha dapat bagi 5 Perkara Yang Buat Orang Malaysia Suka Gila Dengan Dwayne ‘Rock’ Johnson.
Tak nak cakap banyak,memang di pentas wrestling dan di pentas lakonan beliau memang dapat menarik peminat untuk menonton hasil lakonan beliau. Tambah lagi Sha memang suka orang pandai angkat kening sebelah macam Ziana Zain...kih3

TIPS SELFIE

June 14, 2016 0 Comments
TIPS SELFIE | Hah!! Teknik selfie pun ada rupanya. Tak pernah pula cari teknik ni, padahal Sha selfie ni memang Sha GAGAL. Sebab tu laa Sha tak banyak gambar selfie,sekali sekala je selfie tak cantik padam terus..ehhehe..


Kalau nak tau 7 Langkah Penting Kalau Korang Nak Selfie nampak cantik terletak… Try Ar! , Sha pun nak praktis jugak lah. Takut pulak nanti penuh memory handphone terus kiok handphone ni...ahhaha..Sha selfie keras kejung jelaa...tak de amik gambar sipi-sipi dah..tegak je .
Jom sama-sama cuba 7 teknik ni .Ooooo..patut laa diaorang cantik je gambarnya yea.

Monday, June 13, 2016

5 TIPS MENGHADAPI CABARAN DI BULAN PUASA

June 13, 2016 12 Comments
5 TIPS MENGHADAPI CABARAN DI BULAN PUASA | Di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ini mungkin sesetengah orang menghadapi pelbagai cabaran.Mungkin juga ada yang rutin berjalan seperti biasa. Sha setakat ini sangat bersyukur kerana tidak menghadapi banyak masalah kerana mempunyai ruang waktu yang dilonggarkan untuk pulang awal daripada kerja berbanding biasa. Normal kerja juga tidak menuntut tekanan kerja yang terlalu berat.


Di sini Sha ingin berkongsi 5 tips untuk menghadapai cabaran yang datang. Kawan-kawan menghadapi masalah macam mereka ni tak??--> Cabaran-cabaran di bulan puasa dan jalan penyelesaian.

1. PERBETULKAN NIAT

2. JAUHKAN DIRI DARIPADA MEDIA SOSIAL

3. ELAKKAN TENGOK MAKANAN

4. JANGAN SKIP WAKTU SAHUR

5. AMBIL MAKANAN YANG CUKUP KHASIAT SEMASA BERSAHUR

INSYAALLAH...MOGA TERHINDAR DARIPADA MENGHADAPI BULAN PUASA DENGAN KEADAAN TERTEKAN.

THE CONJURING 2

June 13, 2016 5 Comments
THE CONJURING 2 | Ramai dah ke yang pergi menonton cerita ni? Sha memang peminat cerita seram ni, tapi belum berkesempatan dan biasanya tak ada la Sha ke pawagam. Sha seorang yang sabar menanti cerita ni boleh di muat turun nanti..hihiihi..kedekut betul lah,tambah pula sekarang bulan puasa.

Nanti nak menonton cerita ini kena panaskan balik tengok balik The Conjuring 1. Sekarang ini kalau tunggu nak tengok cerita seram di seram sabtu kebanyakkan tidak mencapai tahap cerita seram atau cerita hantu yang best sangat. Anak sulung Sha sekarang pun kalau tahu ibu dia nak tengok cerita hantu punyalah sibuk nak tengok juga.
Sebelum tengok cerita penuh tu, boleh la tengok sini 5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Korang Demam Panas Sebulan. Berani Tengok? . Macam tak sabar pulak nak tengok cerita penuh The Conjuring 2 ni.
Teringat pulak ketika mengandungkan Adik Fathia,hari-hari mesti nak tengok cerita hantu. Tak tahu lah kenapa,lepas bersalin dah kurang tabiat tu.macam biasa jarang-jarang sekali nak tengok jugak cerita seram ni.

PENGGEMAR KARI

June 13, 2016 8 Comments
PENGGEMAR KARI | Siapa? bukan saya...hihihi..Kalau suami Sha memang antara penggemar kari,sudah terbiasa daripada kecil kot. Sha ni kategori sukakan sup berbanding kari,itulah antara perbezaan Sha dan suami. 


Tapi tak tahu pulak Sha penggemar kari ni ada tabiat luar biasa. Cuma kalau macam suami Sha dia cakap kalau masak lauk kari hari-hari pun dia suka. Apa lagi tabiat orang suka kari ni yeaa? ------------------------------------------------>>>>>>>>


Kawan-kawan Sha kat sini pun mesti ramai yang suka makan kari kan? Sebab tu la Sha tak berapa suka pergi kedai mamak. Lagipun memang Sha membesar di kawasan yang memang susah jumpa kedai mamak..Tapi bila dah kahwin ni,kena laa juga ikut selera suami dan pandai-pandailah kita sesuaikan dengan lauk lain.

Saturday, June 11, 2016

TIPS MENERIMA TETAMU DI HARI RAYA NANTI

June 11, 2016 10 Comments
TIPS MENERIMA TETAMU DI HARI RAYA NANTI | Macam mana kawan-kawan menghadapi situasi  menerima kunjungan tetamu secara tiba-tiba tanpa membuat rumah terbuka? Mungkin bagi yang dah biasa,dah mahir di dapur perkara ini tiada masalah.


Kalau Sha memang kelam kabut dah maklumlah tak berapa mahir di dapur dan jarang sekali menerima kunjungan di hari raya memandangkan pada hari raya Sha sekeluarga akan pulang ke kampung suami dan kampung Sha sendiri dalam tempoh yang sedikit lama berbanding biasa. Nasib lah terbaca di sini ---->> Segala perkara yang perlu korang tahu agar tak perlu risau bila Raya muncul tahun ni... boleh membantu sha untuk lebih awal membuat persediaan.

SELAMAT BERSEDIA YEAA

Friday, June 10, 2016

JADUAL PERLAWANAN EURO 2016

June 10, 2016 10 Comments
JADUAL PERLAWANAN EURO 2016 | Peminat sukan bola sepak pasti sudah sedia maklum akan jadual perlawanan yang akan berlangsung mulai esok 11 Jun 2016 ( Sabtu ). Di sini Sha kongsikan jadual perlawanan Euro 2016 untuk peminat bola sepak sekalian.


Mana satu pilihan anda? Perlawanan Euro 2016 boleh ditonton secara langsung di kaca televisyen melalui saluran TV3 dan ASTRO. Ingin tahu macam mana anda tidak akan terlepas tayangan? Klik sini------------------------->>> EURO 2016 SLEEPING SCHEDULE
Pastikan anda tidak ketinggalan menyokong pasukan yang anda minati.

SUNTIKAN MMR PERTAMA ADIK

June 10, 2016 8 Comments
SUNTIKAN MMR PERTAMA ADIK | Cerita dah lama dah saja nak pacak sini. 1 Jun 2016 ( Rabu ) yang lepas Adik Fathia telah mendapat suntikan MMR pertamanya yang mana MMR [Measles,Mumps & Rubella] ini adalah vaksin untuk Campak,Beguk dan Rubella. Kebiasaanya suntikan ini diberi pada umur 1 tahun,tetapi kini bayi yang lahir selepas Jun 2015 perlu disuntik pada umur 9 bulan dan dos ke-2 pada umur 1 tahun.

Tak menangis langsung Adik Fathia ni,good.

Sekarang Adik Fathia sedang menunjukkan tanda-tanda meringankan badan dah pandai berdiri sendiri . Mungkin menyahut cabaran ibu untuk pandai berjalan pada hari raya nanti..hiihihi..tapi gigi satu pun belum tumbuh,biasa ke tu??

Hari ini Adik Fathia dah 289 hari lebih kurang 11 hari lagi akan cukup 10 bulan. Dah besar dah dia,tak lama lagi boleh buat kawan sembang dah..Mwaahhh..luv u anak.

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

June 10, 2016 15 Comments
Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Thursday, June 09, 2016

NIKMAT BERSAHUR & BERBUKA DENGAN ANAK KECIL

June 09, 2016 4 Comments
NIKMAT BERSAHUR & BERBUKA DENGAN ANAK KECIL | Nikmat ke?hihiihi..Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T yang baik. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Mempunyai 2 orang zuriat yang masih kecil iaitu seorang putera berumur 3 tahun 8 bulan dan seorang puteri berumur 9 bulan. Memang mencabar sikit ada baby ni,kena dia pun bangun jugak waktu bersahur, mood tak elok makan sebelah tangan pegang dia sebelah tangan la jawabnya. Pengalaman ini hanya dirasai ketika mereka kecil sahaja, bila waktu tidur mereka sudah tetap semuanya hanya tinggal kenangan.

Antara nikmat yang anda sedar atau tidak semasa bersahur & berbuka dengan anak kecil :



Kemeriahan Sewaktu Bersahur & Berbuka.

Anak yang boleh makan sendiri macam Abang Zaryth memang kena sedia makanan dia sekali [ macam biasa ] Yang baby pulak kalau terkena dia tak ada mood, sedia juadah sebelah tangan jela Si ibu memandangkan Adik Fathia ni memang suka berkepit dengan ibu bebanding ayah. Abang Zaryth laa yang selalu mengingatkan supaya baca doa dahulu sebelum makan, air kosong wajib sediakan untuk dia sebelum makan. Kadang dia makan menambah lebih daripada orang berpuasa. Baru 2 orang dah riuh ibu nii...


                                                      
                                                      Jam Loceng Semulajadi


Setakat ini belum terbabas sahur. Al-maklumlah pukul 3 atau 4 pagi Adik Fathia dah bangun minta susu. Automatik tengok jam berapa, lepas tu memang tak berapa nak lelap dah. Lepas selesai Adik Fathia menyusu biasanya Sha bangun terus ke dapur atau menyelesaikan apa yang patut. Tapi setakat ni tak ada la balun tidur dekat pejabat. hihihihi..





Murah Rezeki

Jangan risau!! Setiap anak ada rezeki masing-masing.







Jadi Seorang Yang Lebih Sabar

Bukan sesuatu yang mudah nak melayan kerenah anak-anak kecil sewaktu berbuka dan bersahur. Abang Zaryth dah besar ok la sikit, Adik Fathia memang suka orang pegang dia. Nah suap dia nasi penyet2 sikit diam la kejap. Kalau dia duduk diam syukur sangat kalau nak makan dia nak manjat-manjat ibu,memang istigfar la ibu.




Menguatkan ikatan suami-isteri.

Situasi bersahur & berbuka ini 1 bulan sahaja dalam setahun. Jika bulan lain anda dan pasangan relaks,bulan ini terikat dengan waktu imsak dan waktu berbuka. Jadi kerjasama dan tolong-menolong perlu ada dalam hubungan suami isteri. Contohnya : Bulan puasa ni laa paling kerap dapat merasa air tangan suami, yes!! Dia masak kita jaga anak-anak.



HARGAILAH SAAT-SAAT INDAH SEMASA MEREKA MASIH KECIL INI. SESUNGGUHNYA KEHADIRAN MEREKA ADALAH PEMBAWA REZEKI DALAM RUMAH TANGGA. BERSYUKURLAH KERANA RAMAI LAGI YANG BELUM TIBA REZEKI MEMILIKI ZURIAT SENDIRI.

RESEPI SAMBAL KELAPA

June 09, 2016 16 Comments

RESEPI SAMBAL KELAPA | Semalam Sha mencuba resepi yang blogger ANA JINGGA kongsikan memandangkan lama dah tak makan sambal macam tu. Tambah pula bahan-bahan yang Kak Ana senaraikan memang sudah tersedia ada dalam peti sejuk Sha.


Lagi pula tak perlu nak berebut dapur masak dengan Encik suami, kita pakai lesung dengan sudu mangkuk sahaja. 

BAHAN-BAHAN :

Bawang merah
Kelapa Parut
Cili merah
Cili api
Belacan sikit kalau nak
Garam
Jus limau-Sha pakai limau kasturi
Sha tambah gula sikit...

CARA-CARA :

Tumbuk bawang merah, tambah cili, tambah kelapa parut,tambah belacan,tambah garam,tambah gula,perah jus limau..kacau sebati.


Ada la derhaka sikit dengan resepi Kak Ana...sebab Sha tumbuk semua...hihihi..Fuh...putih-putih kelapa parut dah menjadi merah-merah sikit. Makan dengan ayam masak kari kering masakan suami sangat membangkitkan selera. Terbaik sambal kelapa @ sambal nyor yang simple ni.

Kredit : TERIMA KASIH KAK ANA JINGGA

Sha tak ada banyak resepi, tapi nak jenguk-jenguk boleh laaa...peace!!!

PAGE RESEPI SHA

Wednesday, June 08, 2016

30 JUZUK SEPANJANG BULAN RAMADHAN

June 08, 2016 0 Comments
30 JUZUK SEPANJANG BULAN RAMADHAN | Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T dapat lagi merasai bulan Ramadhan 1437H /2016 ini. Hari ini hari ketiga kita berpuasa,rasanya belum terlambat lagi untuk Sha mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan dan pembaca blog Sha ini.

Sempena Ramadhan kali ini,ketua Sha menyarankan untuk membuat kumpulan tadarus di pejabat. Alhamdulillah,terbentuklah 6 kumpulan tadarus yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang ahli kumpulan. Sha termasuk dalam kumpulan 4 yang perlu menyelesaikan juzuk 16 hingga juzuk 20 [ Surah An-Nahl,Surah Al-Isra,Surah Al-Kahf, Surah Maryam dan Surah Taha ], Sha memilih untuk mengambil surah Maryam...InsyaAllah.. Sha akan cuba menyelesaikan misi ini. Semoga di bulan yang mulia ini dapatlah kita menunaikan ibadah lebih daripada biasa.

SELAMAT BERPUASA