setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000); RESEPI PUDING ROTI KARAMEL shalimar yusof SHALIMAR YUSOF
HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Friday, May 20, 2016

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

RESEPI PUDING ROTI CARAMEL | Antara puding yang Sha suka. Memandangkan bulan mulia bulan Ramadhan bakal tiba ini,mungkin ada yang suka berbuka dengan manisan seperti ini. Resepinya ringkas sahaja,tapi nak pacak jugak kat sini..

BAHAN-BAHAN CARAMEL :

3 Sudu besar Gula Pasir
1 sudu besar air panas

Cara-cara : Masak gula sehingga berwarna perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

 

4 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla dipukul dan ditapis.


BAHAN-BAHAN KISAR :

4 keping roti gardenia di carik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Seterusnya masukkan telur + esen vanilla yang telah ditapis ke dalam pengisar,kisar sekali dengan bahan kisar tadi.

Kemudian tuang hasil kisar ke dalam loyang yang telah tersedia karamel tadi. 
Kukus selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan. Alhamdulillah.. Siap..
PUDING ROTI KARAMEL

Sedap dan manis...

7 comments:

  1. mmg nampak manis nya kat situ ! huhu
    nk g try buat lah ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaaha..nmpk kn...kurgkn gula sket...heh!

      Delete
  2. wow! sedapnyaa.. tgk pun dah terliur! :D

    ReplyDelete
  3. dah lama tak buat..kalau makan ni sejuk2, memang mabeles rasanya

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi