Monday, May 09, 2016

PERTAMA KALI KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL

PERTAMA KALI KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL | Seperti tajuknya,macam tu la sebenar-sebenarnya. Al-Kisah hari sabtu lepas 7 mei 2016 jam 3.00 pagi Sha telah menampar "sesuatu" yang sedang bermain di kawasan telinga ketika tidur,ingatkan "sesuatu" itu telah terpelanting jauh dari Sha rupanya "sesuatu" itu telah pun memasuki telinga Sha.

Sekejap ok,sekejap sakit dalam telinga ni bila "sesuatu" tu bergerak.Mungkin cuba melepaskan diri tetapi gagal. Kebetulan pula masa itu suami tak ada di rumah. Sakit punya pasal,telinga pun dah merah terpaksa juga telefon suami untuk bawa ke hospital. Dalam kesakitan sempat juga google cara-cara mengeluarkan serangga masuk telinga.

Salah 1 petua yang ada adalah masukkan air,kemudian keluarkan dengan harapan "sesuatu" itu keluar bersama air. GAGAL . Mungkin "sesuatu" itu besar.

Petua ke -2, tutup lubang telinga yang tidak dimasuki "sesuatu" ,tutup mulut ,tutup hidung,kemudian hembus . GAGAL,masih "sesuatu" itu tidak keluar.

Dalam kesejukan malam dan hujan lebat, encik suami berusaha balik ke rumah dengan menaiki motor,kebetulan suami balik kampung. 4.22 pagi kami pergi ke unit kecemasan hospital berdekatan rumah,maklumlah nak bawak si kecil 2 orang ni sendiri susah.

Gambar hiasan adalah tak benar,ahahahaha...saya hampir nak nangis sambil baring.

Dalam 15 minit baru "sesuatu" tu berjaya di keluarkan. Seekor anak lipas!!! Minta jauh laa daripada masuk telinga anak-anak dan suami. Sakitnya boleh tahan masa suluh. Sakit lagi masa kena tembak air dalam telinga tu. Doktor bertugas pulak boleh boleh duk kata " eeee.....dia pandang saya lah", Apa-apa pun,Terima Kasih pada doktor dan MA bertugas Hospital Batu Gajah. Elok lah..cuci telinga sekali..hihihihi...Tapi anak lipas tu pun dah mati lemas dalam lubang telinga Sha ni. Selepas berjaya dikeluarkan,telinga dicuci dan dibekalkan ubat titis.


Sekian Kisah Bersama Anak Lipas di Unit Kecemasan.

6 comments:

  1. eeee...... kesian lipas tu... mesti mati keracunan masa dalam telinga tu... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaa,...semua ade,,,keracunan,kelemasan,,kepeningan...

      Delete
  2. alhamdulillah kan nasib baik takde apa2 dan boleh di keluarkan
    memang bahaya jugak kan kalau serangga masuk dlm telinga ni
    semut pun kdg2 ada chance jugak menyelinap dlm telinga kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tkut jg klu ke dlm..smpi gegendang tuu..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...