HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, May 27, 2016

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK KU

May 27, 2016 1 Comments
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK KU | Hari ini 27 Mei 2016 ulang tahun kelahiran adik Sha yang ke-16. Sha juga,tapi Shatina namanya..Dilahirkan pada 27 mei 2000. Masa itu Sha berada dalam tingkatan 1,baru merasa ada adik.


UCAPAN UNTUK TINA | 

Semoga sentiasa di rahmati Allah SWT
Belajar rajin-rajin,capai cita-cita
Jaga maruah diri,maruah keluarga
Semoga berjaya dunia akhirat
Semoga hidup diberkati oleh-Nya.

SELAMAT HARI LAHIR

Tuesday, May 24, 2016

ZAMAN MUDA ZAMAN SEKARANG

May 24, 2016 1 Comments
ZAMAN MUDA ZAMAN SEKARANG | Pelakon cina hong kong dulu-dulu dan masih berlakon sampai sekarang. Drama,filem Kung-Fu ,gaduh-gaduh, polis memang layan la dengan mereka ni. Pasti ramai peminat mereka ni,yakin!!

















 
Sha ni kurang ingat nama,tapi sekali pandang memang jarang tinggal tv.

Friday, May 20, 2016

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

May 20, 2016 7 Comments
RESEPI PUDING ROTI CARAMEL | Antara puding yang Sha suka. Memandangkan bulan mulia bulan Ramadhan bakal tiba ini,mungkin ada yang suka berbuka dengan manisan seperti ini. Resepinya ringkas sahaja,tapi nak pacak jugak kat sini..

BAHAN-BAHAN CARAMEL :

3 Sudu besar Gula Pasir
1 sudu besar air panas

Cara-cara : Masak gula sehingga berwarna perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

 

4 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla dipukul dan ditapis.


BAHAN-BAHAN KISAR :

4 keping roti gardenia di carik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Seterusnya masukkan telur + esen vanilla yang telah ditapis ke dalam pengisar,kisar sekali dengan bahan kisar tadi.

Kemudian tuang hasil kisar ke dalam loyang yang telah tersedia karamel tadi. 
Kukus selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan. Alhamdulillah.. Siap..
PUDING ROTI KARAMEL

Sedap dan manis...

Wednesday, May 18, 2016

Friday, May 13, 2016

KLIK,VIRAL DAN SHARE

May 13, 2016 0 Comments
KLIK,VIRAL DAN SHARE | Begitulah tajuk seminar yang Sha hadiri pada 11 Mei 2016 ( Rabu) lepas. Seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Munawir ini boleh disifatkan sangat berguna kerana ia melibatkan isu semasa yang mana setiap orang kebanyakannya memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial peribadi. Antara media yang ada sekarang ini adalah Facebook,Twitter, dan Instagram.

Penggunaan medium media sosial ini terletak pada tujuan sesuatu akaun itu dibuka,adakah untuk memberi manfaat atau memudaratkan ahlinya. Masyarakat teruja dengan kehadiran facebook kerana boleh berinteraksi  dengan ramai orang bahkan dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama. Disebalik manfaat ,tidak sedikit bahaya yang mengancam penggunakannya seperti profil digodam ,dijadikan alat penyebaran kebencian juga penipuan.






Ustaz Ahmad Munawir banyak menyentuh kaitan media sosial dengan rumahtangga yang mana kebanyakkan kes perpisahan yang terjadi kini adalah kerana media sosial yang telah mencuri perhatian lebih daripada mengambil berat tentang pasangan dan ahli keluarga. Sha sendiri sebagai isteri dan ibu bagai dicuit dengan ingatan yang disampaikan oleh ustaz. Sebagai manusia juga kita terlepas pandang,terlupa,tersengaja,terlalai dan pelbagai ter yang hadir bila telefon bimbit berada ditangan.

Hasil daripada perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama juga ada yang bertemu kembali dan bertanya khabar antara kekasih lama banyak dilaporkan sebagai punca pergolakkan rumahtangga. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana kes sebegini banyak direkodkan oleh pihak pejabat agama. Nauzulbillah...

Seperti yang banyak dikongsi di dinding facebook kini,satu media sosial baru seperti smule yang mana kegunaannya untuk berkaraoke telah mula menular. Kepada yang minat menyanyi mungkin untuk mengisi masa lapang adalah baik,tetapi disalahgunakan kerana didalamnya ahli-ahli boleh mencipta kumpulan atau kelompok sendiri,berkenalan dan mencipta dunia baru dalam kehidupan seharian. Seperti yang dikongsikan,terjadi perpecahan dalam institusi keluarga dan penurunan dalam prestasi kerja apabila ahlinya terlalu taksub dan terlalu memberi perhatian kepada dunia baru ini.

Walaubagaimanapun semuanya terletak pada diri sendiri untuk kita membahagikan masa dan mengawal pergaulan kita di alam maya ini. Peringatan ini juga adalah sesuai untuk yang blogger separuh masa seperti saya yang perlu mencari masa yang sesuai untuk membuat entry baru. Pastikan apa yang kita kongsikan dan sebarkan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan yang penting tidak mencetuskan perpecahan, pembuliaan dan pertelingkahan.

Sekian.

ADIK BULI ABANG

May 13, 2016 2 Comments
ADIK BULI ABANG | Haaaa..gitu laa...memang adik aktif lebih daripada abang sekarang ni. Walaupun adik tu perempuan..hiihihi...


Tengok bibir abang tu dah bengkak luka. Ceritanya dia main dengan adik,dia jadi kuda,anak pengasuh pegang adik jadi penunggang...salah langkah tersembam lah abang ke lantai. Kesian abang Zaryth.
Jangan terkejut sangat keliling bibir tu abang makan kek coklat...ehehehe...

Tuesday, May 10, 2016