Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MY BEAUTIFUL MALAYSIA

MY BEAUTIFUL MALAYSIA | Program di bawah Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS), Agensi Antidadah kebangsaan (AADK) juga tidak terlepas daripada tanggungjawab dalam menangani pelbagai isu terutamanya didalam isu sosial. Jika sebelum ini AADK menjalankan Program My Beautiful Malaysia ini dengan program-program seperti program menanam sejuta pokok kini AADK telah mengambil inisiatif menjalankan pembersihan disekitar kawasan yang dikenalpasti sebagai tempat [port] penagihan yang biasanya terdiri daripada rumah tinggal dan sekitar ladang.


Program ini dijalankan dengan kerjasama beberapa jabatan lain seperti RELA ,Majlis Daerah ,penduduk setempat dan NGO yang lain. AADK mempunyai 3 sayap penting dalam memberi perkhidmatan iaitu Penguatkuasaan, Pencegahan Dan Rawatan,Perubatan & Pemulihan, "My Beautiful Malaysia " ini dijalankan dibawah sayap Pencegahan yang mana sangat penting dalam Pencegahan awalan ke arah penagihan dan pencegahan penagihan semula.

 Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti membuat lawatan rumah ke rumah dalam menyampaikan perkhidmatan yang AADK sediakan.

 Aktiviti gotong royong dalam membersihkan port-port penagihan yang dikenalpasti hasil risikan awal. Dengan harapan mereka tidak lagi kembali tempat ini untuk melakukan aktiviti tidak sihat ini dan sekali gus menghilangkan rasa takut penduduk setempat.

Dengan harapan gejala tidak sihat ini dapat dikurangkan dengan pelbagai usaha yang dijalankan untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya dalam penyalahgunaan dadah.

Sekian, Terima Kasih

#AADKMalaysia

Post a Comment

0 Comments