HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Friday, March 11, 2016

# UMUM

KISAH AKU DAN HONDA EX5

KISAH AKU DAN HONDA EX5 | Hari-hari perjalanan ke tempat kerja aku akan melihat seorang pak cik menaiki sebuah motosikal EX5 ,dari segi luarannya seakan-akan ayah aku masa perjalanan pergi kerja sebelum berpencen hampir 5 tahun dulu. Setiap pagi buat aku senyum seorang diri mengingatkan kenangan itu. Tapi bukan aku nak cerita pasal pak cik tu atau ayah aku sendiri.

Rasa rindu pulak pada Honda EX5 dekat kampung. Ya, Sha sendiri mempunyai sebuah motosikal honda EX5 yang Sha gunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja dulu. Sekarang ini motosikal Sha berkhidmat untuk mak,ayah dan adik-adik di kampung. Sejak berpindah ke Perak 4 tahun dulu Sha masih tidak berpeluang pergi kerja dengan motosikal. Kali terakhir Sha naik motor jarak jauh semasa menghadiri Majlis Makan Malam Perpisahan yang rakan-rakan pejabat dulu adakan untuk Sha. Biarlah rupanya tak comel,tak berapa sesuai dengan gadis-gadis,tapi dia lasak....:P

Kenapa naik motor? Masa tu kereta dah masuk bengkel,Sha kemalangan kecil ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sesekali pulang ke kampung, Sha akan mengambil peluang tunggang motor pusing kampung bersama adik. Bila dah lama tak naik motor,mulalah macam-macam gayanya.Opsss...huhuuh...biasalahkan..
Sebenarnya Sha dengan EX5 ni dah lama berkenalan,masa sekolah lagi, belum ada lesen lagi masa tu. Semasa bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Besut, bila ada kelas tambahan ,malas nak duduk asrama jawapannya memang tunggang motor ke sekolah..Memang lesen tak de pun..lepas SPM baru buat lesen.

Tanpa lesen juga laa, Sha bantai je jalan-jalan ke rumah kawan-kawan masa raya atau masa tak raya.hihiihi...selalu laa hilang motor mak kat rumah tu.[Degil jugak aku rupanya] . Tu kenangan zaman remajaku bersama motosikal Honda EX5. Sekarang adik -adik aku pulak macam tu,aku nak marah lebih pun tak boleh..sebab aku pun macam tu jugak dulu..Tapi aku sediakanlah topi keledar..Tahun ni adik dari aku tu cukup 16 tahun nanti boleh terus buat lesen laaa

Bila dah masuk kerja, jarang sekali bawa kereta lagipun masa tu pakai kereta ayah je sebab ayah pun jarang guna kereta. Sha memang memilih untuk pergi kerja bawak motor,lebih senang pergerakkan. Konon pakai EX5 senang nak rempit ke mana-mana. Memang suka bawa motor beramai-ramai dengan kawan-kawan sekerja. Bila hari minggu kalau free akan konvoi ke air terjun. Balik kerja biasanya berkawan dengan Nana,kawan pejabat dulu dia pun beli EX5..huhuuhu.. Sekarang masing-masing lebih senang dengan kereta. Suami Sha pun tak berapa setuju dulu naik motor atas sebab keselamatan laa.

Apa-apa pun...TERIMA KASIH buat HONDA EX5 kerana banyak berjasa kepada ku dan keluargaku...

6 comments:

  1. Ena sampai skrg tak reti bawak moto lagi. Teringin nak bawak, tapi takut.. Hahahha kereta je reti bawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..kereta lg selamat...nak2 utk kaum hawa...hiks

      Delete
  2. hebat ko Sha, sempat ada pengalaman merempit eh bukan lah menunggang motor je ye, jap nak bagitahu ni, jangan cite kat orang lain tau, kak ana kan sebenaqnya naik basikal pun tak pandai tau, tapi kereta boleh drive sebab tayar empat, stabil huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe,,dulu2 kak..xpe kak ana...senang bwk kete je..nanti g shoping nk angkut barg byk sush..bwk motor terhad...hihih..tmbh ade aircond...fuhh...

      Delete
  3. Replies
    1. ahahaha..xde laa laju sangat...seriau jugeee

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi