Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ADAB MENZIARAHI IBU DAN BAYI BARU LAHIR

ADAB MENZIARAHI IBU DAN BAYI BARU LAHIR | Dalam kehidupan kita seharian diiringi dengan adab -adab tertentu. Pelbagai adab wujud dalam budaya hidup kita seperti adab makan, adab tidur,adab dengan orang tua dan sebagainya. Hari ini Sha ingin kongsi adab ketika menziarahi ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Bukan apa, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan. Sebagai ibu yang pernah melahirkan lagi laa faham akan keadaan yang dilalui si ibu yang sedang dalam pantang.
1 jam Adik Fathia Lahir Ke Dunia..Allahuakbar....

Antara adab-adab yang boleh kita jaga ialah :

1. Telefon untuk maklumkan kedatangan. Seeloknya melawat selepas 2 minggu beliau melahirkan. Jangan menziarah melepasi pukul 8.00 malam.

2. Bagi yang tidak sihat,boleh menziarah selepas sihat sepenuhnya. Jangan bahayakan nyawa bayi baru lahir.

3. Bertanya khabar ibu, elakkan terus terjah ke arah bayi.

4. Bawa buah tangan yang sesuai. Kalau bawa makanan,biarlah sesuai buat ibu berpantang.

5. Elakkan mengabgkat dan memegang bayi jika tiada keperluan.

6. Jika teringin nak pegang bayi,minta izin dulu daripada ibunya.

7. Pastikan pakaian kita bersih,dan jangan lupa basuh tangan sebersih-bersihnya dengan sabun terlebih dahulu.

8. Jangan terlalu bising dan riuh. Apatah lagi ketawa tak ingat dunia.

9. Jangan terlalu lama menziarah.Si ibu mungkin keletihan dan perlukan rehat.

Jadi,sama-sama kita beringat dalam menziarah. Sesungguhnya amalan menzirah adalah baik.

Post a Comment

0 Comments