Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ROTI TEMPAYAN DENGAN GULAI KAMBING

KEDAI MAKAN SEDAP DI BESUT,TERENGGANU | ROTI TEMPAYAN BERSAMA GULAI KAMBING RESTORAN PUTERI KAJOL, BESUT TERENGGANU | Salah satu agenda balik kampung pada cuti raya tahun baru cina baru-baru ini adalah nak makan roti tempayan dengan gulai kambing paling sedap pada Sha setakat ini. Mengenali kedai ini pada masa bujang dulu, semasa melepak ramai-ramai bersama kawan-kawan pejabat pada waktu malam.

Dahulunya kedai ini terletak di cabang masuk ke Balai Bomba Dan Penyelamat Seberang Jerteh, kemudiannya menurut tuan kedai sudah 5 bulan berpindah ke lokasi baru iaitu berhadapan dengan Masjid Kampung Padang Landak. Restoran ini berhampiran sempadan Terengganu-Kelantan, jika dari Kelantan,kedai ini berada di sebelah kiri anda. Sha mendapat tahu lokasi baru ini hasil kerjasama kawan-kawan dikampung yang memberi respon akan status facebook Sha sebelum balik kampung. TERIMA KASIH kawan-kawan, selesai jugak agenda kali ini.





Abaikan muka Encik suami saya yang asyik nonton bola, Ayah saya pun tak sabar nak ngap roti tu.
Nah, 2 biji seorang makan roti tempayan tu,semua makan dengan gulai kambing kecuali Encik suami saya,gulai ayam.

Puas Hati saya pada malam itu.
Nak tahu sedap betul ke tidak,kalau ke Besut, boleh la cuba .

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh tiba-tiba terasa lapar biarpun baru jer makan kuey teow goreng...

    ReplyDelete
  2. lama tak makan roti tempayan...paling win dapat kuah gulai yang sedap..baru nikmat makan roti tempayan tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2...bru sedap cicah..abes roti kite hirup bg licin mgkuk..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi