Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERSEDIAAN BEKALAN MAKANAN UNTUK FATHIA 6 BULAN

PERSEDIAAN BEKALAN MAKANAN UNTUK FATHIA 6 BULAN | 22 FEBRUARI 2016 [ISNIN] depan InsyaAllah genaplah Adik fathia 6 bulan, jadi ibu dan ayah dah mula buat persiapan untuk membuat bekal makan adik pada minggu depan. Sabtu lepas 13 Februari 2016 Sha dan suami mengambil masa untuk berdua dan menyelesaikan apa yang patut berdua, Abang Zaryth & Adik Fathia kami hantar pada mak pengasuh mereka. Tapi sebenarnya bukan ingin bebas daripada anak, sepanjang berdua kami tak lekang menyebut pasal anak-anak soleh solehah tu, dalam kereta pun borak pasal diaorang, pergi beli barang pun barang diaorang. Kalau dah nama menjadi ibu ayah ni,memang macam tu la kot.


Hasil tangkapan ibu ;
Bekas kedap udara 800 ml - beli dekat Mr.DIY  je.
Ice Tray bertutup untuk buat stok sayur blend & Stok Ayam- Beli dekat DAISO
Set Mangkuk + Sudu + Cawan - Beli dekat BABYMALL MANJAKU
Bekas kecil2 nak letak isi ayam,isi ikan plannya- Beli dekat TESCO

Hhehehehe..
Baru perasan banyak jugak tempat ibu ayah pusing hari tu yea..
Belum masuk tempat lain lagi.
Ok,hari minggu ni adik boleh makan dah yeaa...tak perlu nak terliur tapi tak leh makan lagi lepas ini.

Nanti tengok ekspresi muka Adik Fathia dapat makan macam mana.

Post a Comment

3 Comments

  1. ingat lagi dulu anak umur 6 bulan, first time bg makan puree..die boleh buat muke xsedap pastu luekkan..frust betul..hehehe..

    gud luck...;D

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi