Thursday, February 18, 2016

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI | Alamak, Sha memang tidur dengan anak-anak kat sebelah. Rupanya ada risiko bila kita tidur dengan bayi kita walhal kita nak menyenangkan urusan kita dan memudahkan kita memantau mereka. Bahaya sebab apa? takut nanti si ibu kepenatan,tidur tak sedar apa,tertindih anak pun kita tak sedar. Nauzubillah... Jadi,jom baca apa yang perlu bila kita tidur dengan anak kecil tersayang untuk mengelakkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Macam Sha setakat ini memang selalu tersedar, tambah pula Adik Fathia sekarang tidur bukan main luas merantau..hihihi

TIPS TIDUR DENGAN ANAK ;

1. Pastikan bayi tidur terlentang, bukan tertiarap.

2. Tempatkan bayi disamping ibu, bukan di antara ibu dan ayah.

3. Jangan terlalu menggunakan banyak bantal, risiko bayi tertimbus dan sukar bernafas.

4. Pastikan jarak antara tempat tidur dan dinding cukup rapat untuk mengelakkan si kecil jatuh antara dinding dan katil.

5. Tempatkan tilam atau bantal di sekeliling katil,jika bayi jatuh tidak terus ke lantai yang keras.

6. Pastikan selimut tidak mudah terlepas, bimbang bayi tertutup dengan selimut dan sukar bernafas.

7. Gunakan pakaian yang ringkas ketika tidur. Elakkan yang bertali panjang dan terlalu lebar untuk mengelakkan anak terjerat.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya berusaha.

3 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...