Hot Posts

6/recent/ticker-posts

4 SEBAB PERLU PELUK BAYI SELEPAS BERSALIN

4 SEBAB PERLU PELUK BAYI SELEPAS BERSALIN | Alhamdulillah, diberi peluang bersalin di Hospital Rakan Bayi. Kebiasaannya di hospital kerajaan, doktor atau jururawat yang menyambut bayi kita akan terus meletakkan bayi kita ke atas dada ibu untuk mewujudkan "natural bonding" dan membuat sentuhan kulit ke kulit segera jika bayi tidak menghadapi masalah.

Pengalaman sendiri, walaupun Abang Zaryth mengalami sedikit masalah yang memerlukan pantauan sementara,tetapi jururawat yang menyambut tetap meletakkan Abang Zaryth di perut ibu sebelum ke bilik NICU. Adik fathia pulak,tidak mengalami masalah dan terus diletakkan di atas dada ibu, jadi sempat ayah mereka merakam saat indah itu. Oleh itu ibu perlu tahu kepentingan sentuhan kulit ke kulit kali pertama ini.


1. PASTIKAN KULIT DAPAT DISENTUH BAYI

Longgarkan pakaian untuk memastikan ada ruang untuk sentuhan bayi dengan ibu. Ketahuilah, suhu badan ibu boleh mengawal suhu badan bayi. " Masa Emas" ini penting dalam menggalakkan wujudnya ikatan mesra antara ibu dan bayi.

2. HUBUNGAN MATA

Dari mata turun ke hati. Rugi jika tak dapat tatap mata mereka saat mereka baru lahir ke dunia,biarlah mereka tatap ibu dan ayah mereka. Alhamdulillah, Sha diberi peluang menatap mata suci itu. Biarlah mereka menatap mata kita,melihat reaksi kita dan merasai kasih sayang ibu dan ayahnya. Dari mata lahirnya sayang yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Mata bayi yang jernih suci menghilangkan rasa sakit sebelum melahirnya yang membawa kasih dan sayang sepanjang hayat.

3. SENTUH DAN DAKAP

Peluang menyentuh,memeluk,mendakap bayi sejurus dilahirkan memberi 1001 perasaan kepada ibu dan anak. Ya..!!Bayi akan diam bila diletakkan pada ibu..Kenapa?Kerana dia berasa tenang dan gembira didakap oleh orang yang mengandungkan dia selama 9 bulan yang hanya didengari suaranya sahaja.

4. PERANAN SUAMI

Sekiranya si ibu tidak dapat melakukan sentuhan pertama, si ayah juga perlu melakukan sentuhan pertama ini. Sebagai seorang beragama Islam bayi akan diazankan memuji kebesaran Ilahi.

Alhamdulillah, semasa melahirkan anak-anak ayah mereka setia disisi ibu. Anak pun dapat bertentang mata dengan ayahnya sekali. YA ALLAH..Sungguh Suci Mata Si Kecil.

HARGAILAH MASA EMAS BERSAMA BAYI ANDA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

Post a Comment

10 Comments

  1. masa bersalin tahun lepas ,xdapat nak dakap sebab mase tu bersalin czer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..xpela..lmbt sket je jmpa baby kan..pas tu nk tilik je muka dieorg kan..cm xcaye budk kecik ni dh kuar..

      Delete
  2. akk x sempat merasa peluk bayi immediately lps bersalin tu sbb anak lemas...tgok rupa pun tdk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpela..yg pentg baby slmt..ibu slmt..pisah kejp kan..huhu..pas tu cium puas2 kan..

      Delete
  3. owh... baru tahu.. next baby nk try la tips ni :)

    ReplyDelete
  4. sy masa anak sulong nurse xde buat cmni pon..masa anak kedua je ad peluang letak atas dada...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sempt merasa..sama la kite..kli ke2 bru lama kt dada..

      Delete
  5. masa lahir nurse cuma tunjuk baby & bagitahu jantina.. tak letak pun kat saya sebab baby saya masa tu kena masuk NICU sebab kurang berat. Yang pertama sentuh adalah bapak dia.. maybe sebab tu sampai sekarang dia lagi manja dengan bapak dia kot.. nak2 mak dia garang. Bapak pulak suka sangat manjakan dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..mak2 memg garang ke erk?sama laa..baby kita masuk NICU sebb mslh gula katenye doktorrr..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi