Wednesday, November 18, 2015

TIPS MEWUJUDKAN KELUARGA YANG BAGUS

TIPS MEWUJUDKAN KELUARGA YANG BAGUS | Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Kekeluargaan yang Sha dah hadiri selama 3 hari di Institut Tadbiran Islam Perak [ INTIM ].
Jadi sebelum lupa,sebagai nota peringatan untuk diri sendiri juga Sha nak kongsi di sini untuk sama-sama kita ambil apa yang baik untuk keluarga sama ada yang telah dibina atau bakal dibina.


1. MULAKAN DENGAN DOA YANG BAGUS.

Ya, doa adalah senjata bagi orang muslim sudah tentu ia amat penting dalam amalan seharian. Memohon kepada Yang Maha Esa.

2. PANDAI BERTERIMA KASIH,PANDAI BERSYUKUR.

Ya,sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah merasa cukup. Jadi perlulah kita mendidik diri sendiri untuk pandai merasa syukur.

3. AJAR DIRI KITA SENDIRI UNTUK MENYUKAI IBU & BAPA. INSYAALLAH ANAK-KITA JUGA AKAN MENCONTOHI KITA.

Ya,menyenangi hati ibu & bapa kita sendiri.

4. AJAR DIRI KITA MENGAMALKAN AMALAN YANG SOLEH, YANG ALLAH S.W.T SUKA & REDHAI.

Ya, kita tidak tahu yang mana 1 amalan kita yang benar-benar Allah S.W.T redhai. Pastikan ada 1 amalan yang Allah S.W.T redhai semoga amalan kita yang lain turut Allah S.W.T redhai walaupun alkisahnya kita memberi seekor anjing yang dahaga minuman.

5. AJAR DIRI KITA SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI [ ISLAH ]

Ya,bukan perkara yang senang.

6.AJAR DIRI SUPAYA PANDAI TARBIAH ANAK-ANAK.

Ya,Tarbiah : Bersama-sama bukan hanya pandai mengarah.!!

7. BERTAUBAT ATAS KESILAPAN@DOSA YANG DILAKUKAN.

Ya,berjanji tidak akan mengulangi.



Benda Baik Kita Kongsi.
Nanti Jumpa Lagi.


4 comments:

  1. Apa yg ibubapa buat itu yg jd contoh utk anak-anak sebab diorang cepat belajar dari org yg paling hampir dengannya.

    ReplyDelete
  2. Ibu bapa yang mencorakkan anak2...semoga kita semua dikurniakan keluarga bahagia

    ReplyDelete
  3. ibu & ayah la cikgu pertama pada anak-anak sebelum diorang melangkah keluar dari rymah. Apa yang baik, kita usahakanlah agar jadi contoh tauladan untuk anak-anak.... ty untuk tips nya ... perkongsian yang sangat baik...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...