Wednesday, August 26, 2015

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum
Selamat pagi..
Curi masa lagi NS pagi ini yeaa... Hehehe.. Selagi ada masa dan peluang, NS curi laa sikit.

Pukul 6 pagi tadi Nurse dah datang periksa tekanan darah.. Nurse tanya kenapa tinggi pagi ni tekanan.. NS cakap tak boleh tidur semalam.. Nurse suruh relax sambil bagi motivasi pagi tentang perjalanan dan pengorbanan seseorang untuk bergelar ibu dan ambil tekanan darah sekali lagi, baru lah tekanan darah NS bacaan normal.

Hajat dihati selepas wish selamat malam untuk suami jam 10.00 malam.. Nak laa tidur puas,, akhirnya pusing kanan pusing kiri jela NS.. Huhu.. Sampai satu tahap, NS bangun duduk je atas katil tu, tengok jam pukul 1 pagi. Memang tak boleh baring, perut mengeras je.. Situasi sama macam dulu jugak.. Huhu.. Macam2 gaya NS cuba lelapkan mata, syukur la dapat jugak tutup mata 5 minit... Pas tu tukar posisi lagi, pusing lagi..

Selepas beberapa minit nurse jalankan tugas mereka, NS ambil peluang untuk membersihkan diri, kemas loker apa yang patut.

Sekian dulu catatan pagi ini.

Tercongok atas kerusi tunggu check up seterusnya.

Tuesday, August 25, 2015

MERINDU

Assalamualaikum

Banyak masa terluang kat wad ni..
Huhu..
Biasanya tengah melayan kerenah Zaryth.. 2-3 hari sibuk duk main motor mainan yang Opah belikan.. Terpaksa tahan laa telinga ni dengan muzik kat motor tuu..





Tapi nak buat macam mana.. Udah opahnya hadiahkan, sekali gus hadiah hari lahir ke-3 pada 5 september ini.. Selain itu buat umpan laa sementara NS ada di wad ni.. Heee

Moga anak ibu baik-baik saja tinggal dekat rumah Opah &  Tok ki.. Ibu telefon tadi Sayang tak nak cakap dengan Ibu.. Merajuk la tu.. Tunggu Ibu keluar wad yea sayang Zaryth.. Ibu rindu sayang.. Biasa sayang main cium2 ibu sebelum tidur.. Malam ni ibu tidur sorang2 kat wad ni.. Tambah2 laa perasaan rindu bila campur RINDU SUAMI + RINDU ZARYTH demi lahirkan ADIK ZARYTH.. InsyaAllah..

Ok la dulu.. Rehat -  rehat... Dalam pukul 8.30 malam nanti doktor pakar datang nak check up pulak. Adik pun aktif sampai senget-senget dah perut ibu. Hhuhu..

Layan selfie dulu dengan Zaryth sebelum gerak datang hospital tadi..






BAGAIKAN DEJAVU

Assalamualaikum alam maya
-------------
Kenape NS cakap macam dejavu?
Sebab apa yang NS lalui sekarang seakan-akan.... Atau proses yang sama semasa melahirkan Mohamad Zaryth Ikhwan dulu..

Iyea, dulu lebih tarikh jangka 10 hari kena admit wad, bezanya sekarang 7 hari lebih jangka sudah kena admit wad.  Hari ini 25 Ogos 2015 NS telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia sekali lagi selepas 7 hari melepasi tarikh jangka bersalin NS pada 18 Ogos 2015.
------
Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi NS sudah admit wad, katil 10, Wad 2 Baiduri.. Tempat dulu, cuma katil berbeza.. Huhu..
Tak sempat tukar baju, jururawat datang untuk ambil graf gerakan baby. Jadinya kena baring dulu laa..untuk jururawat selesaikan tugas mereka. Alhamdulillah, NS &  Adik baby baik2 sahaja.
-------
NS tak bagi mak dan ayah tunggu lama-lama, sebab tak sanggup rasanya berlama-lamaan untuk bermanja dengan Abang Zaryth.. Saat mencatatkan detik ini pun air mata tak dapat dihalang.. Rindu walaupun berpisah sekejap.

-------
Lebih kurang jam 2.30 petang tadi, doktor menjalankan pemeriksaan 'jalan', nampaknya tidak ada tanda-tanda adik baby nak keluar melihat dunia lagi... Doktor memberi gambaran awal proses yang akan dijalankan untuk meransang bukaan pintu rahim nanti. Walau bagaimanapun NS kena tunggu doktor senior punya kaunseling pula.
--------
Tidak sabar rasanya menanti kelahiran Adik, tidak sabar menanti suami sampai ke sisi..
Apa-apa pun NS perlu kuat untuk menghadapi saat ini.



Kawan-kawan doakan NS dipermudahkan yea.

Friday, August 07, 2015

PERMOHONAN MAAF

ASSALAMUALAIKUM

Mungkin Entry ini entry akhir NS sebelum NS balik kampung untuk berehat dan membuat persiapan akhir sebelum menyambut insan baru dalam keluarga NS pada bila-bila masa..InsyaAllah.
Sepanjang berpantang nanti NS nampaknya tidak dapat beralam maya, memandangkan internet di kawasan kampung NS tidak mengizinkan NS berbuat demikian. Yang baiknya, NS dapat menumpukan perhatian untuk berehat, menjaga diri dan anak-anak sepanjang berada di kampung.

Jadi, di sini NS juga ingin mengambil kesempatan dengan rasa rendah diri untuk memohon maaf diatas salah silap kiranya ada kawan-kawan followers yang terasa hati di setiap entry yang NS keluarkan selama ini. Sudilah kiranya juga mendoakan NS dimudahkan bersalin..Amin..

 


Terima Kasih pada yang sudi membaca...
Jumpa lagi selepas berpantang, InsyaAllah mudah-mudahan.
~ I'm Nervous ~

Tuesday, August 04, 2015

DIY : TUAM PERUT BAYI

Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah.

Hari ini 04 Ogos 2015, masih berbaki 14 hari atau 2 minggu lagi tarikh jangkaan bersalin NS iaitu pada 18 Ogos 2015. InsyaAllah, minggu ini minggu akhir NS bekerja memandangkan NS akan bercuti awal untuk pulang ke kampung, mengikut perancangan NS akan berpantang di kampung tetapi semuanya dalam ketentuan Allah S.W.T. Sebenarnya NS tidak kisah bersalin di mana, sama ada di Perak atau Terengganu yang penting NS dapat bersalin dengan selamat, InsyaAllah, moga dipermudahkan. Mengikut pemeriksaan akhir di klinik pada 30 Julai 2015 baru-baru ini, bayi berkeadaan baik kecuali peningkatan berat badan NS yang mendadak selepas raya [ Hihihih ] 68.5 kg kot...

Untuk minggu-minggu akhir menanti kelahiran ini baru NS bersemangat untuk membuat persediaan. Jadi, pada malam ini NS ingin berkongsi cara-cara membuat tuam perut bayi sendiri yang baru siap sebentar tadi.

Untuk Bahan-Bahan Dalam Tuam Bayi ini NS gunakan :


 Halba Campuran Tesco yang mengandungi :

- Biji Sawi
- Halba
- Biji Ulunthu
- Biji Jintan Manis
- Biji Jintan Putih.

Semua bahan ini biasa digunakan untuk masakan, jadi ada lebih pun tidak akan membazir.

 Abang Long Zaryth nak jadi model kejap...heeee

 Tambah 1 bahan lagi :
- Biji Lada Hitam.

 Kain Kapas

 Jimat : Reben lebih daripada pejabat lama dulu.

 Halba Campuran + Lada : Disangai.

 Siap sangai, letak dalam cebisan kain kapas .

 Ikat kemas : Pakai getah atau tali.

Tadaaa : Tuam Perut Bayi NS sudah siap.

Cadangan : Panaskan dengan tapak seterika sebelum digunakan.
Amaran : Sila cuba tahap kepanasan sebelum tuam bayi anda.

Boleh simpan dalam kotak dah.. :)

Sekian, Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...