Monday, July 06, 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


Friday, July 03, 2015

COFFEE KING EST 2015 IPOH

ASSALAMUALAIKUM.

Apa khabar semua? Bukan niat nak menduga di bulan puasa ini, tetapi cuma nak berkongsi sahaja. Memandangkan ini entry yang NS tangguhkan, jadi jangan kata NS ponteng puasa pula yea..hihihi.

NS cuma nak kongsi air kegemaran NS bila ke Ipoh ini.
NS mula mengenali air ini di Padang Polo @ Padang Sultan Azlan Shah , Ipoh.
Selepas itu, NS kehilangan jejak gerai ini selepas mereka berpindah gerai. Hasil usaha suami NS,akhirnya kami menemui kembali lokasi gerai COFFEE KING EST 2015 ini. Terdapat beberapa pilihan yang menarik , yang NS dah cuba - Coffee - Green tea & Chocolate.
Pilihan NS antara 3 perisa ini semestinya Chocolatenya yang kaw!!!
Bak kata Zaryth...BEST...sambil jari tunjuk tanda best!!!
Sudahnya tak sempat ibu nak biar ais mencair....dia tak henti duk sedut...huhu...
Tengok tu,,suami NS sedang berbaris dengan wanita-wanita...aahahaha

 
Slurrrrppppppppppppp....


  Kedudukan terkini COFFEE KING EST 2015 adalah di Taman Cempaka, Ipoh. Berdekatan dengan pasar dan betul-betul sebelah padang permainan Taman Cempaka.
Anda boleh follow & Like Facebook Coffee King Est.2015 untuk menyenangkan pencarian, terus ada peta disitu.


 
 

Aunty2 Uncle2 tak terliur ke tengok Zaryth minum nii..huhuhu...
Tunggu habis puasa raya..boleh la serbu balik..
Opss....pas raya kena berpantang pulakk...ngeeee..

Thursday, July 02, 2015

RESEPI MASAK LEMAK GAJUS DAN SOTONG

 ASSALAMUALAIKUM.
Alhamdulillah, semasa NS balik kampung pada bulan Mei baru ni memang rezeki NS laa dapat jugak makan Masak Lemak Gajus dengan Sotong ni.. Maklumlah, jenuh dah duk tanya kawan-kawan mana nak dapat gajus kat Ipoh ni,tapi gagal. Rezeki balik kampung, mak NS pulak layan je walaupun dia tidak berapa sihat. Terima kasih pada mak saudara NS yang sudi carikan gajus untuk NS. Jadi,sebelum NS lupa cara macam mana nak masak ni..walaupun simple je...huhuhu..baik NS pasak kat blog NS ni..

BAHAN-BAHAN

Buah Gajus di potong dan diasingkan biji.
Ikan Selayang direbus.
Santan
Bawang Merah
Lada hitam
Garam
Gula

CARA-CARA

Panaskan 2 cawan Santan.
Masukkan Isi Ikan Selayang + Bawang Merah & Lada Hitam yang telah ditumbuk bersama.
Jika pekat tambah air [ NS pakai mak NS ajar je..1 plastik kecil santan = 1 plastik air ]
Kemudian, masukkan buah gajus yang telah direbus empuk dan telah diperah-perah airnya.
Perasakan dengan garam + gula
Opss..jang dilupa masukkan sotong yang telah dipotong yeaa..
Agak-agak semua dah sebati..menggelegak...boleh laa tutup api...
Fuhhh..makan dengan nasi panas + Budu + Ikan goreng...ketat perut wehh



 
 
 

 
 Cadangan Hidangan...ekekeke..

SILA JAMU MATA.
Terima Kasih.


PERKEMBANGAN PANTAI BUKIT KELUANG BESUT

ASSALAMUALAIKUM.

Sebenarnya cerita ini dah berkulat ..huhuuhu...tapi nak cerita jugak..kejadian pada 30 mei 2015 yang lepas. Masa tu NS balik kampung untuk melawat ibu NS yang baru sahaja menjalani rawatan laser mata. Bila sudah balik kampung, tidak sah lah jika tidak ke pantai ,terutama Pantai Bukit Keluang,Besut.
Jika dahulu pantai ini hanya dipenuhi pengunjung yang merehatkan badan ditepian pantai, kini bertambah aktiviti apabila beberapa watersport disediakan di persisiran pantai. Mungkin aktiviti seperti dapat menarik lebih pelancong untuk ke Pantai Bukit Keluang, Besut.
 

Nak sangat naik ATV yeaa...nah...tidak sampai 4 round dah menyerah kalah...sebab bukan senang nak bawak ATV ni di atas pasir pantai..berpeluh wehh...


  Jadi,pada yang sudah lama tidak balik kampung tu..boleh laah beraktiviti di Pantai Bukit Keluang selepas ini.

HAVE FUN..

Wednesday, July 01, 2015

KEDUDUKAN BAYI DI USIA KANDUNGAN 33 MINGGU

Alhamdulillah...
Hari ini diberi kesempatan untuk bermanja sekejap dengan blog kesayangan...
Hati ibu tidak keruan...emosi sedikit terganggu di saat mengetahui bayi dalam keadaan melintang. 2 minggu lepas dalam keadaan songsang.


Di hati tidak putus berdoa agar NS dapat bersalin normal seperti melahirkan Mohamad Zaryth Ikhwan dulu..Bulan puasa ni baby NS memang aktif sungguh...moga baby akan berada dalam kedudukan normal di saat melahirkan nanti..Kawan-kawan doakan sekali yea.. :)




Lagi 7 minggu dapat lah NS sekeluarga menatap wajah ahli keluarga bari ini...InsyaAllah...moga dipermudahkan..Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...