HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, January 27, 2015

HAMIL ANAK KE-2 HATIKU SAYU

January 27, 2015 18 Comments
 Assalamualaikum...
Ya Allah...minggu depan dah nak masuk bulan febuari...
maksudnya hampir 1 bulan tak ada entry baru dari NS...
Sepanjang trimester awal kandungan ke-2 ini NS tidak berapa sihat dan tidak tertarik untuk mengadap komputer tambahan pula sedang dalam proses pertukaran tempat kerja baru ni, masa tidak seperti selalu buat NS.

 
Kini Alhamdulillah kandungan NS sudah 11 minggu, kesihatan pun semakin baik walaupun alahan masih ada.
Semalam pun NS sudah mula lapor diri di pejabat baru, tidak perlu menumpang di pejabat lain dah dan tidak perlu menempuh jalan sesak , lampu isyarat yang banyak, NS sangat berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari sebelum ini.
Pagi ini NS bangun dengan sayu hati, daripada semalam menahan sakit kepala, tidak tahu apa yang membuat fikiran NS sedikit semak. Hati sayu menitiskan air mata, mungkin NS sayang untuk berpisah dengan rakan sekerja seperti mana NS meninggalkan pejabat pertama NS bekerja dulu, perasaan itu muncul lagi. Moga rakan sekerja NS yang baru ini juga OK.
 Di tambah pula diri ini sudah lama tidak berjumpa orang tua dan adik beradik dikampung. InsyaAllah lusa NS akan pulang ke kampung halaman selepas hampir 1 bulan menangguhkan cuti yang terpaksa ditangguh akibat banjir besar yang melanda pantai timur yang mana jalan yang NS selalu gunakan untuk balik kampung kebanyakkan terputus dan rosak akibat tanah runtuh.

Setakat ini dulu daripada NS..saja mengumpul semangat berblog lagiii....