Monday, November 24, 2014

JJCM : UNCLE JACK FRIED CHICKEN

Assalamualaikum.
Sabtu yang lalu [ 22 November 2014 ] NS sekeluarga rancang nak bawa Zaryth ke taman permainan, tetapi cuaca tidak mengizinkan, hujan lebat membasahi bumi Ipoh. Rancangan kami sekeluarga ditukarkan ke tempat permainan di Giant, Tambun Ipoh Perak. Jarang sekali berkunjung ke sini, baru NS tahu di bahagian barang makanan basah di sini terdapat Kiosk makan Uncle Jack fried Chicken. Rancangan awal nak ke pasar malam Taman Perpaduan terpaksa dibatalkan juga kerana hujan masih lebat, jadi kami ambil keputusan untuk makan di sini sahaja.


 Menu yang ada di Uncle Jack Fried Chicken, boleh dikatakan berbaloi dengan harga.

 Nasi dengan 2 ketul ayam panas-panas.

Set untuk kanak-kanak, nasi bungkus kecil sikit daripada dewasa punya.

 Ada Wifi Free.

Ais Krim Free untuk set kanak-kanak.


Pada yang tak tahu lagi kewujudan Uncle Jack Fried Chicken ni boleh la try.
Rasa pun sedap..harga berpatutan.

4 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...