Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 IDEA AKTIVITI MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum..
Sudah 2-3 hari tidak bersiaran, kini kembali.
Rakan-rakan apa khabar? Sedang buat apa?Anak-anak ada kat rumah tak? Apa aktiviti diaorang sepanjang bercuti hingga habis tahun ini? Di sini NS ingin berkongsi 10 idea aktiviti di musim cuti sekolah ini.

1. TOLONG IBU-BAPA DIRUMAH.
Sepanjang persekolahan masa bersama keluarga adalah terhad, apa kata ambil peluang ini adik-adik bantu mak ayah kat rumah tolong apa yang patut. Ringan-ringankan tulang, sihat dapat , pahala pun dapat In Shaa Allah.
 


2. BALIK KAMPUNG
Yeaaahhaaa..NS pun seronok kalau sebut nak balik kampung ni, bukan selalu kan. Selalunya kampung ni udaranya bersih, tenang, cara hidup ,rutin harian pun lain, jadi apa kata tukar angin sekejap. Sambil tu jenguk datuk nenek sihat ke tidak.


3. MELANCONG
Bagi yang berkemampuan, labur bajet untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik. Tidak perlu ke luar negara, Malaysia mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang boleh dijadikan lokasi.


4. KEM MOTIVASI.
Bagi ibu bapa dan anak yang berminat boleh mendaftar program-program yang dianjurkan. Kem sebegini dapat meningkatkan sahsiah diri anak-anak.


5. BELAJAR KEMAHIRAN.
Yessaaa..ini NS suka, tapi NS dulu-dulu tak ada la masuk kelas kemahiran, tapi suka buat benda-kemahiran terutamanya berkaitan dengan kayu. Tidak rugi rasanya anak-anak belajar kemahiran ni.


6. BELAJAR MUZIK
Anda tentu lebih kenal kecenderungan anak-anak anda. Jika mereka minat bermain alat muzik, apa salahnya hantar mereka ke kelas muzik. Sekurangnya masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.

7. BERKEBUN.
Aktiviti sihat..!!dapat habis masa bersama keluarga dengan sama-sama bercucuk tanam.


8. KURSUS BAHASA.
Salah satu kemahiran yang sangat berguna untuk masa depan.


9. KEM IBADAH.
Saham akhirat. Kem-kem begini dapat membentuk rohani yang baik untuk anak-anak. Contoh kem yang ada, kem baiki solat dan tahfiz Al-Quran. Selalu juga NS tengok anak-anak saudara NS pergi kem tahfiz.


10. BELAJAR ICT
Kemahiran ICT juga boleh memberi manfaat. Jangan sekadar kenal facebook yea..!!Kemahiran videografi, belajar grafik dan buat laman web.

Semoga idea-idea ini dapat membantu anda diluar sana.
Terima Kasih

Post a Comment

12 Comments

  1. cuti sekolah yerrr..anak saya yg 5 tahun pun sibuk cakap takmau pegi sekolah sebab sekarang cuti sekolah..he he kesian..mama kerja siapa pulak nak jaga dia kat rumah tu

    ReplyDelete
  2. melancong tu yang paling best :)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dah cuti sekolah. Ena dulu cuti sekolah pergi jalan jalan hehehe.

    ReplyDelete
  4. menarik :-). apabila merancang aktiviti ini, dapat mengisi masa anak-anak sepanjang cuti.

    ReplyDelete
  5. Bila dah besar ni, setiap kali cuti mesti terfikir nak cari kerja part-time. End up duk rumah je, bermanja dgn keluarga. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. Bercuti sambil mendidik anak buat aktiviti berfaedamm bestnyeeeee

    ReplyDelete
  7. Anak kecik lagi... Tapi no3 tu perkara wajib. Hehehe...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi