Thursday, November 27, 2014

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

 

oohHHHH...Pagi-pagi dah stress....
2 hari dah stress....
Kenapa?
Terpaksa tukar tempat kerja, tak dapat tukar ke tempat yang dimohon..
Sebak sangat rasa dihati..tapi siapa laa aku...terpaksa ikut percaturan orang atasan.
Semoga semuanya baik daripada apa yang dikhabarkan.
Sedih bila ada segelintir sanggup menipu untuk jaga hati aku,, tapi hakikatnya sungguh pedih.
[ tak perlu sampai menipu walhal keputusan pertukaran sudah dibuat sebulat suara..sebab aku mengharap ]
3 tahun pertama - rakan pejabat yang terbaik yang membuat aku sentiasa rindu.
3 tahun ke-2 - rakan pejabat yang awesome membuat aku ceria.
3 tahun seterusnya - adakah sebaik yang pejabat pertama & kedua?
Moga aku kuat dalam menempuh suasana & persekitaran baru, rakan kerja baru.
Walaupun bakal rakan sepejabatku kebanyakkan sudah ku kenal, tapi aku lebih sanggup tidak mengenali sesiapa sepertimana kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Perak.

OHHHHH...SEBOKNYOO DALEE ATI AMBOOO..
TOK LEH NOK KATO GAPO...
TERIMO SEADONYOO.....

Wednesday, November 26, 2014

10 IDEA AKTIVITI MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum..
Sudah 2-3 hari tidak bersiaran, kini kembali.
Rakan-rakan apa khabar? Sedang buat apa?Anak-anak ada kat rumah tak? Apa aktiviti diaorang sepanjang bercuti hingga habis tahun ini? Di sini NS ingin berkongsi 10 idea aktiviti di musim cuti sekolah ini.

1. TOLONG IBU-BAPA DIRUMAH.
Sepanjang persekolahan masa bersama keluarga adalah terhad, apa kata ambil peluang ini adik-adik bantu mak ayah kat rumah tolong apa yang patut. Ringan-ringankan tulang, sihat dapat , pahala pun dapat In Shaa Allah.
 


2. BALIK KAMPUNG
Yeaaahhaaa..NS pun seronok kalau sebut nak balik kampung ni, bukan selalu kan. Selalunya kampung ni udaranya bersih, tenang, cara hidup ,rutin harian pun lain, jadi apa kata tukar angin sekejap. Sambil tu jenguk datuk nenek sihat ke tidak.


3. MELANCONG
Bagi yang berkemampuan, labur bajet untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik. Tidak perlu ke luar negara, Malaysia mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang boleh dijadikan lokasi.


4. KEM MOTIVASI.
Bagi ibu bapa dan anak yang berminat boleh mendaftar program-program yang dianjurkan. Kem sebegini dapat meningkatkan sahsiah diri anak-anak.


5. BELAJAR KEMAHIRAN.
Yessaaa..ini NS suka, tapi NS dulu-dulu tak ada la masuk kelas kemahiran, tapi suka buat benda-kemahiran terutamanya berkaitan dengan kayu. Tidak rugi rasanya anak-anak belajar kemahiran ni.


6. BELAJAR MUZIK
Anda tentu lebih kenal kecenderungan anak-anak anda. Jika mereka minat bermain alat muzik, apa salahnya hantar mereka ke kelas muzik. Sekurangnya masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.

7. BERKEBUN.
Aktiviti sihat..!!dapat habis masa bersama keluarga dengan sama-sama bercucuk tanam.


8. KURSUS BAHASA.
Salah satu kemahiran yang sangat berguna untuk masa depan.


9. KEM IBADAH.
Saham akhirat. Kem-kem begini dapat membentuk rohani yang baik untuk anak-anak. Contoh kem yang ada, kem baiki solat dan tahfiz Al-Quran. Selalu juga NS tengok anak-anak saudara NS pergi kem tahfiz.


10. BELAJAR ICT
Kemahiran ICT juga boleh memberi manfaat. Jangan sekadar kenal facebook yea..!!Kemahiran videografi, belajar grafik dan buat laman web.

Semoga idea-idea ini dapat membantu anda diluar sana.
Terima Kasih

Monday, November 24, 2014

JJCM : UNCLE JACK FRIED CHICKEN

Assalamualaikum.
Sabtu yang lalu [ 22 November 2014 ] NS sekeluarga rancang nak bawa Zaryth ke taman permainan, tetapi cuaca tidak mengizinkan, hujan lebat membasahi bumi Ipoh. Rancangan kami sekeluarga ditukarkan ke tempat permainan di Giant, Tambun Ipoh Perak. Jarang sekali berkunjung ke sini, baru NS tahu di bahagian barang makanan basah di sini terdapat Kiosk makan Uncle Jack fried Chicken. Rancangan awal nak ke pasar malam Taman Perpaduan terpaksa dibatalkan juga kerana hujan masih lebat, jadi kami ambil keputusan untuk makan di sini sahaja.


 Menu yang ada di Uncle Jack Fried Chicken, boleh dikatakan berbaloi dengan harga.

 Nasi dengan 2 ketul ayam panas-panas.

Set untuk kanak-kanak, nasi bungkus kecil sikit daripada dewasa punya.

 Ada Wifi Free.

Ais Krim Free untuk set kanak-kanak.


Pada yang tak tahu lagi kewujudan Uncle Jack Fried Chicken ni boleh la try.
Rasa pun sedap..harga berpatutan.

Wednesday, November 19, 2014

LIRIK LAGU DALAM DRAMA SETITIS KASIH DARMIA

Assalamualaikum.
Haa..baru saja siap download lagu yang ada dalam Drama Setitis Kasih Darmia.
Sebabnya rakan sepejabat NS suka lagu dalam drama tu.
NS yakin rakan-rakan blogger mesti ramai yang layan drama ini kan.


Di sini NS nak kongsi 2 lagu yang ada dalam Drama Setitis Kasih Darmia.

OST - Semua Isi Hatimu ( 3 SUARA )

Kau katakan padaku
betapa lelahnya dirimu menghadapi diriku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini.

Tak bisakah engkau cuba
melihat diriku dan semua cintaku.
Tak bisakah engkau cuba.
hargai hatiku dan perasaanku untukmu.

Cubalah untuk mengerti aku.
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu.
Cubalah untuk merasakanku.
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu.

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku.
tak bisakah engkau cuba.
Hargai hatiku dan perasaanku.
Yang hanyalah teruntuk dirimu.

Cubalah untuk mengerti aku.
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu.
Cubalah untuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu.

Cubalah tuk cubalah tuk mengerti aku.
Cubalah untuk merasa aku
Seoerti yang aku merasakan semua isi hatimu
Semua Isi Hatimu.

Mencintaimu Sampai Mati - UTOPIA

Dalam Sepi
Engkau datang.
Beri ku kekuatan.
Tuk bertahan.

kau percaya
Aku ada
kau yang aku inginkan
Selamanya.

Kau adalah hatiku.
Kau belahan jiwaku.
Seperti itu aku mencintamu
Sampai mati.

Di hidupku yang tak sempurna.
kau adalah hal terindah yang ku punya.

Seperti itu ku mencintamu.
Sampai mati.

---------------------------------
kebiasaan jika NS terlepas episod, NS akan tonton balik di www.gengtube.com

Tuesday, November 18, 2014

8 MAKANAN SINGKIR LEMAK PERUT

Ingin tahu apa yang boleh membantu diet anda selain daripada penjagaan makan dan senaman?
Umum tahu lemak pada perut sukar menunjukkan hasil yang positif berbanding bahagian lain tubuh kita.
< >
< >
Kini, jom kita tengok apa yang boleh membantu kita menyingkirkan lemak di perut selain mengamalkan senaman.


TEH HIJAU
 
# Mengurangkan masalah radang di dalam tubuh.
# Kandungan flavanoid  yang anti inflamasi dan semulajadi dikatakan mampu membakar lemak degil.


SUMBER MAKANAN OMEGA 3
 



BAWANG PUTIH
# Bahan antibiotik semulajadi.
# Meningkatkan metabolisme.


 DAUN PUDINA
# Kesihatan Mulut.
#Melarutkan lemak.
# Meningkatkan metabolisme.


KULIT KAYU MANIS
#Agen pembakar lemak.
# Pembangkit aroma lazat & selera.

TEMBIKAI
# Membantu seseorang merasa kenyang.


EPAL
# Membantu rasa kenyang kerana kandungan kalium didalamnya.


PISANG
 # Kaya kalium dan pelbagai vitamin memberi rasa kenyang.



[ JOM PAKAT AMALKAN CARA HIDUP SIHAT. ]

5 TIPS PAM SUSU IBU

Assalamualaikum.
NS salah seorang penyokong program penyusuan susu ibu kepada bayi.
Di sini NS ingin kongsikan 5 panduan ringkas dalam proses memerah / mengepam susu.

 

1. Perah @ Pam susu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan. Selawat sambil mengepam pun ok..hati lapang.

2. Perah @ Pam susu dengan lebih kerap. Ini kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu berbanding melakukan sesi pam dalam tempoh yang lama.

3. Patuhi rutin mengepam. Sebaiknya 3 kali sesi.

4. Perah @ Pam susu pada waktu malam atau awal pagi .

5. Pam semasa berada dengan bayi. Jika bayi menyusu sebelah, sebelah lagi di pam.

Selamat Mencuba.

Monday, November 17, 2014

10 TIPS URUS KEWANGAN

Assaalamualaikum.
Hari ini NS ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dianggap tabiat kewangan yang baik.
Ini juga untuk peringatan kepada diri NS sendiri memandangkan peningkatan taraf hidup kini, dengan gaji yang sedang-sedang saja terpaksa la mengatur kewangan.


10 TABIAT BAIK URUS KEWANGAN

1. Merancang perbelanjaan terlebih dahulu atau membuat bajet sebelum berbelanja.

2. Membuat tabungan atau simpanan yang tetap setiap bulan.

3. Membuat pelaburan masa depan dengan mengambil insurans atau takaful diri, anak-anak dan keluarga.

4. Mengutamakan barangan keperluan terlebih dahulu jika keupayaan kewangan agak ketat.

5. Memastikan keupayaan kewangan positif sebelum membeli sesuatu barang yang mahal.

6. Tidak bertangguh membayar bil atau pinjaman.

7. Berbelanja mengikut kemampuan dan membeli secara tunai.

8. Selalu berbincang mengenai kedudukan kewangan dengan ahli keluarga supaya mereka faham mengenai kedudukan kewangan agar tidak terus mendesak untuk membeli sesuatu yang tidak penting.

9. Elakkan membeli barang secara ansuran.

10. Ada baki pendapatan pada hujung bulan.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat dalam kehidupan kita.

Thursday, November 13, 2014

FOTO PERTAMA KENAL SUAMI

Assalamualaikum
Tak tahu kenapa gatal tangan nak buka laptop semalam..
Sebab bosan kot,selama ni jarang sangat godek laptop sendiri, asyik ngadap pc ofis, pc suami, laptop suami, laptop sendiri dalam almari...

 Foto : 24 Jun 2009 : Felda Residence Trolak

Muda mudi tak muka?
Masa ni NS umur 22 tahun dan shuben 24 tahun, sekarang masing-masing dah umur 27 tahun dan 29 tahun.
Ihikss..feeling2 yooo...masa ni kawan je..baru 4 hari kenal..kih3..

Wednesday, November 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY 12/11/2014

PERHIMPUNAN SKUTER 2014

Assalamualaikum..
Hanya nak note aktiviti hari minggu lepas - 1 November 2014 9:34:43 PM [ Sabtu ]



 NS tidak tahu berapa buah motor skuter yang ada kat sini, yang pasti mencecah ratus.

 Seronok juga kalau dapat konvoi ramai-ramai.

 Model SYM of the year 2014

 Tingin juga nak pakai spider neh...sape nak derma?ihihi,,

 Zaryth Chilok naik Skuter Pok Cik Kejap yoo..

Kelab skuter ini pernah sampai ke luar negara seperti Rusia dan Tanah Suci.
Seronok tengok video playback pengembaraan mereka ke negara-negara luar.
Malam itu juga Fina AF ada membuat persembahan.
Dalam duk tengok-tengok skuter, ternampak anak jiran NS duk berlegar-legar kat situ, rupanya jiran NS tu berkampung 1 family kat situ, sebab mereka di jemput untuk kumpulan kompang. Wah!! baru ku tahu aktif juga kumpulan kompang taman NS tinggal tu...hihih...nampak sangat NS tak bergaul kan... Tapi tak ada la sampai anti sosial...tahu je ada grup kompang kat taman tu..tapi tidak tahu seaktif ini..di majlis yang juga dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir.

Sambil dengar Fina AF nyanyi, NS teman shuben duk borak dengan brother skuter dari Kelantan.
Huiii..bukan murah skuter-skuter ni.. ada yang rm18k dan ke atas.
macam minat je..macam suka je..

Tuesday, November 11, 2014

PAKAIAN MUSLIMAH

Assalamualaikum.

Berita baik untuk wanita muslimah yang sedang mencari jubah dan baju yang bersesuaian dengan wanita Islam. Ciri-ciri yang menutup aurat dan selesa dititik berat selain mempunyai citarasa terbaru dengan rekaan yang lebih menarik dan moden.
Contoh rekaan yang ada di SweetMuslimah adalah seperti berikut :


Baju Muslimah Baju Muslimah Baju Muslimah

Untuk melihat lebih koleksi yang ada di SweetMuslimah ini, anda boleh klik pada gambar-gambar yang dilampirkan di atas. harga adalah berpatutan. Jom, apalagi ibu-ibu, kini ibu dan anak perempuan boleh bergaya dengan koleksi yang pelbagai dan selesa berada dikhalayak ramai.

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Friday, November 07, 2014

Birthday Giveaway Embun Beauty House By Tengkubutang

http://tengkubutang.blogspot.com/2014/11/birthday-giveaway-embun-beauty-house-by.html

Nak join juga?
KLIK BANNER..


CHICKEN CHOP MURAH DI IPOH

Walaupun NS belum berpeluang untuk mencuba, NS tidak sabar untuk berkongsi dengan kekawan kat sini, jadi NS ambil gambar ni daripada abang ipar dan kawan opis NS sebagai rujukan.
[ ~~~~ boleh laa kaaaannn ~~~~ kih3~~]


Lokasi : Berhadapan dengan Stadium Indra Mulia Ipoh,
berhampiran juga dengan Petronas depan stadium tu.
1 baris dengan kedai Daud Corner.

Tapi baca elok-elok yeaa...pada yang terkejut dengan harga murah tuu..amik perhatian ~ Ada Happy Hour daripada Jam 5 Petang hingga 7.00 petang je,,untuk waktu lain harga kat sini pun masih berbaloi-baloi.



Yang ini kawan NS makan Mix Chicken + Lamb + Fish hanya RM15.
Dapat sekali dengan Ice Lemon Tea + Kek Coklat&Ice Cream + Meatball

 Kawan cakap puas hati la dengan rasa, harga.


 Kepada sesiapa yang nak cuba tu boleh la pergi sana yea.
NS ni bila tahun entah nak mencuba...hihi...
InsyaAllah nanti ada rezeki..sampai laa kita ye idok..

KUCING BARU NS & FAMILY

Assalamualaikum.
Pagi ini NS nak kongsi gambar anak kucing yang NS baru pelihara.
Shuben NS ambil di pejabat dia..ada 5 beradik semuanya, tapi NS hanya ambil 2 ekor, sepasang.
NS namakan mereka sebagai Kaka & Kiki



Yang warna hitam & putih tu namanya Kaka, jantan...yang sekor lagi tu Kiki,betina.
Antara Kaka & Kiki, kiki yang paling aktif walaupun betina..
Hari ini genap 7 hari Kaka & Kiki bersama Mummy, Daddy & Bro Zaryth. Shuben NS bawak balik 1 November 2014 baru-baru ini.
2 ekor ni masih takut-takut, sebab Bro Zaryth suka kacau diaorang, gurau kasar itu Abang Long..hihii
Semoga kehadiran Kaka & Kiki dapat menceriakan rumah kami lagi selepas 2 tahun lebih kehilangan Omey.

[ Arwah Omey yang mati sebelum kelahiran Bro Zaryth -September 2012 ]
Mummy & Daddy Miss u so much...Budak suka kacau Mummy...
Kekadang NS pun duk panggil 2 beradik ni Omey..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...