Monday, October 27, 2014

SALOMA ZARA - YOUR ULTIMATE SKIN PERFECTION


 Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Alhamdulillah, hari ini NS ingin mengambil kesempatan untuk review produk baru iaitu Saloma Zara - Ultimate Skin Perfection yang diperkaya dengan Collagen | Vitamin C | Honey Extract | Aloe Vera | Vitamin E & Jojoba Oil. Sebelum ini NS tidak pernah mencuba sebarang produk kulit sebegini, biasanya hanya memakai pencuci muka biasa sahaja. Setelah menerima Set Lengkap 4 dalam 1 [ Tanpa Pengelupasan ] ini, NS berharap kulit muka NS akan menjadi lebih baik daripada sekarang memandangkan kesan terbakar ke pulau belum hilang.

 Hadapan Kotak Set Lengkap 4 dalam 1

Belakang Kotak Set Lengkap 4 dalam 1
Set Lengkap 4 dalam 1

Jom kita tengok apa manfaat yang boleh kita dapat daripada Saloma Zara- Your Ultimate Skin Perfection.
________________________________________________________

WHITE COLLAGEN BEAUTY BAR [ RM 19.90 ]

Diformulasi khusus untuk menjadikan kulit tegang dan anjal. Dirumus dengan bahan semulajadi untuk membersih, menyegar dan membuang sel kulit mati yang degil. Bertindak efektif untuk melembutkan dan mencuci tanpa mengeringkan kulit wajah malah dapat memulihara, mencerah dan menggebukan kulit wajah dengan sekata. White Collagen Beauty Bar juga dapat membantu menghilangkan minyak berlebihan, kotoran, serta kesan solekan pada wajah. Kulit akan menjadi lebih tegang dan bersih. Pastinya sesuai untuk semua jenis kulit.
 
Cara Penggunaan : 
1. Basahkan wajah dan tangan dengan air.
2. Buihkan sabun di tangan, sapu dan urutkan ke muka dengan gerakan membulat ke atas ( melawan graviti )
3. Basuh dengan air bersih selepas beberapa minit.
4. Selepas cucian, lap wajah dengan perlahan.
__________________________________________________________________________

 ANTI - BLEMISH CREAM [RM 49.90 ]

Dirumus khusus untuk kulit sensitif dan sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat dan alahan pada kulit. Ia berfungsi sebagai krim anti cela pada wajah. Di awal penggunaan Saloma Zara, penggunaan Anti-Blemish Ceram ini sangatlah digalakkan. Ia bertindak dengan berkesan bagi merawat wajah sensitif dari dalam.



Cara Penggunaan :
1. Oleskan pada wajah selepas mencuci muka dengan White Collagen Beauty Bar dan sebelum memakai Pearl Day Cream SPF 30 dan Pearl Night Repair Cream.

2. Penggunaan yang berterusan adalah digalakkan pada awal pengambilan Saloma Zara bagi kulit yang berjerawat dan yang mempunyai alahan kulit yang sensitif.



 PEARL NIGHT REPAIR CREAM [RM49.90]

Meremajakan semula wajah dan memperbaiki struktur kulit dengan terapi khasiat dari alam semulajadi ketika anda sedang tidur. Diformulasi khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit rosak. Mengandungi nutrisi hebat yang mampu meremajakan kulit dan dapat membantu anda merawat dan melembabkan kulit , menghilangkan kulit kusam, mengeringkan jerawat, mengurangkan jeragat serta bintik hitam, mengecilkan pori dan mencerahkan kulit wajah. Kulit akan sihat ,anjal dan berseri semula.

Cara Penggunaan :

1. Gunakan pada waktu malam sebelum tidur selepas mencuci wajah dengan White Collagen Beauty Bar.
2. Sapu rata keseluruh permukaan wajah.
3. Tepuk muka dengan perlahan untuk menstimulasikan kulit wajah anda.

[ Tips : Disarankan supaya muka sedikit basah ( tidak kering sepenuhnya ) sebelum memakai Pearl Night Repair Cream ]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEARL DAY CREAM SPF 30 [ RM 49.90 ]

Didatangkan dengan rumusan lembut dari kolagen, aloe vera, pati madu, pati bunga chamomile, sari buah-buahan yang dapat membantu memelihara lapisan kulit dengan berkesan. Kandungan SPF 30 ini akan melindungi kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya. Berkesan membantu mengeringkan jerawat, memudarkan cela jeragat dan bintik hitam. Gabungan Kolagen, Vitamin C dan Vitamin E pula membantu melembabkan kulit wajah dengan efektif. Kulit akan kelihatan lebih segar, lembab dan anjal. Wajah pasti cerah semulajadi, putih dan gebu berseri dalam masa 7 hari.

Cara Penggunaan :

1. Gunakan di waktu siang selepas mencuci muka dengan White Collagen Beauty Bar.
2. Sapu rata keseluruh permukaan wajah.
3. Pada awal penggunaan sekurang-kurangnya selama 2 minggu pertama, anda tidak digalakkan mengenakan sebarang solekan pada kulit wajah selain dari hanya menggunakan Pearl Day Cream SPF 30 ini sahaja.
4. Selepas 2 minggu, wajah anda akan kelihatan lebih cerah, anjal dan lebab. Kini anda tidak perlu mengenakan solekan yang tebal dan wajah anda pasti akan berseri secara semulajadi.

[ Tips : Disarankan supaya muka sedikit basah ( Tidak dikeringkan sepenuhnya ) sebelum memakai Pearl Day Cream SPF 30.

Kepada yang berminat untuk mencuba juga, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Facebook : Saloma Zara
Instagram : salomazara
E-mail : salomazara@gmail.com
Hotline : 012-2007879

[ Nantikan review seterusnya daripada saya - NS ]

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...